
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali bersama suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, bakal menganjurkan sebuah majlis istimewa sempena kelahiran putera sulung mereka yang dikenali sebagai Baby M.
Majlis itu dijadual berlangsung pada 7 Jun ini bertempat di Franky Corner, Kota Bharu, Kelantan, pada sambutan Hari Raya Aidiladha.
Apa yang pasti, ia bakal menjadi detik bermakna buat pasangan tersebut dalam menzahirkan rasa syukur atas kurniaan cahaya mata pertama mereka.
“Alhamdulillah, Baby M adalah hadiah terindah dalam hidup saya dan suami. Menjadi ibu adalah fasa yang sangat mencabar tetapi juga sangat bermakna.
“Kami memilih 7 Jun ini sempena Hari Raya Aidiladha untuk mengadakan ini sebagai tanda syukur dan berkongsi kegembiraan ini dengan peminat, saudara-mara dan penduduk setempat di Kelantan,” katanya.
Raikan Syukur & Erat Ukhuwah
Untuk rekod, Nabila selamat melahirkan anak lelaki sulungnya pada 23 Disember 2023 di sebuah pusat perubatan swasta di Lembah Klang.
Baby M dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram dalam keadaan sihat sempurna.
Kehadiran zuriat ini menjadi pelengkap bahagia buat pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada 18 Disember 2023.
Menurut Nabila, pemilihan lokasi majlis di Kelantan adalah kerana ia adalah kampung halaman suaminya, selain ingin mengeratkan hubungan sesama komuniti.
“Saya dan suami amat berbesar hati sekiranya anda semua dapat hadir ke majlis ini.
“Bukan sahaja untuk meraikan Baby M, tetapi juga untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita dalam bulan yang penuh rahmat ini.
“Terima kasih atas doa dan kasih sayang yang tidak pernah putus,” tambahnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI