Meluahkan rasa syukur kerana kehadiran suami tercinta dalam hidupnya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Aerin berasa tenang dan gembira ketika suaminya, Nik Farhan mengadakan ceramah agama.
Kongsinya, setiap kali Farhan mengadakan ceramah, pasti akan timbul perasaan sebak mendengar setiap kata-kata suaminya itu yang menusuk kalbu.
“Setiap kali dengar ceramah Ustaz Farhan, mesti berlinang air mata, air hidung semua.
“Menuntut ilmu dunia buat kita jadi lagi riak tp bila menuntut ilmu akhirat ni buat diri sendiri rasa sangat hina, sangat bodoh & lebih mensyukuri setiap nikmat dan ujian yg diberi.
“Allah nak naikkan darjat kita dgn dua benda. Pertama, dengan ilmu. Kedua, dengan ujian,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aerin turut berterima kasih pada suaminya kerana sentiasa memberikan ilmu agama dan duniawi kepadanya.
Ads
“Tq very much Ustaz Farhan bagi saya ilmu berguna semalam. Saya suka betul bab ikhlas tu. Deep but clear. Bagai mencari semut hitam di atas batu yg hitam di malam hari yg gelap gelita.
“Bagai surah Al-Ikhlas. Tak ada jmp perkataan Ikhlas di dalam surah bernama Ikhlas. Masyallah beruntungnya bagi org2 yg mahu mengetahui. Syukur dpt berkenalan dgn kwn2 baru disana,” akhirinya.
Ads
Terdahulu, pasangan itu telah bernikah di Tanah Suci Mekah.
Farhan sebelum ini pernah berkahwin dengan Fatin Nurul Ain Mat Aris dan bercerai dengan talak satu.
Menerusi laman media sosial Twitter, tular satu rakaman video yang memaparkan dua orang individu sedang bergaduh dan berkelahi antara satu sama lain.
Bukan itu sahaja, rakaman video tersebut kelihatan seorang lelaki memiliki tatu di bahagian belakang badan mirip pelakon Aliff Aziz, hingga menjadi buah mulut ramai.
“Gais dia gaduh lagi, Alif aziz ni tattoo penuh belakang, tapi penakot…berlari berkejaran,” tulis netizen.
gaiss dia gaduh lagi, Alif aziz ni tattoo penuh belakang, tapi penakot… berlari berkejaran pic.twitter.com/x9JNl7OReT
Lantas, rakaman video berdurasi 23 saat itu telah mendapat perhatian dan reaksi pelbagai.
Di samping itu, netizen mendoakan agar bintang kelahiran kota Singapura ini berada dalam keadaan baik dan selamat.
Terdahulu, terdapat satu rakaman video pergaduhan yang didakwa membabitkan pelakon berkenaan tular di laman media sosial.
Sebelum ini, bekas suami kepada pelakon Bella Astillah itu pernah ditahan pihak polis Singapura atas kesalahan membuat kekecohan di tempat awam dalam keadaan mabuk.
Imbas kembali, Aliff pernah mendirikan rumah tangga bersama Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean, dua tahun.
Bagaimanapun, pasangan ini telah bercerai pada 16 Mei 2019.
Video: Twitter Pio Dhurjana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya cubalah tapi tidak mendapat apa-apa reaksi,” itu kata pelakon dan penyanyi, Ning Baizura apabila ditanya sama ada dia cuba menghubungi Datin Paduka Marina Mahathir bagi mendapatkan pandangan sebelum mendukung watak sebagai aktivis sosial itu menerusi filem Mahathir The Journey.
Malah akuinya lagi, dia turut cuba menghubungi Marina menerusi platform media sosial selain cuba berusan menerusi panggilan telefon.
“Saya hubunginya di Twitter dan telefon tapi tak dapat reaksilah.
“Sebagai pelakon yang melakonkan watak yang bukan fiskyen, seorang yang masih lagi hidup…Saya cuba hubungi tapi saya tak mendapat respon yang positif.
“Tidak mengapalah, saya lakukan kajian sendiri selain cuba dalami karektornya menerusi medium lain,” katanya Ning yang turut menyifatkan apa yang ditulis Marina menerusi media sosialnya adalah pandangannya sendiri dan menghormatinya.
Bintang yang sinonim menerusi lakonannya dalam Malaikat Di Jendela itu bagaimanapun turut menyifatkan filem ini mengangkat kisah perdana Menteri yang dikagumi semua orang dan Marina adalah sebahagian dalam keluarganya.
Ditanya apakah yang menarik perhatiannya untuk terlibat di dalam filem berskala besar ini setelah lama tidak muncul di layar perak, Ning menjelaskan kelainan watak yang diberikan memberi peluang buatnya untuk mencabar diri, cuba sesuatu yang baru.
“Kebanyakan yang terlibat dalam filem ini pun ‘otai’, jadi ada juga yang saya belajar dengan mereka. Pada masa sama, saya ada belajar lenggok badan serta gaya Marina menerusi YouTube juga.
“Masa tahu saya dapat watak Marina, saya terus cuba buat kajian sekitar tiga bulan jugalah sebab pada awalnya tidak percaya dapat pegang watak individu yang dikenali dan masih lagi hidup.
“Watak ini yang menarik perhatian kerana rasanya sudah lama saya tak berlakon filem selain cabarannya yang berbeza dari apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini.
“Meski pada awalnya saya sangka ini adalah filem yang berunsurkan politik semata, tetapi bila pengarahnya, Profesor Mohamad Hatta Azad Khan dedah beberapa kali skripnya diubah suai dan dikemas kini, bila bacanya balik ia menarik perhatian saya.
“Ia bukan ‘Ning Baizura’ langsung. Jadi itu pun sudah jadi satu cabaran. Anak kepada Tun M. Dalam filem ini dia agak tegas. Ketegasan itu ialah apabila dia cuba untuk tegakkan keadilan keluarga. Dia kalau boleh mahu bapanya buat sesuatu dengan lebih baik.
“Itu tugas saya untuk watak tersebut dalam filem ini. Dia yang bantu dari segi skrip, ceramah bapanya. Ada elemen dramanya di situ,” jelasnyalagi.
Terdahulu, Ning ditemui di lokasi penggambaran filem berkenaan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Hotel tersebut turut melakar memori tersendiri apabila ia menjadi lokasi Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan mengadakan sidang media tergempar semasa malam keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 pada 10 Mei 2018 lalu.
Filem Mahathir The Journey mengisahkan mengenai perjalanan kehidupan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.
Selain Ning Baizura membawakan watak Datin Paduka Marina Mahathir, barisan pelakon filem terbabit ialah Azhar Amir (Tun Dr Mahathir Mohamad), Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), Lisdawati (Nurul Izzah Anwar), Dazrin Kamarudin (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan Harminder Singh (Gobind Singh Deo).
Filem arahan Profesor Mohamad Hatta Azad Khan ini menelan belanja sekitar RM6 juta dan dijangka akan ditayangkan pada Julai depan.
Difahamkan sekitar November tahun lalu, anak sulung kepada perdana menteri itu tampil menyatakan bahawa dia dan anggota keluarga yang lain tidak mengetahui mengenai filem Mahathir The Journey.
Menerusi laman Twitter, Marina turut berkata dia hanya mengetahui kewujudan wataknya dalam filem itu melalui media.
Bagaimanapun, penerbit Reliance Media Group Sdn Bhd iaitu Yusuf Kelana berkata projek filem itu akan tetap diteruskan meskipun tidak menerima persetujuan daripada mana-mana watak terlibat.
Ini kerana pihaknya sudah mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) setelah skrip filem ini melalui proses rombakan sebanyak 12 kali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.