Pelakon terkenal Indonesia, Dimas Anggara mengaku menampar pelakon muda, Kiesha Alvaro ketika mereka menjalani penggambaran drama bersiri Jalinan Terlarang, baru-baru ini.

Dimas tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi video kenyataan yang dirakam selepas menghadiri pertemuan rasmi bersama Kiesha dan keluarganya di pejabat produksi Screenplay, semalam.

“Pada hari ini, 24 Jun 2025, saya sudah bertemu dengan Kiesha Alvaro di Screenplay. Saya telah menyesali tindakan saya dan memohon maaf kepada Kiesha serta keluarganya,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa permohonan maaf itu telah diterima oleh ibu bapa Kiesha iaitu penyanyi Pasha Ungu dan bekas isterinya, Okie Agustina.

Ads

BACA JUGA: Anak Dikasari Pelakon Popular Di Set Penggambaran, Pasha Ungu Tuntut Penjelasan

Dimas Anggara Tampil Mohon Maaf,  Akui Tampar Anak Pasha Ungu Di Lokasi Penggambaran
Ketika sesi memohon maaf.

Dalam kenyataan berasingan, Kiesha mengesahkan beliau telah memaafkan Dimas dan berharap hubungan mereka akan menjadi lebih baik selepas ini.

“Semoga kita selepas ini boleh jadi lebih baik, lebih bersemangat dan menjadi abang-adik yang baik,” katanya ringkas.

Ads

Insiden dikatakan berlaku selepas Kiesha diarahkan mencengkam bahu Dimas mengikut skrip. Namun, pelakon lelaki itu didakwa bertindak balas dengan menendang dan mencabar Kiesha sejurus babak tamat sebelum menamparnya.

Menurut kenyataan Okie Agustina, insiden berkenaan mengejutkan mereka kerana berlaku di set penggambaran yang seharusnya profesional.

Ads

Bagaimanapun, perkara itu diselesaikan secara baik selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dalam pertemuan tertutup.

Dimas dalam kenyataan sama menyatakan kekesalan atas tindakannya dan berjanji untuk lebih menjaga tingkah laku dan profesionalisme ketika berada di lokasi kerja.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI