Tahniah diucapkan buat pelakon filem Habibie & Ainun 3, Maudy Ayunda yang telah pun berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang Sarjana Pengurusan Perniagaan Dan Pendidikan di Universiti Stanford, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Berkongsi momen indah di Instagram, beberapa hantaran yang dikongsikan bintang berusia 27 tahun ini cukup mencuri perhatian.

Anggun mengenakan persalinan kebaya dalam rona merah rekaan pereka fesyen Didiet Maulana, Maudy menerusi platform sama mendedahkan dia terpaksa menempuhi konsep pembelajaran secara atas talian disebabkan pendemik Covid-19 sebelum ini.

“Saya telah tamat pengajian! Dua tahun berlalu, tiada kata yang boleh diungkapkan tentang berapa banyak telah saya belajar dari pengalaman ini. Terutama sekali apabila ia diwarnai dengan cabaran yang unik dan tidak disangka-sangkakan.

IKLAN

“Mac tahun lalu, pengalaman Standford saya berubah sekelip mata. Kelas menerusi zoom dan juga pemakaian pelitup muka menapis sistem pembelajaran dan cara berinteraksi.

“Bagaimanapun ia meningkatkan daya kemenjadian saya sebagai seorang manusia. Saya diajar untuk mengawal, berfikir secara mendalam dan belajar mengutamakan perkara yang perlu,” tulisnya.

Dia yang mendukung watak sebagai Ainun menerusi filem yang turut popular di Malaysia itu juga menjelaskan, apa yang berlaku membuatkan dia belajar bersyukur.

IKLAN

“Saya juga belajar untuk membuat keputusan dengan cepat tanpa rasa tidak menyesal berkenaan perkara yang benar-benar bermakna buat diri ini dan bersyukur untuk setiap perkara itu.

“Ia merupakan satu ia merupakan satu keistimewaan bagi saya untuk dapat berjalan di institusi hebat ini. Saya berharap agar saya dapat berbuat kebaikan menerusi pengalaman ini pada masa hadapan,” tulisnya lagi.

IKLAN

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih Maudy selain turut meninggalkan respon positif buatnya.

Untuk rekod, Maudy ialah bekas pelajar Universiti Oxford dalam bidang Filosofi, Politik dan Ekonomi diperingkat ijazah sarjana muda.

Sumber, Foto: Instagram Maudy Ayunda/ @rebeccaouphotography

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI