
Nicole Scherzinger, mencatat sejarah peribadi apabila diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam Muzikal di pentas berprestij Anugerah Tony 2025, yang berlangsung di Radio City Music Hall baru-baru ini.
Beliau meraih anugerah tersebut menerusi persembahan memukau dalam pementasan semula muzikal klasik Sunset Boulevard arahan Jamie Lloyd, yang turut dinobatkan sebagai Revival Muzikal Terbaik.
Menerusi ucapan kemenangannya, Scherzinger yang kelihatan sebak, membuka bicara dengan menyatakan rasa syukur kepada Tuhan atas segala perjalanan kariernya.
“Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana memimpin saya di setiap langkah kehidupan ini. Segala kemuliaan saya pulangkan kepada-Nya,” ucapnya membuka bicara.
View this post on Instagram
Dalam nada penuh emosi, wanita berusia 46 tahun ini turut merakamkan penghargaan kepada ibunya yang berkorban besar demi membesarkannya.
“Ibu saya melahirkan saya ketika berusia 18 tahun dan meninggalkan segalanya demi saya. Kemenangan ini adalah untuknya,” ucapnya penuh makna terhadap ibu tercinta.
Selain itu beliau juga menzahirkan kata-kata nasihat tentang sebuah perjuangan yang tidak pernah kenal erti kalah selain berkongsi tentang sebuah perasaan yang tidak dihargai
“Sejak kecil, saya sering merasa seperti saya tidak layak atau tidak bertempat. Tapi kalian semua telah membuat saya merasa diterima dan akhirnya saya pulang ke rumah saya yang sebenar.
“Kepada sesiapa sahaja di luar sana yang pernah merasa seperti anda tidak layak atau masanya belum tiba, jangan sesekali berputus asa.
“Teruskan memberi kerana dunia ini perlukan kasih sayang dan cahaya anda, lebih dari sebelumnya. Kemenangan ini membuktikan bahawa cinta sentiasa menang,” ucapnya tegas.
Nicole Scherzinger sebelum ini lebih dikenali sebagai penyanyi utama kumpulan The Pussycat Dolls. Namun dalam beberapa tahun kebelakangan, beliau telah menumpukan sepenuh perhatian kepada dunia teater dan lakonan pentas.
Kejayaan beliau dalam Sunset Boulevard bukan sahaja mendapat pujian pengkritik teater, malah turut membuahkan hasil apabila memenangi Anugerah Olivier, nugerah tertinggi dunia teater di United Kingdom pada tahun lalu.
Pementasan Sunset Boulevard yang diarahkan semula dalam gaya kontemporari turut dianggap sebagai satu kejayaan teater moden, menyuntik nafas baharu kepada karya klasik Andrew Lloyd Webber.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI