Anak perempuan kepada penyanyi terkenal Kris Dayanti, Aurel Hermansyah telah sah bergelar isteri kepada bintang YouTuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar pada Sabtu.

Menariknya, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi juga difahamkan turut menjadi salah seorang saksi pernikahan pasangan ini selain Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.

Lantas, majlis pernikahan Aurel dan Atta telah mendapat perhatian daripada wargamaya serantau.

Rata-rata peminat di media sosial, khasnya Twitter memberi komen positif terhadap majlis pernikahan pasangan ini yang dilihat sebaiknya cuba mematuhi peraturan SOP seperti yang telah ditetapkan dengan memakai pelitup sebagai antara usaha memutuskan wabak Covid-19.

IKLAN

“Ni video. Semua tak tanggalkan face mask..walaupun pengantin.padahal majlis tu presiden jadi saksi.kalau kat malaysia sop dah kelaut andaman dah ni.

“Memang respek lah artis dan pemimpin indonesia..video termute lupa nak unmute..hahaha,” tulisnya pengguna Twitter tersebut

IKLAN

Sekadar informasi, pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa Aurel yang juga penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah.

IKLAN

“Semua Tak Tanggalkan Face Mask, Walaupun Pengantin,” – Patuh SOP, Warganet Puji & Respek Majlis Nikah Anak Kris Dayanti “Semua Tak Tanggalkan Face Mask, Walaupun Pengantin,” – Patuh SOP, Warganet Puji & Respek Majlis Nikah Anak Kris Dayanti “Semua Tak Tanggalkan Face Mask, Walaupun Pengantin,” – Patuh SOP, Warganet Puji & Respek Majlis Nikah Anak Kris Dayanti

Foto: Twitter Daddy Afqar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI