Suami kepada pelakon, Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari memaklumkan isterinya kini sedang menjalani tempoh isolasi di rumah selepas disahkan dijangkiti wabak Covid-19.

Bagaimanapun, Dr. Izzar memberitahu, Ummi hanya mengalami gejala ringan manakala dia dan anak-anak pula masih lagi tidak bergejala buat masa ini.

“Tak Perlulah Takut Dengan Bekas Pesakit, ‘Watlek’ Je,”- Ummi Nazeera Positif Covid-19, Suami Minta Henti Stigma “Tak Perlulah Takut Dengan Bekas Pesakit, ‘Watlek’ Je,”- Ummi Nazeera Positif Covid-19, Suami Minta Henti Stigma

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

“Kecundang akhirnya. Untuk makluman semua. Isteri tercinta saya telah dijangkiti COVID-19. Sebab beraya la ni kan. Takpe takde rezeki boleh kena tu.

“Alhamdulillah anak-anak serta saya sekarang tak bergejala. Ummi pun bergejala ringan sahaja. Nasib baik dah amik vaksinasi. Isolasi sorang-sorang kat dalam bilik tengok kdrama,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

IKLAN

Dikesempatan itu juga, Dr. Izzar turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga isterinya itu segera bebas daripada wabak Covid-19.

“Tak Perlulah Takut Dengan Bekas Pesakit, ‘Watlek’ Je,”- Ummi Nazeera Positif Covid-19, Suami Minta Henti Stigma “Tak Perlulah Takut Dengan Bekas Pesakit, ‘Watlek’ Je,”- Ummi Nazeera Positif Covid-19, Suami Minta Henti Stigma “Tak Perlulah Takut Dengan Bekas Pesakit, ‘Watlek’ Je,”- Ummi Nazeera Positif Covid-19, Suami Minta Henti Stigma

Malah, dia juga turut menyeru kepada orang ramai supaya tidak memberikan tanggapan negatif mereka yang berjangkit.

IKLAN

“Sayalah kena menjaga anak-anak. Jom sama-sama doakan wife saya sembuh segera, serta bertambah rezeki dan keluarga bertambah bahagia. Selitla sikit doa-doa tambahan lain tu.

“Tapi takpa, esok hari terakhir wife saya nak berisolasi. Lepas itu sabtu boleh sambung beraya kat luar. Apa-apa pun, semua kenalah patuh SOP sentiasa.

“Oleh itu, tak perlulah nak stigma atau takut dengan bekas pesakit2 COVID-19. Watlek je. Pastikan dia dah cukup isolasi 7 hari di rumah je,” ujarnya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut berharap agar semua baik-baik sahaja buat Ummi.

“Tak Perlulah Takut Dengan Bekas Pesakit, ‘Watlek’ Je,”- Ummi Nazeera Positif Covid-19, Suami Minta Henti Stigma “Tak Perlulah Takut Dengan Bekas Pesakit, ‘Watlek’ Je,”- Ummi Nazeera Positif Covid-19, Suami Minta Henti Stigma “Tak Perlulah Takut Dengan Bekas Pesakit, ‘Watlek’ Je,”- Ummi Nazeera Positif Covid-19, Suami Minta Henti Stigma

Sekadar informasi, Dr. Izzar dan Ummi telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 23 Januari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Ayra Aneesah dan Aysha Arsyla.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Izzar & Ummi Nazeera

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI