Penyanyi antarabangsa, Britney Spears, sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila didakwa melanggar peraturan keselamatan penerbangan dalam sebuah pesawat sewaan dari Cabo San Lucas ke Los Angeles, baru-baru ini.
Menurut laporan media antarabangsa, People, bintang berusia 43 tahun itu dipercayai menyalakan rokok dan meminum alkohol ketika berada dalam pesawat bersama pengawal keselamatannya.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan peraturan penerbangan persekutuan Amerika Syarikat.
Ads
Insiden itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan kru kabin yang segera mengarahkan Spears memadamkan rokok tersebut. Walaupun beliau akur, juruterbang tetap menghubungi pihak berkuasa bagi melaporkan kejadian itu.
Sebaik pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX), Spears disambut oleh pegawai penguatkuasa yang kemudiannya memberi amaran rasmi atas kelakuan berisiko yang ditunjukkannya semasa penerbangan.
Sumber turut mendedahkan bahawa ini bukanlah kali pertama Spears diberi peringatan, dengan menyatakan penyanyi itu sering kali tidak mematuhi peraturan awam.
Ads
Sementara itu, syarikat pengendali penerbangan JSX enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut. Wakil bintang terkenal itu juga tidak memberikan sebarang maklum balas kepada media.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan selebriti, Neelofa Mohd. Noor bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz ke Kelantan baru-baru ini bersempena dengan Majlis Korban Perdana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan di Tunjong, Kota Bharu.
Menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, mereka turut menyumbangkan tujuh ekor lembu termasuk dua ekor daripada baka import jenis Charolais bagi tujuan korban.
Ia seterusnya akan diagihkan kepada golongan asnaf di negeri kelahiran bekas hos MeleTOP itu.
Memetik Utusan Online, Neelofa berkata, menerusi majlis korban tersebut, seramai 850 penerima termasuk anggota JBPM Kelantan turut menerima agihan daging berkenaan.
Tambahnya lagi, selain Kelantan majlis korban turut berlangsung di Perak, Kedah dan Selangor.
“Sebanyak 15 ekor lembu dikorban pada tahun ini di semua kawasan terlibat,” katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin.
Sementara itu, PU Rizz memberitahu, sebanyak 62 ekor lembu telah dikorbankan sepanjang sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun lalu.
Katanya, jumlah tersebut melibatkan lebih 6,000 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf.
“Untuk tahun hadapan, kita sasarkan untuk membantu lebih ramai lagi penerima.
“Kita akan menjalinkan kerjasama dengan agensi lain seperti yang dilakukan dengan JBPM,” katanya.
Terdahulu, Neelofa turut memuat naik momen sepanjang majlis menerusi beberapa lampiran di Insta Story Instagtam miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Utusan Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan, Datuk Rosyam Nor tidak kisah apabila wajahnya digunakan oleh peniaga Industri Kecil & Sederhana (IKS) di kalangan M40 dan B40 terpilih demi merancakkan perjalanan jualan produk yang dijual.
Menurut Rosyam, apa yang dilakukan sebagai antara sumbangan kecil terhadap peminat yang selama ini menyokong perjalanan seninya sejak dulu hingga berjaya mencipta reputasi tersendiri dalam industri seni.
Bagaimanapun, Rosyam yang juga rakan strategik USANITA memberi kepercayaan kepada pasukan itu untuk mengawal selain mengenal pasti produk yang dirasakan ada potensi untuk diketengahkan.
“Kalau tiada mereka, rasanya saya boleh jadi Rosyam Nor seperti sekarang tak? Daripada aku anak setinggan, tak ada apa sehinggalah jadi superstar di negara ini dan sudah ada ‘branding’ sendiri, adakah berdosa untuk saya tolong mereka?
“Biarlah wajah saya bertempek walau seribu produk pun saya tidak kisah. Mereka sudah tolong (sokong) saya dan kini masanya untuk saya buat perkara sama. Bagi saya itulah hubungan atau sumbangan yang boleh saya lakukan sebagai selebriti kepada peminat.
“Tak kisah atas niat untuk membantu bersama USANITA. Pihak mereka membuka ruang buat peniaga dan saya hanya meneruskannya sahaja. Malah, usaha ini dilakukan sejak fasa pandemik Covid-19 lagi.
“Cuma sudah tentu akan ada beberapa ketetapan yang kita telah lakukan, tak boleh main ambil (wajah pelaris) begitu sahaja. Team USANITA memilih yang bersesuai dan saya terbuka. Kiranya ia terkawal daripada segi penjenamaan,” katanya kepada MH.
Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka USANITA di Hotel Pullman Kuala Lumpur baru-baru ini. Hadir sama hadir berkongsi ialah dua rakan strategik lain iaitu hos Awal Ashaari dan Zoey Rahman.
Bintang filem The Original Gangster ini juga sudi memberi peluang untuk menggunakan wajah selebritinya pada label pembungkusan bagi 50 produk perintis USANITA yang memberi tambah nilai (added value) kepada usahawan, secara eksklusif.
Dalam pada itu, bagi memperkasakan usaha tersebut, pihaknya turut menambahbaik aplikasi USANITA Mall yang dilancarkan sepenuhnya pada Februari lalu.
Ia khusus bagi memberi peluang kepada perintis USANITA menggunakan platform berkenaan dengan memperoleh pelbagai manfaat dan pendapatan lebih tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datin Seri Adzliana Hasan mahu memastikan USANITA Mall bukan seperti lambakan produk di pasar malam, yang tidak nampak eksklusif apabila pelayar melayari platform e-dagang berkenaan.
“Kami tak mahu ia jadi ‘rojak’ sebab kami tahu golongan ini mahu mencipta penjenamaan. Jadi kami sendiri buat ‘branding’ mereka, buat packaging baharu dan sebagainya. Kiranya, kami menjaga visual produk mereka supaya nampak kemas dan lebih menarik.
“Pada masa sama, kami akan beri tunjuk ajar bagaimana visual yang baik dapat membantu penjenamaan mereka ketika berada di platform dalam talian.
“Mereka juga sebenarnya perlu pengiktirafan, kerana ramai yang tidak tahu kewujudan mereka (wujud sudah lama tapi tidak diketahui umum), sedangkan produk mereka setanding dengan produk di pasaraya,” katanya.
Adzliana turut menambah, ramai yang sudah mula membuka mata mengenali produk IKS bukan semata-mata jual kerepek selepas mengenali USANITA, tetapi juga tawaran perkhidmatan secara tersasar.
Setakat ini, pihaknya juga telah mempunyai kira-kira 1,800 perintis dan pihaknya akan mengadakan majlis apresiasi kepada perintis USANITA terpilih, berdasarkan laporan kewangan IKS yang berjaya mencecah jualan sehingga RM300,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Mawar Rashid tidak menafikan sehingga kini dirinya masih lagi terkesan dengan insiden diperli ketika menyertai Pencarian Dewi Remaja lebih tahun lalu hingga dilabel dengan pelbagai gelaran, termasuk ‘Mawar GST’.
Malah ketika sesi tayangan video bersempena dengan pelancaran produk kosmetik yang diusahakannya, Mawarose pada Isnin, ibu muda ini tidak mampu menahan air mata ketika klip ditemu bual mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dipertontonkan semula.
Difahamkan, ia disunting ahli keluarga di luar pengetahuan Mawar yang sekali gus, mengimbas kembali ingatannya terhadap insiden yang disifatkan detik paling teruk dalam hidupnya itu.
“Sejujurnya saya masih terkesan. Bagi saya ia adalah momen paling teruk dalam kehidupan saya, sudah tentu. Tak semua orang rasa apa yang saya lalui.
“Bukan saya sengaja buat perkara yang jahat atau sesuatu yang rosakkan jiwa sendiri atau orang lain.
“Saya masih belum matang pada ketika itu dan saya hanya diri akan tetapi, ramai yang tidak boleh terima.
“Saya belum cukup matang dan rasa gementar. Orang yang gementar akan rasa ‘blank’ dan cakap mengarut.
“Akan tetapi pada akhirnya, bila saya naikkan semangat balik kerana sokongan keluarga dan peminat, saya jadi okay dan tahu keupayaan diri.
“Saya dituduh bodoh. Keputusan UPSR saya 4A, PMR 4A dan SPM 5A. Saya bukanlah perempuan bodoh malah berbangga dengan pencapaian diri setakat ini.
“Kalaulah saya tidak bijak, buat apa saya sambung pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan?” luahnya dengan rasa syukur.
Mawar bagaimanapun tidak menafikan apa yang berlaku memberi banyak sisi positif dalam hidupnya selepas itu.
Terdahulu pada majlis sama, Mawar turut memperkenalkan lagu ‘jingle’ berunsur K-pop ciptaan Amir Hassan sementara lirinya pula disusun Mawar bersama suaminya, Raf Yaakob serta abang tersayang, Arfan dan Amir sendiri.
“Lagu ini ada khas untuk produk yang baru sahaja dikeluarkan dan akan dilancarkan di YouTube tidak lama lagi.
“Sebelum ini saya pernah sekali lakukan rakamkan sebuah lagu untuk satu telemovie siaran RTM yang saya turut berlakon sama sekitar dua tahun lalu. Akan tetapi lagu ini ibaratnya adalah sesuatu yang saya inginkan.
“Beat yang lebih segar dan ‘fast’. Sementara untuk lagu ini, saya buat rujukan menerusi lagu-lagu kpop sebab ia tengah menjadi trend ketika ini.
“Saya ada keinginan untuk membuat persembahan bersama lagu ini secara langsung juga, tetapi saya perlukan lebih praktis.
“Kiranya masih belum yakin lagilah nak nyanyi ‘live’. Nanti kesian dekat diri-sendiri, kena kecam lag,” seloroh Mawar.
Ditanya mengenai penghasilan Mawarose ‘Magic Rose Lips & Cheek Cream’, bintang ini mempunyai sebab tersendiri terhadap nama yang dipilih.
Ujarnya, ‘Mawar’ itu sendiri mempunyai signifikan istimewa bagi dirinya.
“Mawar’ adalah gabungan nama orang tua saya. Marini Abdullah (MA) dan Wan Abdul Rashid (WAR), lalu jadilah Mawar.
“Untuk lakukan penjenamaan yang lebih besar, kami cadangkan nama Mawarose. Betapa saya juga seorang yang obses dengan bunga Ros.
“Ia ibarat ratu kepada segala bunga. Paling cantik tetapi berduri,” akui Mawar yang turut mengumumkan produk kosmetik hasilannya itu bakal dijual melalui mesin layan diri tidak lama lagi selain di media sosial.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon filem adaptasi aksi nyata Lilo & Stitch terbitan Disney, David Hekili Kenui Bell, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 46 tahun, menurut kenyataan...