Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Sengaja Cari Penyakit? Kecoh Video Wanita Hamil 7 Bulan Jatuh Ketika Tunggang...

Sengaja Cari Penyakit? Kecoh Video Wanita Hamil 7 Bulan Jatuh Ketika Tunggang Kuda – “First Time Kena Kecam, Tak Terhadam…,” Tuan Badan Beri Penjelasan

Sepotong video yang memaparkan seorang wanita sarat hamil mencuri tumpuan pengguna laman sosial khasnya di Twitter selepas dirinya dipercayai tergelincir ketika sedang menunggang kuda.

Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, kelihatan seorang wanita tiba-tiba menjerit dalam keadaan tersadung ke tanah sebelum ditenangkan beberapa individu.

Tindakan tersebut secara langsung menyebabkan netizen memberikan reaksi pelbagai memandangkan keadaan wanita itu yang boleh mengancam keselamatan diri serta anak dalam kandungan.

Hasil pemerhatian MH, wanita tersebut ialah seorang usahawan yang dikenali sebagai Cik Puan Azila (CPA), yang juga pemilik jenama Secret Correa.

Dalam satu posting terkini di Instagram, Azila tampil menjelaskan situasi yang berlaku berhubung kejadian yang menimpanya itu, pada Ahad.

Sambil mengakui menerima banyak panggilan yang mahu bertanya khabar, Azila memaklumkan dia dan kandungan yang sudah mencecah usia tujuh bulan  berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

IKLAN

“Sesuatu yang luar biasa terjadi semalam apabila video saya jatuh dari kuda (tergelincir sebenarnya) tiba-tiba menjadi viral di Twitter.

“Bertubi-tubi panggilan telefon dari keluarga dan kawan-kawan yg concern keadaan saya. Yelah saya faham, mungkin sebab tengah sarat mengandung lebih 7 bulan, sebab tue ramai yang risaukan keadaan saya.

“Alhamdulillah saya okay je tak ada yg serius so far. Syukur kpd Allah SWT,” tulisnya.

Azila turut mengakui, dia maklum akan kecaman yang diterima dan berterima kasih buat semua yang mendoakan kesihatannya serta bayi dalam kandungan.

“Masa dapat tahu video saya viral, sempatlah tengok perbualan dkt twitter. 1st time kena kecam mmg tak terhadam membaca komen-komen netizen yang kata sendiri cari pasal sendiri tanggung lah, cari penyakit dan macam-macam lagilah.

IKLAN

“Mujurlah emosi ibu mengandung tak terganggu sangat. Mental fizikal org bisnes kena kuat! Bagi yang bagi kata-kata semangat dan mendoakan kandungan SAYA selamat. Alhamdulillah terima kasih ya.

“Paling yang saya suka ada yang ingat CPA tak pregnant sebab ade yang kate badan kecik. Yeke hee…tu kena guna #Losyensecretcorrea lahye.

“Sebenarnya menunggang kuda ketika hamil nie bukan tak boleh tapi just kena berhati-hati. Macam dalam video tu sbnrnya CPA override saja tapi berlaku sedikit kesilapan teknikal hingga tergelincir.

IKLAN

“Setakat pusing2 joy ride tak apa, melainkan trot@canter dalam arena memglah xsesuai dlm keadaan sarat macam ni.

“Actually im #horserider, dan white rose adalah my own horse. Sbanrnya dah lama tak jumpa dia. Rose ibarat anak saya. CPA rindu dekat Rose sebab berbulan jugak lah tak jenguk dia.

“Saja nak melawat dia sebelum bersalin. Tuan kuda dengan kuda kena ada bonding. Sekali sekala kena datang tanya khabar,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun, Azila juga terharu atas teguran selain akui amalan sunnah seperti menunggang kuda berupaya menerapkan sikap kepimpinan di dalam diri.

“Ride (juz walk bukan lari) masa mengandung nie actually bagus sebenarnya, (tak digalakkan untuk newbie) sebab bantu betulkan posture badan ibu hamil. Memudahkan proses bersalin juga,” tulisnya panjang lebar.

Kejadian yang difahamkan berlaku di MAEPS Rubinga Equine Centre (MREC) itu sehingga kini sudah pun ditonton lebih 40,000 kali di Twitter.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI