Yayasan Nurjiwa buat julung kalinya memperkenalkan insentif wang tunai sebanyak RM500 kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Insentif ini diberikan sebagai satu bentuk penghargaan terhadap kecemerlangan akademik yang berjaya dicapai oleh para pelajar terbaik terpilih.

Menariknya, program ini dijalankan dengan kerjasama pusat tuisyen terkemuka, PTTI, melibatkan seramai 401 pelajar, dengan jumlah keseluruhan sumbangan mencecah RM200,500.

Pengasas Yayasan Nurjiwa, yang juga Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menyatakan usaha ini bertujuan untuk memberi dorongan kepada para pelajar agar terus berusaha mencapai kejayaan akademik.

“Ini adalah kali pertama buat Yayasan Nurjiwa untuk menyerahkan insentif kepada pelajar cemerlang dengan keputusan SPM semua A.

“Harapan kami agar dengan usaha ini dapat memberikan motivasi kepada calon-calon SPM akan datang berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang sama,” katanya.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Ads

Majlis itu dihadiri lebih 2,000 tetamu termasuk pelajar, ibu bapa serta selebriti dan tokoh terkenal tanah air.

Antara yang hadir ialah suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Dato’ K), selain personaliti popular seperti Asyraf Khalid, MK K-Clique, Iman Troye, Alyssa Dezek, Zaki Yamani, Naim Daniel, dan ramai lagi.

Selain meraikan 401 pelajar Straight A’s, majlis turut menghargai 356 pelajar Nearly All A’s serta 1,685 pelajar yang memperoleh 6A dan ke atas.

Siti Nurhaliza Ulas Insentif RM500 Buat Pelajar Straight A’s SPM 2024, Usaha Sulung Yayasan Nurjiwa Bersama PTTI Siti Nurhaliza Ulas Insentif RM500 Buat Pelajar Straight A’s SPM 2024, Usaha Sulung Yayasan Nurjiwa Bersama PTTI Siti Nurhaliza Ulas Insentif RM500 Buat Pelajar Straight A’s SPM 2024, Usaha Sulung Yayasan Nurjiwa Bersama PTTI Siti Nurhaliza Ulas Insentif RM500 Buat Pelajar Straight A’s SPM 2024, Usaha Sulung Yayasan Nurjiwa Bersama PTTISiti Nurhaliza Ulas Insentif RM500 Buat Pelajar Straight A’s SPM 2024, Usaha Sulung Yayasan Nurjiwa Bersama PTTI

Ads

PTTI Cipta Sejarah Raih Dua Rekod Malaysia

Pengiktirafan ini diberikan selepas PTTI mencipta pencapaian luar biasa dengan melahirkan 401 pelajar Straight A’sserta merekodkan 18,432 Gred A terkumpul dalam keputusan SPM 2024.

Susulan itu, PTTI turut menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) iaitu Most Straight A’s SPM Students in a Tuition dan Most SPM Grade A’s Obtained by a Tuition.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, menyifatkan pencapaian ini sebagai hasil kerja keras seluruh pasukan serta sokongan padu ibu bapa dan pelajar.

Ads

“Kejayaan ini bukan sahaja milik PTTI, tetapi milik semua ibu bapa dan pelajar yang tidak pernah putus asa. Ini adalah bukti bahawa pendidikan berkualiti dan sistematik mampu mengubah masa depan seseorang pelajar,” katanya.

Melihat kejayaan ini sebagai langkah awal, PTTI kini menyasarkan untuk melahirkan 1,000 pelajar Straight A’s bagi SPM 2025.

Sebagai usaha menyokong pencapaian itu, PTTI akan meneruskan pelbagai inisiatif termasuk kelas dalam talian, konsultasi akademik, serta pemantauan prestasi secara konsisten.

Mereka juga menawarkan sesi konsultasi percuma kepada ibu bapa dan pelajar yang akan menduduki SPM dalam usaha meningkatkan prestasi akademik anak-anak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI