Beberapa hari lalu, ada peminat yang terkejut dengan sekeping foto yang merakamkan pelakon, Eyra Hazali terlantar di katil hospital sebagaimana yang dikongsikan menerusi kemas kini Instagram peminat mereka.
Terdahulu, pasangan muda ini mendirikan rumah tangga kira-kira lebih dua bulan lalu.
Menurut pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril, dia tertarik dengan satu kenyataan yang menyatakan ‘Fathers are expected to be silent & absent & unreliable & selfish but we have to accept them’ menerusi filem Marriage Story lakonan Adam Driver and Scarlett Johansson.
Ulasnya, satu dunia akur dengan pemahaman bahawa seorang ayah dan suami tidak punya pengetahuan mengenai anak, tidak membantu isteri, tidak boleh dipercayai dan sibuk dengan dunia sendiri.
Namun, doktor popular ini punya alasan kukuh mengapa rata-rata kaum lelaki bersikap demikian.
Jelasnya, biarpun tidak tahu untuk menjangkakan akan perihal anak, namun para bapa bertungkus lumus menyediakan segala keperluan terbaik untuk keluarga.
“Topik : Cara Kami Berbeza
“Asyik backup kaum bini ja, arini mai sembang pasal kaum suami. Semalam masa sy tengok cerita Marriage Story kat Netflix ada satu part menarik ayatnya “Fathers are expected to be silent & absent & unreliable & selfish but we have to accept them”. Terbahak-bahak bini gelak. Tapi lega sungguh hati sy dengar ayat ni, kiranya satu dunia tahu baseline seorang suami/ ayah yakni dungu tak tahu apa2 pasal anak (silent), bini macam kematian suami (absent), tak boleh dipercayai menjaga anak (unreliable) & sibuk dengan dunia sendiri (selfish)
“Tapi meh sy backup kaum sy. Ada sebab kenapa kami macam ni. Mungkin ya kami tak tau bila anak tu patut disuap susu/ kami tak dapat bau yg anak tu berak/ kami tak dapat menjangkakan bahaya yg bakal mendatang sekiranya kami biarkan anak tu bebas berlegar di ruang rumah TAPI kami tahu yg anak itu perlukan electric supaya anak itu dapat tidur dlm keadaan berhawa diingin yg selesa, kami tahu yg kami perlu lakukan sesuatu supaya susu & pampers anak sentiasa ada, kami tahu sekiranya si isteri penat kami ada di sebelah untuk mengambil alih tugasnya biarlah untuk 5 minit sekalipun,” jelasnya.
Bapa kepada seorang anak itu juga tidak menafikan hakikat kaum lelaki cuai dan kurang peka, namun itu tidak bermakna kasih sayang kepada anak juga kurang berbanding si ibu.
“Tak dinafikan kami lalai, cuai, leka, kurang peka tapi semua ini doesnt make kami kurang/ tidak sayang pada anak itu berbanding si isteri. WELL BEING & FUTURE bukan sahaja anak itu, malah bini & juga ibu bapa are constantly running dalam otak kami. Sebab tu kami tak banyak bercakap kerana jika kami diberi peluang, terduduk si isteri mendengar segala yg tersirat di hati & juga pemikiran kami,” ulasnya lagi.
Kata Say, golongan lelaki menunjukkan kasih sayang dengan cara yang sangat berbeza dengan wanita.
“Kesimpulannya, cara lelaki menunjukkan kasih sayang sangat berbeza berbanding wanita. Boleh kira berapa kali ja ayah sy peluk & cium pipi sy lagi2 bila dah besar ni, akan tetapi tak putus ayah sy menasihati sy tentang apa jua perkara yg sy ingin lakukan. Jadi sayangilah kami seadanya. Tak banyak pun kami minta selain daripada pengurangan tahap pembebelan, alangkah indahnya dapat sebiji kereta/ sepasang sneakers even better sekaki payung emas. Dah, pergi sayang suami korang & bisik manja di telinganya “nanti ayang belikan abang sekaki payung emas k?”. Nescaya sujud syukur suami itu. Sekian,” terangnya panjang lebar.
Sekadar imbasan, Dr Say berkahwin dengan isterinya, Dr. Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei tahun lalu.
Foto : Instagram Say Shazril
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Adam Corrie Lee ada berkongsi kisah perihal perasaan antara lelaki dan wanita yang mudah jatuh cinta dari pandangan pertama bermulanya dari mata.
Katanya, setiap lelaki perlu menjaga hati dan perasaan wanita agar tidak melebihi batas dalam pergaulan, apatah lagi jika si lelaki sudah berkeluarga.
Lalu, bintang ini ada berkongsi rasa terhadap posting terdahulu dari Isteri menerusi Instagram.
“Pagi tadi Bidadari saya @puan_fazi_fuad tulis di ig dia. Dia kata ; “Percaya atau tidak;
“Wanita akan cepat perasan apabila ada seorang lelaki suka mengusiknya. Wanita akan menyangka lelaki itu suka padanya.
“Padahal lelaki tersebut hanya mengusik sahaja. Itu mmg fitrah lelaki suka melihat wanita. Sbb itu kat akhirat , lelaki yg baik akan dpt bidadari. Manakala wanita akan dpt emas iaitu perkara bersifat kebendàan.
“Jadi kita sebagai wanita jgn cepat perasan, apabila ada org lelaki senyum, cakap manja-manja dgn kita…. jgn cepat jatuh hati… tambah-tambah kalau lelaki tersebut sudah dimiliki.
“Dan kpd lelaki, jgn main-mainkan wanita jika tiada niat yg betul. Jangan cuba suka suka nak test market. Hati perempuan ni lembut dan cepat rapuh jika tersalah sentuh dan rempuh.
“Dan hati wanita ini jika sudah terjatuh cinta, dia nekad untuk memiliki hati lelaki tersebut walaupun sudah berpunya.
“Pesanan utk semua tak kisah lah lelaki atau perempuan. Terutama khas adik-adik, anak-anak perempuan ku , anak lelaki ku @adamfatehlee juga. dan juga suami ku,” konsginya.
Dalam masa sama, perkara tersebut pernah berlaku kepada pelakon itu juga apabila reaksi disalah erti.
“P/s: pernah terjadi pada saya, saya senyum pada rakan saya di belakang seorang wanita. Tiba-tiba wanita itu kata saya artis gatal.
“Ada juga saya tak perasan pon ada seorang gadis senyum pada saya, lalu jerit kata saya sombong. redha je la,” akhirinya.
Penyanyi Tajul Arif mengakui isterinya, Nurul Shamieza Eddie punya akses kepada akaun media sosialnya demi menjaga keharmonian rumah tangga mereka.
Jelasnya kepada MH, isteri terlebih dahulu akan menapis dan menyekat akaun individu yang cuba menghantar mesej peribadi yang bertujuan tidak baik.
“Tidak dinafikan ada yang mencuba walaupun mengetahui saya sudahpun berkahwin. Namun saya tidak melayan kerana takut lebih melarat.
“Sebelum berkahwin, ada juga yang menghantar foto atau mesej dengan niat memikat, namun isteri telah menyekat akses mereka yang berbuat demikian.
“Kami masing-masing ada akses ke akaun sosial jadi tiada masalah akan timbul kemudian hari,” katanya.
Terdahulu, dia ditemui pada sidang media Anugerah Meletop Era 2020 di Petaling Jaya pada Rabu.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang anak ini turut mengulas lanjut kehidupannya selepas berkahwin pada usia muda.
“Bagi saya berkahwin muda memang bagus kerana kita dapat pelbagai pengalaman. Kehidupan kita berubah 360 darjah.
“Malah jika menyentuh isu kebebasan, saya masih boleh berhibur dan meminta izin daripada isteri. Cuma bezanya dahulu tidak perlu meminta izin, boleh ke mana sahaja.
“Isteri pula kena tengok mood. Perempuan biasalah, ada mood baik dan kadang kala mood tak baik. Jadi bila mood isteri baik, dia beri kebenaran tapi jangan balik terlalu lewat.
“Niat saya mahu jadikan dia isteri yang sah kerana kami rapat daripada zaman persekolahan. Kami selalu bersama dan tidak elok pula bila orang berkata-kata.
“Arwah bapanya juga pernah berpesan sewaktu sedang nazak supaya kami percepatkan perkahwinan,” ulasnya lagi.
Menegaskan isteri tidak pernah mencampuri urusan kerjaya, namun sentiasa menasihati dirinya agar menjaga batas dan hati.
“Isteri tidak pernah marah berkait dengan hal kerja. Dia tidak pernah marah jika saya mahu berduet atau bergambar dengan siapa, cuma dia berpesan agar menjaga batas dan hati.
“Setakat ini dia tidak pernah mengikut saya bekerja kerana tidak mahu masuk campur dan seorang yang pemalu,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Tajul dicalonkan dalam Anugerah Duo Meletop Era bersama Wani Hasrita.
Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 April dan bertemakan Yang Epik,Yang Legend, AME 2020 masih menampilkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.