Pelakon, Jue Aziz memaklumkan ibunya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital selepas bacaan darah dilaporkan naik mendadak.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz di Instagram.

Menurut Jue, keadaan tersebut hampir menyebabkan salur darah di kepala ibunya pecah dan boleh membawa maut.

“Boleh Pecah Urat Dalam Kepala, Silap-Silap Boleh Ikut Arwah Abah,” – Jue Aziz Risau Keadaan Ibu Sebab… “Boleh Pecah Urat Dalam Kepala, Silap-Silap Boleh Ikut Arwah Abah,” – Jue Aziz Risau Keadaan Ibu Sebab…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jue Aziz (@jueaziz22_official)

“Ya Allah, ni kali ke dua mak jadi macam ni. Pertama kali pada bulan Februari. Darah beku dekat kepala disebabkan darah tinggi almost bloated dan jantung bocor nasib sempat bawa mak pergi hospital time tu dah mild stroke.

“Tadi pun sama. Kebetulan ada appointment dengan doktor hari ni untuk follow up sakit mak. Tahu-tahu je mak punya tekanan tinggi sangat boleh pecah urat dalam kepala. Silap-silap mak pun bole ikut abah (Al-fatihah)

“Yang bahayanya kali ni mak tiada rasa pening-pening. So, tiada hint sakit takut nanti tak sedar tahu-tahu je,” tulisnya.

Bagaimanapun, pelakon filem, Hantu Bonceng ini tetap menzahirkan rasa lega kerana ibunya itu sempat untuk berjumpa dengan doktor.

IKLAN

Lantaran itu, dia berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa agar ibunya itu diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti biasa.

“Boleh Pecah Urat Dalam Kepala, Silap-Silap Boleh Ikut Arwah Abah,” – Jue Aziz Risau Keadaan Ibu Sebab… “Boleh Pecah Urat Dalam Kepala, Silap-Silap Boleh Ikut Arwah Abah,” – Jue Aziz Risau Keadaan Ibu Sebab… “Boleh Pecah Urat Dalam Kepala, Silap-Silap Boleh Ikut Arwah Abah,” – Jue Aziz Risau Keadaan Ibu Sebab…

“Nasib masa ni abang memang nak bawak mak pergi check up if not mak sorang-sorang tak tahu apa jadi sebab tak ada tanda-tanda pening atau apapun. Ya Allah kau lindungilah dan berikan kesembuhan pada ibu kami Amin

“Kadang-kadang luaran nampak kuat, sihat dan happy tapi sebalik ni semua, hanya Allah Maha Mengetahui.

IKLAN

“Hargailah mereka yang menyanyangi dan berkorban untuk kita selagi masih berada disisi kita. Terima kasih mendoakan mak kami. Hanya Allah dapat membalas doa-doa kalian,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Jue dan ibunya.

“Ya Allah permudahkan segalanya semuga mak cepat sihat akak ada yea Jue. Be strong.

“Akak tingginya bp mak. Suruh dia banyak rehat dan makan ubat yang doktor bagi. Moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

IKLAN

“Semoga mak sis sihat seperti sedia kala.

“Moga sentiasa dalam lindungan Allah.

“Saya dalam perjalanan ke Madinah. Insya Allah akan saya doakan buat ibu Jue sekiranya berkesempatan di Raudhah nanti. Semoga ibu Jue diberikan kesembuhan dan kesihatan seperti sediakala oleh Allah SWT,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Boleh Pecah Urat Dalam Kepala, Silap-Silap Boleh Ikut Arwah Abah,” – Jue Aziz Risau Keadaan Ibu Sebab… “Boleh Pecah Urat Dalam Kepala, Silap-Silap Boleh Ikut Arwah Abah,” – Jue Aziz Risau Keadaan Ibu Sebab… “Boleh Pecah Urat Dalam Kepala, Silap-Silap Boleh Ikut Arwah Abah,” – Jue Aziz Risau Keadaan Ibu Sebab…

Pada Februari lalu, ibu kepada Jue telah dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan yang sama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber& Kredit Foto: Instagram Jue Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI