Penyanyi Datin Alyah tidak menyangka percubaannya untuk berniaga kuih tempatan membuahkan hasil apabila karipap mentah yang dibuat mendapat sambutan baik peminat.
Menurut Alyah,40, idea tersebut berlaku secara spontan ketika dia melakukan sesi ‘live’ di Instagram bersama pengikutnya baru-baru ini.
“Pada awalnya saya rasa nak makan karipap untuk menu petang. Jadi sajalah suka-suka ‘live’ di IG pada waktu sama dan saya kata kalau ada yang mahu, bolehlah tempah.
“Tak sangka pula daripada sekadar bergurau, ramai pula yang berminat untuk buat beli. Ingatkan yang tempah sedikit saja, tapi pembantu saya kata lebih 300 biji tempahan telah diterima.
Ads
“Memang terkejut, tapi saya kira ini salah satu punca rezeki untuk tambah pendapatan dalam fasa pandemik ketika ini. Saya terima tempahan selama beberapa hari dan alhamdulillah, sambutan yang diterima cukup positif.
“Keluarga saya di Johor pun memang ada yang buka kedai, ambil tempahan buat kuih muih, lauk pauk dan sebagainya. Jadi saya sendiri sudah terbiasa. Tak dinafikan penat bila uli gunakan kudrat sendiri, tapi syukur kerana juga yang sudi nak merasa,” katanya.
“Bila saya nampak percubaan ini menjadi, saya rancang untuk selang seli menu kuih. Macam contoh, minggu ini karipap dan minggu seterusnya mungkin kuih lain pula.
Ads
“Selain boleh tukar cita rasa, peminat pun boleh menikmati hidangan pelbagai. Tidaklah sama saja. Kalau ada permintaan dalam kuantiti yang banyak, insya-Allah saya akan usahakan. Cuma sekarang saya kena beli mesin khas kalau nak jalankan projek ini secara berterusan,” katanya.
Ditanya apa reaksi suami, Datuk Ramli MS, penyanyi Meluruh itu bertuah kerana pemuzik berkenaan menyambut baik usaha yang dilakukannya.
Ads
“Suami menyokong, memandangkan dia dan keluarganya di Singapura juga cukup mahir dalam bab masakan. Ramli minta saya untuk buat bisnes ini secara serius.
“Malah dia ada rasa dan menilai serta bagi input apa yang perlu ditambah baik. Tapi bila jalankan bisnes ini,ia tidaklah bermaksud saya nak hadkan kerjaya. Memandangkan situasi negara ketika ini, rasanya lebih baik untuk kita cuba cari hobi lain juga,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Alyah kini sedang mencari masa sesuai untuk merakamkan single terbarunya, Thank You Allah yang bakal dilancarkan tahun ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi Noorshila Amin dan suaminya, Norrizan Abd Majid telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk program bual bicara, Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di TV3.
Pasangan suami isteri ini telah menjadi panel secara maya untuk berkongsi pendapat seterusnya sama-sama membincangkan topik bertajuk ‘Hilang Cinta Tinggal Simpati’ bersama para penonton.
Menurutnya meski genap 37 tahun melayari bahtera perkahwinan, Noorshila bagaimanapun mengakui sudah menjadi lumrah di dalam setiap perkahwinan yang dibina ada kisah suka dan dukanya.
“Siapa kata dalam lumrah rumah tangga tiada rasa susah, senang, sedih dan semua rasa itu ada dalam setiap perkahwinan. Macam saya kalau ada apa-apa masalah yang berlaku, saya akan berbalik kepada anak-anak.
“Bila ada sesuatu yang terjadi antara kami, saya akan rasa macam kenapa bila kita senang kita nak bersama tapi bila kita susah kita tidak boleh nak bersama.
“Jadi alhamdulillah mungkin disebabkan itu juga saya masih lagi bersama dengan suami saya sehingga ke hari ini,” katanya.
Selain itu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Kad Ucapanmu ini menjelaskan, komunikasi antara suami isteri juga menjadi kunci terpenting bagi keharmonian institusi perkahwinan.
“Jadi kepada anda semua sebaik-baiknya berkomunikasi itu adalah sangat penting. Bila setiap pasangan suami isteri itu ada masalah bersama jangan libatkan sesiapa atau orang luar, sebab kadang-kadang persekitaran luar itu yang boleh memudaratkan hubungan.
