Berkongsi 10 individu terkaya di Malaysia yang majoriti terdiri daripada bangsa Cina, Datin Rebecca Nur Al Islam bertanya, di mana kedudukan orang Melayu?
Lalu ulasnya, bangsa Melayu harus jauh dari pada hasad dengki dan jangan bermusuhan sesama sendiri.
“Sedih Kan,Di Mana Kah Orang Melayu??? Wahai Orang Orang Melayu,Lets BerSatu!!!Jangan Ada Hasad Dengki Sesama Melayu!!! Jangan Mudah BerMusuhan Sesama Bangsa Sendiri!!!…
“Semoga Allah SWT Sentiasa Melindungi Orang Orang Melayu Dan Agama Islam…
Ads
“Saya Sayang Malaysia ?? I’m so Proud to be Malaysian.”
Menyokong petikan foto yang diambil daripada Sinar Harian, ulas netizen, bangsa Melayu lebih gemar menunggu peluang daripada merebut apa yang di depan mata.
Pelakon dan model Anzalna Nasir sangat sinonim dengan imejnya yang tetap melawa meski sedang sarat hamil cahaya mata sulung.
Video yang dirakam oleh seorang individu itu melihatkan Anzalna sedang mengenakan secalit gincu.
“Orang tua cakap ibu mengandung yang suka melaram ni tandanya nak dapat anak perempuan, betul ke?
“Maknanya keturunan kami memang semua perempuan ke macam mana? Hahahahhahahahahha @diananasir86@mianasir91 @afifahnasir93@nazirahnasir97 @the_angguns ,” tulisnya.
Penyampai radio, Fizi Ali Hari ini ada memuat naik satu posting terkini menerusi Instagram, menyatakan kesediaanya dalam menantikan detik kelahiran anak sulung.
Mengakui perasaannya kini bercampur-baur, Fizi bagaimanapun mengharapkan proses bersalin isterinya, pelakon Shakila Khoriri berjalan dengan lancar.
“I’m ready!!!hari yang ditunggu akhirnya tiba jugak..tak tau apa perasaan sekarang ni..sedih,happy,takut semua ada..harap semua berjalan dengan lancar…semoga sis @shakillakhoriri kuat..love you,” tulisnya ringkas.
Awal semalam, Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik sepotong video yang merakamkan seorang pramugara yang berbaik budi menyuap makanan terhadap seorang warga emas di dalam pesawat.
Tindakan pramugara itu nyata menjentik hati usahawan sensasi berkenaan, yang secara langsung membuatkan dirinya teringatkan arwah bapa yang telah pun pergi mengadap illahi, bulan lalu.
Malah, Aliff turut menyatakan rasa andai dia dapat melakukan perkara sama andai arwah bapanya masih lagi hidup.
“Teringat kat arwah abah..kan best kalau sy boleh buat mcm tu kat abah sy masa di hidup.
“Terima kasih pramugara baik pada pakcik tua .. alfatiha utk arwah abah saya kamarzaman bin kamaludin.
“Muliayeee kerja ni kalau buat dgn ikhlas ..sy nak kerja mcm ni boleh tak??? nmpak je glamer,” tulisnya.
Pada masa sama, Aliff turut memberitahu dia terlihat babak berkenaan tanpa sengaja lalu merakamkannya di luar sedar mereka yang terbabit.
“Sebenarya sy terlihat tanpa sengaja pakcik tua yg x brp sehat terus teringat kat arwah abah… ya allah iklasnya paramuga ni layan pakcik ni..kalau sy ditempat dia tak pasti sy boleh tak buat mcm ni.
“Melainkan mak abah saya sendiri…suapkan makan dan layan mcm mcm abah dia sendiri.. sy x kenal pramugara ni tapi sy harap.. layanan yg sama utk penerbangan di negara kita,” tulisnya lagi.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 400,000 ribu kali dan rata-rata netizen memuji apa yang dilakukan olsh pramugara dari sebuah syarikat penerbangan antara bangsa itu.
Malah, ada juga netizen yang mendakwa pekerja di awan biru sememangnya ada yang berhati mulia yang turut membantu mereka yang memerlukan saat menaiki pesawat.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah hampir 10 tahun memujuk, penerbit terkenal, Datuk A. Aida mengakui gembira apabila anaknya, Azeva Natassha akhirnya terbuka hati untuk menceburi bidang seni.