Pempengaruh terkenal, Ameera Khan tampil mencuri perhatian ramai apabila memaklumkan dia sebenarnya tidak memiliki darah Melayu.

Menurut Ameera, ibunya Datin Noor Kartini berdarah Arab manakala bapanya, Datuk Abdul Halim Khan pula, berketurunan Pakistan sekaligus menjadi bukti dia sebenarnya memiliki darah campuran.

“Saya Tiada Darah Melayu, Tapi…” – Ameera Khan Buka Cerita Soal Keturunan, Klip ‘IG Live’ Kini Viral

“Ibu saya Arab dan ayah pula orang Pakistan. Saya tiada darah Melayu tapi saya lahir dan dibesarkan di sini. Saya boleh bercakap Bahasa Melayu. Kalau cakap tak boleh, boleh tampar muka saya.

“Bagaimana keluarga ibu saya akhirnya menetap di Kelantan, saya tahu kisahnya tapi saya lupa.

“Anda kena tanya ibu saya,” katanya ketika sesi siaran langsung di Instagram.

Sedar kenyataannya itu bakal mengundang kritikan, Ameera memaklumkan dia akan mengiyakan sahaja bila ada pihak yang mempertikaikan mengenai darah keturunannya itu.

Ads

“Saya Tiada Darah Melayu, Tapi…” – Ameera Khan Buka Cerita Soal Keturunan, Klip ‘IG Live’ Kini Viral

“Kalau orang tanya, selalunya saya akan jawab sahaja saya orang Melayu. Itu lebih mudah.

“Kalau cakap bukan Melayu, nanti orang kata saya tak sedar diri. Boleh cakap Bahasa Melayu dan dialek Kelantan tapi tak mengaku Melayu.

“Saya bukan tak nak mengaku Melayu tapi memang mak ayah saya tiada darah Melayu. Kenapa pula nak cakap saya orang Melayu?

Ads

“Apapun, orang akan tetap menghakimi saya. Kerana itu, saya akan iyakan sahaja isu ini,” ujarnya lagi.

Harap Kenyataan Tak Disalah Anggap

Bagaimanapun, adik kepada pelakon dan usahawan, Neelofa itu berharap agar kenyataannya itu tidak disalah anggap kerana dia hanya menceritakan perkara sebenar.

“Saya Tiada Darah Melayu, Tapi…” – Ameera Khan Buka Cerita Soal Keturunan, Klip ‘IG Live’ Kini Viral

Ads

“Saya minta maaf andai apa yang saya katakan mengundang rasa kurang senang. Memang akan selalu ada isu berbangkit. Inilah sebabnya kenapa saya jarang buat sesi siaran langsung.

“Namun, ada kalanya saya rindu dan saya nak berkomunikasi dengan anda semua. Saya minta maaf kalau ada cakap perkara yang salah.

“Janganlah timbulkan perkara negatif dari sesi siaran langsung ini,” kongsinya lagi.

Bagaimanapun, potongan video daripada sesi siaran langsung berkenaan kini mulai viral di platform media sosial.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber & Kredit Foto: X Twtbiy & Instagram Ameera Khan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI