Selamat bernikah dan mengadakan beberapa buah majlis resepsi, pelakon Farah Nabilah mendedahkan akan berkunjung ke Pulau Pinang terlebih dahulu bersama suaminya, Mohammed Amirul Yunus untuk berbulan madu.

Kata bintang Cik Reen Encik Ngok Ngek itu, dia dan Amirul masih mempunyai tuntutan kerja yang harus diselesaikan.

Perancangan bulan madu belum ada apa-apa lagi. Saya bakal memulakan penggambaran beberapa buah drama begitu juga dengan Amirul yang bekerja sebagai seorang juru terbang.

Apa yang pasti, kami akan ke Pulau Pinang terlebih dahulu untuk mencari makanan yang menarik di sana kerana saya teringin nak makan nasi kandar. 

Boleh dikatakan Pulau Pinang sebagai short honeymoon kami, ” katanya kepada MH.

View this post on Instagram

Live Update The Solemnization Ceremony of Mohamed Amirul Yunus & Farah Nabilah Dato’ Saipuddin . Wedding Planner : @rekateemor #rekateemor Wedding Manager : @rekateemor Venue : @royalechulandamansara Host : @fedtriyahya Photographer ( Live Update ) : @wedlocx.co #wedlocx #wedlocxco Photographer : @autumnstoryofficial #autumnstory Videographer : @lhmediatv #lhmediatv Live Streaming : @mahligaicintatv3 #mahligaicintaTV3 Guest Management : @weddie.my Bride’s Dress : @rizalman71 #RIZALMANbrides Bride’s jewellery : @bludiamondclub Bride’s Makeup : @khirkhalid #KHIRsbride Bride’s Hairstylist : @ckayliow #notjustahairstylist Bride’s White Henna : @sheemahenna . #fawaaxamirul

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

IKLAN

Dalam pada itu, Farah,28, dan Amirul membuat keputusan memilih rumah yang bakal didiami lokasinya berdekatan dengan keluarga.

Sebenarnya rumah kami dalam pengubahsuaian dan bakal berpindah lagi beberapa bulan.

Saya seorang anak mak yang tidak pernah tinggal berjauhan dengan keluarga. Begitu juga dengan Amirul yang rapat dengan mak dan keluarga.

IKLAN

Jadi saya mencari rumah yang berdekatan dengan keluarga supaya senang untuk melawat dan meluangkan waktu bersama,” kongsinya. 

IKLAN

Terdahulu, pasangan sama cantik, sama padan ini juga telah mengadakan empat majlis yang berlangsung meriah dengan tema tersendiri. 

Farah dan Amirul diijabkabulkan pada 20 Disember lalu dan menerima mas kahwin sebanyak RM1000, manakala wanga hantaran sebanyak RM77,777.77. 

Foto : Instagram Farah Nabilah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI