Pelakon, Datuk Adi Putra ada berkongsi khabar gembira untuk penonton setia drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri yang pernah disiarkan di saluran TV3.
Dalam pada itu, Adi mengakui ramai yang kurang senang dan berpuas hati penamat jalan cerita drama tersebut.
Lalu, pelakon berusia 40 tahun ini memaklumkan drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini bakal menemui penonton dalam versi telefilem tidak lama lagi.
“EZLAN kembali!!! Saya tahu ramai tak puas hati ending crita AKU YANG KAU GELAR ISTERI.
“Now its the finale in telemovie. Coming Soon!!! @tv3malaysia @tanahberisfilmproduction
#akuyangkaugelaristeri,” tulisnya.
Sekadar informasi, drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Aznah Hamid dan ramai lagi.
Sebelum ini, drama rantaian 15 episod yang berkisahkan amalan syirik dalam rumah tangga itu telah disiarkan di slot Samarinda, TV3 beberapa bulan yang lalu.
Foto: Instagram Datuk Adi Putra
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allah Swt Berikan Ujian Yang Sangat Hebat,” – Billy Genap Setahun, Lana Nordin Panjat Kesyukuran Atas Nikmat Allah
Lana Nordin menerusi Instagram ada menitipkan ucapan istimewa buat anak bongsunya, William Daud Mckienzie atau Billy yang kini genap berusia setahun.
Pelakon ini memanjatkan kesyukuran atas nikmat serta ujian yang diberikan dalam proses menjaga amanah permata hati.
“MMDG&W, Syukur pada ilahi tahun lalu pada Tarikh ini, Allah swt berikan ujian yg sangat hebat pada daddy dan mommy sekeluarga… Dan pada tarikh hari ni juga, alhamdulillah Allah swt berikan nikmat untuk menyambut tahun pertama bersama kami.
“Terima kasih Allah Swt dengan anugerah ini, anakku ini semakin sihat dan terima kasih juga kerana memberiku peluang utk ku menjaganya yg pernah ku rayu dan ku mohon padaMu dan terima kasih kepada semua yg telah mendoakan dan masih mendoakan kesihatan anak sy, terima kasih semua.
“Happy Birthday to my dearest son, semoga jadi anak yg soleh dan beriman…amin. We love u Billy Boy @gibi_mck #1stbirthday #oneyearold #alhamdullilah #prayforbilly #bless #cutebaby #handsomeboy #billydaud #lanadavidmckienzie #myprecious #myboy #mybudak #myhero #mckienzieclan,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Lana Nodin❤️David Mckienzie (@lananodinmckienzie) on
Lalu, netizen tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari lahir buat si comel ini dan terus berdoa agar diberikan kesihatan yang lebih baik.
Billy menjalani prosedur ‘baloon valvuloplasty’ akibat masalah injap sempit (aortic stenosis) sejak dilahirkan.
Foto : Instagram Lana Nordin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kongsi Foto Berbadan Dua Sejak 11 Tahun Lalu Hingga Kini ,DS Shahida Mahu Anak-Anak Jadi Yang Terbaik
“Alhamdulillah rezeki Allah bagi”, itu luahan syukur usahawan Datin Seri Shahida apabila dianugerahkan lima orang cahaya mata.
Mengimbau kembali saat berbadan dua,Shahida memuat naik gambar kelima-lima kandungannya dari anak sulung hingga kini.
“5 gambar saya dari pregnant anak pertama sampai ke 5….sedar x sedar dah 5 anak saya ….Alhamdulillah rezeki Allah bagi.
“Amanah Allah yg perlu saya jaga dan pastikan mereka jadi insan yg terbaik di dunia dan akhirat.
“Saya happy dan bahgia Allah bagi rezeki anak ramai..Allah tu kan x pernah salah percaturanNya,” tulisnya.
Malah, Shahida yakin bahawa perasaan setiap insan bergelar ibu pasti akan ‘hilang’ rasa kesakitan selepas selamat melahirkan zuriat.
“Dari umur 23 tahun (2008) start hamil anak pertama sampai lah umur 34 tahun (2019).
“Kalau sakit bersalin tu mmg sakit,tapi kan bila tgk je muka anak hilang terus kesakitan melahirkan….betul x ?,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Imbas kembali, Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada tahun 2007.
Hasil perkongsian hidup,mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 11, Ibrahem Edham, 7, Qadeeja El Zahra, 9, Yusoff Al Qardawi, 1 tahun.
Shahida kini sedang hamil anak kelima yang kini berusia tujuh bulan.
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
View this post on InstagramRealiti sebenar bila gambar dgn anak2…🤣 #anakmama
A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
View this post on Instagramsemua pose ikut arahan tunjuk gigi… @yusoffalqardawi_terlajaklaris je kekwat sikit😅
A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Foto : Instagram DS Shahida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Teringat Lemang Masa Raya,”- Sempat Jumpa 3 Minggu Lalu, Anak Ziela Jalil Luah Rasa Sedih Nenek Meninggal Dunia
Anak Ziela Jalil, Puteri Julia Nabilah meluahkan rasa sedihnya apabila nenek kesayangan telah meninggal dunia.
Julia mengumumkan berita sedih itu di Instagram miliknya.
“Im glad to took the time to see 3 weeks ago Opah.. little did i know it would be the last time i spoke to you. I remember when you would you make lemang for me every raya..
“You were always a prefecionist, make sute the ‘buloh’ was small and neat. You made the best lemang ang i was always so spoilt to ask for it every years..
“Opah had a beautiful heart. so pure and always cared for us. Abah loved you so much, and always cared for our well-being after passed,” tulis Julia.
Bagaimanapun, tidak dijelaskan punca kematian neneknya itu, Julia berdoa agar neneknya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
“Subhanallah.. beruntungnya Allahyarhamah.. dijemput pada hari Jumaat yg mulia.. Semoga Allah menghapuskan segala dosa2 Opah dan memberi setinggi-tinggi darjat buat Opah di syurga Firdaus Allah. Aminn.. Al-Fatihah,” doa Julia.
Lalu, netizen turut sama menitipkan doa buat Allahyarhamah.
Kami di MH mengucapkan takziah buat Datuk Ziela Jalil sekeluarga dan semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama oran-orang beriman. Al-Fatihah
Foto : Julia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI