Rupa-Rupanya 6 Selebriti Ini Sebaya 30 Tahun, Tapi Siapa Masih ‘Maintain’ Muda Jer?

Tidak dinafikan memang agak sukar untuk kita meneka berapa umur seseorang. Lebih-lebih lagi kalau mereka dilihat seakan lebih matang atau tampak muda berbading usia sebenar.

Apa pun, kami bariskan 10 selebriti tempatan yang dilahirkan pada tahun 1991, jadi kini usia mereka sudah pun mencecah 30 tahun.

Sepanjang tempoh bergelar anak seni, pelbagai pencapaian yang sudah dilakar mereka. Agaknya juga, anda sudah boleh teka atau tidak mereka sudah pun memasuki fasa 30-an?

Adira – 19 September 1991

Pemilik nama lengkap Siti Adira Suhaimi kini sudah pun mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih sinonim disapa sebagai Datuk Red dan kini sudah mempunyai tiga cahaya mata.

Ain Edruce – 4 Ogos 1991

IKLAN

Hos dan pelakon ini sedang menantikan cahaya mata sulungnya bersama suami, Amirul Hafiz Mustaffa. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 22 Jun 2019.

Andi Bernadee – 30 November 1991

Kini aktif sebagai pelakon, Andi yang pernah bertanding menerusi program realiti, Big Stage musim pertama kini popular menerusi single, Penat dan Kais Pagi Kais Petang.

Dayana Roza – 1 Mei 1991

Pelakon yang baru mendirikan rumah tangga ini bakal mencecah usia 30 tahun Mei ini. Dia yang merupakan anak tunggal di dalam keluarga  bertunang dengan A’dale Adham Ayahudin pada 5 Ogos 2020 sebelum melangsungkan perkahwinan pada 25 Disember 2020 lalu.

Alvin Chong – 23 Januari 1991

IKLAN

Bintang yang berasal dari Pulau Pinang mulanya dicungkil bakat menerusi program Astro Star Quest. Selain berlakon, Alvin turut aktif menyanyi.

Azira Shafinaz – 26 September 1991

Pelakon yang juga anggota kumpulan De Fam ini merupakan anak bongsu di dalam keluarganya. Kerjayanya dalam lakonan mulai menyinar selepas muncul di dalam drama Married Tapi Benci di samping Syafiq Kyle, beberapa tahun lalu.

Sumber, Foto: Wikepedia, Instagram Selebriti