“Pada saya, kalau nak kekalkan rumah tangga komunikasi dan rasa cinta itu kena terus sentiasa tebalkan dalam diri. Dalam masa yang sama, rasa simpati itu yang menimbulkan rasa kasih dan sayang pada pasangan kita,” katanya lagi.
Sekadar informasi, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata bernama Admiena Norrizan, Nurrul Nadia, Mohd Daniel Durrany dan Mohd Banni Basyishar hasil perkongsian hidup bersama.
Link video
Foto: Instagram Noorshila Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Angkasawan negara dan personaliti popular, Datuk Dr Sheikh Muszaphar hari ini berkongsi kisah kejayaan anak lelaki sulungnya, Sheikh Adam yang berjaya merangkul tiga anugerah di sekolah.
Tiga anugerah tersebut adalah Ikon Murid Cemerlang 2024 dan Tulisan Tercantik di Sekolah Kebangsaan serta mendapat tempat pertama di Sekolah Rendah Agama.
“Ini anak lelaki sulung saya, Sheikh Adam, masih dalam darjah satu dan merupakan kembar kepada Sheikh Noah. Untuk tahun ini Adam telah mendapat anugerah Ikon Murid Cemerlang 2024 SK, No 1 at SRA dan Tulisan Tercantik 2024 SK
“Gelak sekejap, pertama kali dengar award tulisan paling di sekolah, tidak terkejut kerana Adam telah menulis tulis kursif sejak berusia enam tahun.
“Tidak pasti di mana dia mempelajarinya, selalu kena marah dengan cikgu,” kongsi bapa kepada tujuh cahaya mata itu.
Bangga dengan kejayaan anaknya itu, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi bahawa Adam bukanlah seorang pelajar yang selalu menelaah namun ada rahsia tersendiri yang menjadikan anaknya itu cemerlang.
“Adam telah memenangi banyak anugerah dengan mudah, dia tidak pernah menelaah dan bermain setiap masa, tetapi rahsianya? Dia seronok belajar, mempunyai rasa ingin tahu setiap masa, selalu mahu tahu dan selalu bertanya kenapa,” kongsinya lagi.
Sekadar info, sebelum ini anak sulung beliau, Sophea Isabella, turut viral di media sosial apabila ditawarkan untuk melanjutkan pengajian peringkat menengah di tiga institusi pendidikan berprestij.
Institut pendidikan tersebut adalah Kolej Tunku Kushiah, Kolej Yayasan Saad dan Kolej Genius Permata Pintar Negara (KPPN). Sophea kemudiannya memilih untuk pelanjutkan pengajian di KPPN.
Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri tampil nasihat kepada rakan niaganya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat untuk menghormati undang-undang negara dan agama Islam.
Aliff menerusi Utusan Online pada masa sama turut meminta usahawan berusia 36 tahun itu untuk tidak mempermainkan isu murtad, sebaliknya menjadi individu yang lebih baik.
“Kita sebagai seorang manusia, perlu menghormati undang-undang. Tak salah jika kita mengaku salah. Itu tidak bererti kita kalah. Kita rakyat Malaysia, ada undang-undang yang perlu kita patuhi.
“Sebagai sahabat, saya tak mahu Nur Sajat keluar daripada Islam atau murtad. Jangan tertekan dengan segelintir warganet. Menyerahlah. Ikut garis panduan dan undang-undang,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, satu video berdurasi 1 minit 45 saat yang merakamkan kata-kata dari Nur Sajat tular di media sosial hingga mencetuskan sensasi di kalangan wargamaya. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila video tersebut dirakam penyanyi Makhluk Penggoda itu.
Sementara itu pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu di dalam satu majlis anjurannya.
Pada 23 Februari lalu pula, Nur Sajat tidak hadir ke mahkamah bagi prosiding pertuduhan terhadapnya menyebabkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.
Aliff juga mendedahkan, dia sudah lama tidak bertanya khabar dengan Nur Sajat.
“Saya tidak mahu terlibat dalam urusan dia dan sebenarnya kami sudah lama tidak berhubung. Saya doakan yang terbaik untuk dia,” katanya lagi.
Sumber: Utusan Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.