Selebriti popular Indonesia, Maudy Ayunda yang terkenal memegang watak Ainun menerusi  filem Habibi & Ainun 3 telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya.

Tidak memilih individu yang sama latar dari dunia hiburan, sebaliknya wanita berusia 27 tahun ini mengambil keputusan untuk berkahwin dengan jejaka berketurunan Korea Selatan, Jeese Jiseok Choi yang dikenalinya ketika sama-sama menuntut di Stanford University, California.

“Sesetengah Perkara Berbaloi Untuk Diperjuangkan,” – Maudy Ayunda Pilih Jejaka Korea Selatan Sebagai Suami
Kredit foto: Instagram Maudy Ayunda

Berkahwin pada 22 Mei 2022, Maudy Ayunda atau nama penuhnya, Ayunda Faza Mudy ini selamat dinikahkan dengan suaminya dalam satu majlis tertutup.

Meninjau ke Instagram Maudy, dia meluahkan kata indah untuk suaminya dalam satu hantaran berlatarkan suasana saat suaminya melamar. Luahnya, “Berada bersama kamu terasa seperti pulang ke rumah. Sebuah ruang yang selamat untuk saya menjadi diri saya yang sebenar. Bila kamu memohon untuk saya berkahwin dengan kamu, ia merupakan persetujuan yang paling mudah pernah saya lafazkan.

“Kamu merupakan seorang yang sangat bijak tetapi merendah diri, kamu juga merupakan seorang yang sangat menyenangkan untuk berbual. Saya selalu kagum dengan dengan tenaga yang kamu miliki. Bersamamu hidup menjadi lebih bersemangat dan masalah adalah teka-teki untuk diselesaikan bersama.”

IKLAN
“Sesetengah Perkara Berbaloi Untuk Diperjuangkan,” – Maudy Ayunda Pilih Jejaka Korea Selatan Sebagai Suami
Kredit foto: Instagram Maudy Ayunda
“Sesetengah Perkara Berbaloi Untuk Diperjuangkan,” – Maudy Ayunda Pilih Jejaka Korea Selatan Sebagai Suami
Cantik berkebaya putih di hari perkahwinannya. Kredit foto: Instagram Maudy Ayunda

Menurut Maudy lagi, Jeese Jiseok Choi atau lebih mesra dipanggil Jesse sudahpun berpindah dari Amerika Syarikat untuk menetap di Jakarta Selatan untuk membina hidup baru bersamanya.

Berpindah tujuh bulan sebelum melangsungkan perkahwinan, Jesse telah mempelajari selok belok kehidupan di Indonesia. Daripada mempelajari budaya serta adat resam, memandu kereta di bahagian kiri jalan dan belajar bahasa Indonesia

IKLAN

“Kami sentiasa tahu kami mempunyai soalan besar untuk dijawab. Dua bulan sebelum tamat pengajian, kamu memberitahu saya yang kamu akan berpindah ke Jakarta. Ini adalah selepas berkali-kali perbincangan yang sukar. Kamu berkata yang terbaik, sesetengah perkara yang patut diperjuangkan,” ucap Maudy memberi penghormatan buat suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cantik & Bijak!” – Maudy Ayunda Selesai Pengajian Di Universiti Stanford, Penampilan Kebaya Merah Di Majlis Konvo Curi Perhatian

IKLAN
“Sesetengah Perkara Berbaloi Untuk Diperjuangkan,” – Maudy Ayunda Pilih Jejaka Korea Selatan Sebagai Suami
Kredit foto: Instagram Maudy Ayunda

Selain lakonan, Maudy juga merupakan seorang penyanyi berbakat. Dia yang memulakan kerjaya sebagai pelakon sejak berusia 11 tahun bukanlah calang-calang orangnya.

Sebelum melanjutkan pelajaran di Standford Universiti dalam bidang Sarjana Pengurusan Perniagaan & Pendidikan, dia terlebih dahulu bergelar graduan dari Oxford University dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Filosofi, Politik dan Ekonomi.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI