
Pelawak dan usahawan Shuib mengimbau momen saat pertama kali dia mengetahui isterinya, Watie Hanifiah hamil cahaya mata sulung mereka.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, meskipun kandungan isterinya itu tidak dapat diselamatkan, dia reda dengan ujian yang berlaku.
View this post on Instagram
“Simpan sini buat kenangan yang dia pernah hadir dalam keluarga kami. Namanya Bintang ‘Anak Mekah’. Terima kasih diatas kehadiran walaupun hanya sekejap.
“Ia cukup bermakna dan indah buat kami sekeluarga lebih-lebih lagi Mummy,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh pengacara program Dol’s Podcast itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Tenangkan Isteri
Pada masa sama, Shuib turut memberikan kata-kata semangat buat Watie yang kini sedang melalui tempoh sukar.
“Insya-Allah semoga jumpa di syurga. Daddy dan anak-anak sayang mummy. Mummy dah buat yang terbaik.
“Susunan Allah lebih mengetahui. Semoga kita semua di kurniakan rahmat dan berkat dunia dan akhirat,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Shuib sekeluarga.
“Sabar ya Watie. Insha-Allah ada rezeki lain nanti.
“Semoga ada rezeki untuk mommy lagi. Saya doakan mommy dapat kembar terus.
“Semoga ada pelangi buat mommy. Terima kasih jaga anak ibu. Sekarang ibu jaga anak mommy di syurga.
“Sedih pula tengok bonding family ni. Jadi sedih sebab kita nampak anak-anak semua sayang mommy dia.
“Semoga Allah angkat darjat Shuib dan keluarga.
“Allah sudah mengaturkan yang terbaik. Jangan bersedih,” antara komen-komen netizen.
Semalam, Watie memaklumkan kandungannya telah disahkan gugur pada Sabtu lalu.
Sekadar informasi, Watie dan Shuib bernikah pada 23 Jun 2023.
Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shuib
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI