Pelakon, Tiz Zaqyah akui berbesar hati apabila berkesempatan untuk menziarahi Abdur Rahman Amir Ruddin yang kini bergelar yatim piatu selepas ibu bapa serta empat adik beradiknya maut dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Segamat-Kuantan pada 1 September lalu.

Menurut Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, dia dan beberapa rakannya yang lain datang ke rumah ibu saudara Rahman untuk menyerah wang derma daripada orang ramai.

“Alhamdulillah dapat juga rezeki melawat adik Rahman petang tadi di rumah Makciknya di Muar. Alhamdulillah,ramai juga yang datang melawat,” tulisnya.

Kisah itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Liar itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

“Setiap Kali Nampak Posting Adik Ni, Auto Sedih,” – Tiz Zaqyah Ziarah Remaja Hilang 6 Ahli Keluarga, Netizen Ikut Sebak

Pada masa sama, Tiz turut mendoakan semoga Rahman dan adiknya sentiasa diberikan ketabahan untuk menempuh detik sukar ini.

IKLAN

“Terima kasih juga kepada yang menderma. Semoga Allah swt permudahkan semuanya untuk adik Rahman. Salam Takziah. Al-fatihah,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sebak selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Rahman sekeluarga.

“Sembab mata dia. Kesiannya la. Harap mental dia kuat.

“Allahu, setiap kali ternampak post pasal kisah ni auto sedih dan sebak sampai tahap nak nangis.

IKLAN

“Terima kasih orang-orang baik yang datang ziarah dan mendoakan Adik Rahman. Semoga Allah mengangkat segala kesedihan Adik Rahman dan permudahkan segala urusannya.

“Sedikit keceriaan di wajah adik tu. Alhamdulillah. Terima kasih Tiz dan team,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Tragedi memilukan itu meragut nyawa pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail, 46, dan Noorahimah Noor Muhamad, 43. Empat lagi anak pasangan itu, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, turut terkorban.

Mereka sekeluarga dilaporkan dalam perjalanan dari Kluang ke Segamat untuk menghantar Noorahimah yang bertugas sebagai guru Sekolah Agama Kemedak.

IKLAN

Tujuh beranak itu menaiki Perodua Alza dan pada hari kejadian, hanya Abdur Rahman tidak ikut bersama kerana ada urusan lain.

Sementara itu, adik kepada Rahman, Abdullah terselamat dalam tragedi meragut enam sekeluarga itu, masih lagi menerima rawatan di ICU.

Bagaimanapun, keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih memerlukan alat bantuan pernafasan serta pemantauan pihak hospital selepas menjalani pembedahan semalam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Tiz Zaqyah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI