Menerusi entri Instagram terbaru, penyanyi Sufian Suhaimi ada memberikan aprisiasi istimewanya terhadap pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini di sebuah sekolah kerana menjadikan lagunya, Di Matamu sebagai lagu latar simbolik memori bersama.
Diambil menerusi Twitter, Sufian yang berkongsi video tersebut di Instagram turut menyatakan terima kasih dan rasa rindu saat berada di alam persekolahan.
“Sempena dengan musim ambil keputusan SPM baru-baru ni, saya upload video yang saya jumpa di Twitter @/Syazlianasazal1. Terus rindu zaman sekolah. Kepada adik-adik 5AWAM2, terima kasih menjadikan #DiMatamu sebahagian memori persekolahan kalian,” kongsi Pian.
Pada masa sama, bintang ini turut berdoa agar pelajar di dalam kelas tersebut berjaya dalam akademik dan kehidupan.
Ads
“Mesti kelas ni meriah dan jadi bualan guru-guru di sekolah. Saya doakan semua berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Kejarlah cita-cita kalian, buatlah ibubapa kalian bangga. The struggle youre in today is developing the strength you need for tomorrow.
“P/s: alamat dan username masing-masing pun kelakar,” tulisnya.
Pelakon jelita, Reen Rahim ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim telah berkongsi ketika dia membuat rawatan ‘Acupuncture’ di bahagian wajahnya.
“Kalau nak cantik kena sihat dari dalam…nie reen ikhlas Share salah satu treatment yg reen akan buat every week. Tak ramai yang tau ttg acupuncture (sila google)
“Face & full body acupuncture – untuk kecantikan dalaman & luaran// beauty & health treatment for the inside out.
“Acupuncture promotes blood circulation
-Untuk face lifting, wrinkles, glowing skin, pigmentations, pimples, any other skin issues.
“Acupuncture helps your body to rejuvenate and promote natural healing – Bukan untuk kecantikan je tapi untuk kesihatan – Bantu untuk cepat pulih untuk kebanyakkan penyakit
Menjengah di ruangan komen pada gambar tersebut, rata-rata netizen berasa gerun apabila melihat pelakon bersiri Pujaan Hati Kanda itu sedang membuat rawatan tersebut.
‘Acupuncture’ merupakan sejenis rawatan perubatan tradisi mengunakan jarum yang diamalkan oleh kaum bangsa Cina.
Foto : Instagram Reen Rahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran buat pelakon Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenar Ainur Syakina Azman yang ke 24 tahun.
Eina telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Eina telah berkongsi bersama peminatnya ketika dia telah menerima sebuah kek yang berbentuk durian dan petai sebagai hadiah daripada suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmett.
“Assalamualaikum guys. Alhamdulillah my 24th birthday ni my husband and sister ordered cake from @sweettoothville, cake durian and petai (two of my favorite food!).”
“Thank you so much @sweettoothville team for the creative, delicious and beautiful cake! Yg penting durian kat atas tu durian betul tau! Musang king lagi!”
“If you guys nak order cake, do hit them up ok. Whatever design/character you like on your cake, they can make it happen” tulisnya.
Penyanyi remaja,Vanessa Reynauld mendedahkan dia sebelum ini pernah menjadi mangsa ‘body shaming’ seawal usia kanak-kanak sehingga ada ketikanya dirinya rasa takut untuk ke sekolah.
Vanessa,21, berkongsikan pengalaman tersebut menerusi satu entri di Instagram.
Penyanyi yang popular dengan lagu Rindu Separuh Nyawa di samping Naqiu itu bercerita mengenai situasi yang pernah dilaluinya.
“Saya ternampak situasi yang membuat saya ‘trigged’. Ada seorang perempuan ini berbadan besar, dia nak beli baju.
“Tapi kedai itu tak banyak pilihan baju untuk mereka yang berbadan besar. Pembantu jualan itu pun layan tak layan, pandang atas bawah,” katanya dalam hantaran video.
Bintang muda ini menerusi ruangan kapsyen turut menjelaskan, dia kini cuba sebaik mungkin untuk mengendalikan setiap kritikan berbaur negatif yang diterima.
“Realitinya, kita semua tak sempurna, hanya kita boleh ubah pemikiran terbabit dan mencintai diri sendiri.
“Saya tak selalu berkongsi mengenai perkara ini, tetapi orang selalu nampak saya senyum dan yakin atas pentas. Sebenarnya ada sisi kehidupan yang orang tak tahu.
“Semenjak kecil lagi saya selalu kena ejek sampai pernah rasa takut dan trauma pergi sekolah! Ada yang samakan saya dengan suku kaum dan etnik tertentu hanya kerana rambut afro semulajadi saya yang cantik ni.
“Hey, kalau pergi salun nak buat rambut macam ni mahal tau! Walaubagaimanapun, saya berjaya menghadapi perkara itu.
“Walaupun saya masih lagi terima kecaman tentang penampilan, ia tidak seburuk dahulu kerana saya dah pandai untuk mengendalikannya,” tulisnya.
Tambah Vanessa lagi, dia lebih kuat kerana mahu memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga, terutama kepada abangnya yang menghidap sindrom down.
“Dari program Ceria Popstar sehingga ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 36, walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir, perjalanan ini sangat panjang dan mencabar.
“Walaupun saya pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, tetapi memang susah nak dapatkan penghargaan orang ramai. Tapi tak mengapa, saya tak pernah kecewa kerana ini apa yang saya impikan. Saya takkan biar komen negatif melemahkan saya.
“Saya kuat kerana keluarga. Saya berjanji untuk memberikan mereka kehidupan yang selesa, terutamanya kepada abang saya, Christopher. Abang saya insan istimewa, dia menghidap sindrom down. Dia memang bergantung harap kepada orang lain jadi sayalah yang menjaganya setiap hari, memberi dia makan dan mandikan dia.
“Christopher adalah cinta sejati kami sekeluarga. Dia buat saya rasa sempurna. Sasaran saya setiap tahun adalah untuk menjadi penyanyi yang disegani, jadi satu hari nanti sata boleh sediakan keperluan abang saya.
“Walau apa halangan yang saya harus hadapi, saya tak pernah menyerah kalah kerana dialah sumber keyakinan dan kesempurnaan saya,” tulisnya lagi.
Dalam hantaran yang sama, Vanessa turut meluahkan rasa teruja kerana wajahnya dipilih untuk dipaparkan di papan iklan digital terkemuka New York Times Square, Amerika Syarikat bersempena kempen Equal-Spotify.
Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi remaja ini agar Vanessa tidak berputus asa.
Dalam perkembangan lain, Vanessa bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Buat Ku Sempurna pada 28 Januari depan.
Single yang diterbitkan oleh Adib Hussin ini merupakan hasil ciptaan Faizal Tahir bersama Mage dan ia merupakan dedikasi khas Vanessa untuk abangnya, Christopher.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Katy Perry mencetuskan kontroversi selepas memfailkan tuntutan balas bernilai kira-kira AS$6 juta (RM27.7 juta) terhadap lelaki berusia 85 tahun, Carl...