Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya berkongsi nama anak keduanya itu bersempena dengan genap seminggu kelahiran.

Sambil berkongsikan beberapa keping foto wajah penuh anaknya yang comel, Siti memaklumkan puteranya itu diberi nama Muhammad Afwa Khalid.

Muhammad Afwa, Nama Anak Kedua Siti Nurhaliza

“Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini, 26 April 2021, bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia 7 hari.

“Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.

IKLAN

“Alhamdulillah, hari ini, suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami.

“Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

IKLAN

Siti berkongsikan perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi.

Dia pada masa turut mendedahkan, doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut perkataan ‘afwa’.

“Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa.

IKLAN

Muhammad Afwa, Nama Anak Kedua Siti Nurhaliza

“Afwa melengkapkan afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa lengkap afiyah.

“Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah s.w.t. dan kita semua juga di dalam lindunganNya,” tulisnya sambil memberikan kredit.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza (aqoimran)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI