Doktor selebriti, Dr. Say Shazril mendedahkan dirinya kini telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua pada Rabu.

Jelas Dr. Say, memang benar apa yang diperkatakan oleh ramai pihak yang penerima vaksin dos kedua akan merasai sedikit kesan sampingan beberapa jam selepas mereka menerima suntikan.

Katanya lagi, selain sendinya berasa sengal, suhu badannya juga telah meningkat melebihi paras normal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

“Semalam merupakan 2nd dose Corminaty Pfizer saya. Ramai yang warning saying “doc tunggu lah penangan 2nd dose nanti” & atas sebab warning mereka ni, saya kosongkan jadual saya arini.

“Kata mereka benar, penangan vaksin 2nd dose WAS REAL. Kalau 1st dose rasa macam bini berleter yakni masuk telinga kiri keluar telinga kanan which is tak rasa pape, petang lepas 2nd dose rasa macam kata2, teguran & bebalan bini selama ni were right yakni terasa kesan sampingannya.

IKLAN

“Badan terasa sejuk, sendi sedikit sengal, badan cukup penat. Sy telan ubat demam & tidur. Sahur tadi terasa dedar maka telan lagi ubat. Sekarang demam kuat, suhu 38.2C. Mujur sesangat saya kosongkan hari ni sebab lemau dia sukar digambarkan,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh pengacara program Tanya Doktor itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

“Kata Mereka Benar, Penangan Second Dose Was Real,” – Telan Ubat Demam, Dr. Say Cerita Keadaan Selepas Terima Vaksin Covid-19 Kedua “Kata Mereka Benar, Penangan Second Dose Was Real,” – Telan Ubat Demam, Dr. Say Cerita Keadaan Selepas Terima Vaksin Covid-19 Kedua

Dalam pada itu, Dr. Say turut memuji usaha daripada pihak kerajaan yang telah mengutamakan golongan warga emas sebagai penerima awal vaksin Covid-19.

IKLAN

“Apa yang menariknya semalam ramai golongan warga emas ambil vaksin sekali dengan saya. Rupa2nya hari Isnin baru ni Fasa 2 dah bermula yakni pemberian vaksin kepada warga emas berumur 65 tahun, golongan berpenyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes, hypertension & OKU.

“Kalau parents kalian tergolong dalam kumpulan fasa 2 ni tolonglah update MySejahtera mereka from time to time sebab vaksin will help a lot in protecting them,” ujarnya lagi.

Dikesempatan itu juga, bapa kepada seorang anak ini turut mahu mengikis stigma masyarakat yang kurang percaya akan fungsi dan keberkesanan vaksin Covid-19.

“Kata Mereka Benar, Penangan Second Dose Was Real,” – Telan Ubat Demam, Dr. Say Cerita Keadaan Selepas Terima Vaksin Covid-19 Kedua

IKLAN

“Sy tahu ade yg masih skeptikal dengan vaksin ni katanya “kenapa boleh kena Covid lagi walaupun dah dapat vaksin?”. Meh sy beri perumpaan mudah. VAKSIN NI IBARAT SEATBELT dalam kereta kita.

“Adakah seatbelt memberi perlindungan kepada kita? Yes, sama mcm vaksin. Adakah seatbelt melindungi kita 100%? Tak, sama mcm vaksin. Kalau kita eksiden, adakah seatbelt mengurangkan keterukan kepada kita? Yes, sama macam vaksin.

“Adakah dengan pakai seatbelt buat kita boleh drive laju & gila2? Tak, sama mcm vaksin yakni mask, penjarakan fizikal, kerap cuci tangan masih perlu diamalkan.

“Kesimpulannya dapat vaksin doesnt mean kita boleh jadi kebal & alpa, kita masih boleh dijangkiti COVID-19 cuma mungkin severitynya berbeza. Stay safe & Salam Nuzul Quran peeps,” akhirinya.

Sumber: Instagram Dr. Say

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI