Pada Usia 40 Tahun, Datin Alyah Percaya Kuasa Doa – “Lagu Thank You Allah Bukan Sebab Saya Hamil.”

Penyanyi Datin Alyah menafikan single terbarunya, Thank You Allah ada kaitan dengan perkembangan dirinya yang didakwa hamil oleh sesetengah pihak.

Menurut Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, 40, single yang turut menampilkan Cat Farish dan Haris Ismail itu dihasilkan sebagai simbolik kepada rasa syukur atas rezeki yang diterimanya pada fasa pandemik Covid-19.

“Bukan sebab saya hamil. Belum ada rezeki, kalau boleh memang lah nak juga. Terima kasih buat semua yang tidak putus-putus mendoakan.

“Saya percaya kuasa doa ini sangatlah luar biasa. Cuma untuk saat dan ketika ini, belum ada lagi. Doakanlah yang terbaik untuk saya,” katanya kepada MH.

Berkongsi mengenai latar lagu yang berkait rapat dengan hubungan silaturahim sesama manusia itu, isteri kepada pemuzik, Datuk Ramli MS ini menyifatkan Thank You Allah dilancarkan tepat pada masanya.

IKLAN

“Lagu ini saya dapat ketika negara berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu. Pada ketika itu, saya ada terima pelawaan daripada produk kecantikan, Zafesha Simply sebagai duta.

“Ketika itu, saya sedar semua orang terkesan dengan pandemik. Akan tetapi saya bersyukur kerana menerima satu tawaran yang saya kira agak besar. Ayat pertama yang saya gunakan pada waktu itu ialah ‘Thank You Allah.’

“Di dalam fasa sukar tersebut, Dia selitkan rezeki buat saya. Rasa syukur yang tidak terhingga, alhamdulillah,” katanya kepada MH.

Muzik video lirik Thank You Allah sudah pun dilancarkan di YouTube dan sudah pun menerima hampir 150,000 tontonan sejak dimuat naik 16 April lalu.

IKLAN

Ikuti temubual penuhnya di sini;