Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat ada menitip kata ucapan buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersempena dengan Hari Polis Ke-213, hari ini.
Perkongsian tersebut dibuat penyanyi lagu Better Than You ini menerusi satu posting terbarunya di Instagram.
Memberikan penghargaan, figura berusia 28 tahun itu mendoakan agar seluruh warga PDRM terus cekal berkhidmat demi keselamatan dan keamanan negara.
“Selamat Hari Polis Ke-213. Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.
Ads
“AJ Force di belakang memerhati Pokemon-Pokemon yang masih keluar bersiar-siar, melepak dan membeli-belah.
“Stay Selfish? Nak kena quarantine berapa lama lagi? tulis Ayda.
Program hiburan, MeleTop yang bersiaran secara langsung malam tadi di Astro Ria dan Ria HD tidak mempunyai penonton sebagaimana lazimnya.
Perkara itu dibuat sebagai langkah keselamatan serta pencegahan bagi mengekang penularan coronavirus yang kini sedang melanda seluruh dunia, termasuk di negara ini.
Terdahulu, perkara tersebut telah dimaklumkan lebih awal menerusi akaun Instagram Meletop.
“Disebabkan penularan coronavirus yang sedang melanda seluruh dunia, MeleTOP mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan penyiaran tanpa penonton di studio mulai malam ini. Harap maklum. Terima kasih.”
Sementara itu, Nabil Ahmad bersama hos jemputan, Shweta Sekhon selaku Ratu Malaysia/Universe 2019 turut menasihatkan awam agar peka terhadap langkah pencegahan.
“Saya rasa semua orang faham mengapa kita tidak ada audiens dan kita tidak akan ada audiens lagi untuk dua, tiga minggu yang akan datang,” kata Nabil pada awal rancangan.
Bagaimanapun, program hiburan tersebut tetap berjalan seperti biasa dan beberapa bintang undangan telah diundang bagi berkongsi perkembangan terkini, termasuk barisan pelakon Bulan & Pria Terhebat.
Sementara segmen bersama dua calon Top5 Si Cilik MeleTop Anugerah MeleTOP tahun ini, Mohamad Ayden Adrean dan Ardy Wira pula mencuit hati sambil ditemani penjaga masing-masing.
Foto: Instagram/YouTube MeleTop
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Zahirah MacWilson, akui dirinya tidak rasa bimbang dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa ‘saham’ seseorang artis itu akan jatuh sekiranya mereka mendirikan rumah tangga.
Ini kerana baginya, apa yang lebih penting adalah bakat dan peminat kini bijak untuk menilai.
Pada masa sama, pemilik nama lengkap Nur Zahirah MacWilson Zainol ini juga percaya rezeki dan masing-masing mempunyai pandangan sendiri terhadap persepsi tersebut.
“Sebenarnya saya tak kisah dengan pandangan orang yang mengatakan apabila seorang selebriti itu sudah kahwin, ‘saham’ akan jatuh.
“Bagi saya, kita tak boleh halang apa orang nak kata sebab macam mana pun mereka tetap akan bercakap juga.
“Akan tetapi pada akhirnya, itu semua berbalik kepada rezeki masing-masing. Sebab itu saya percaya kepada rezeki,” kata bintang cantik berusia 25 tahun itu.
Terdahulu, Zahirah dan suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza sah bergelar suami isteri 20 Februari lalu dengan sekali lafaz di Foyer Glamhall Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.
Pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu di kediaman keluarga aktres itu di Perth, Australia.
Dalam perkembangan lain, Zahirah kini berdebar untuk menantikan reaksi peminat terhadap filem sulung lakonannya, Bulan & Pria Terhebat yang bakal ditayangkan 12 Mac ini.
Filem aksi arahan pengarah Ghaz Abu Bakar l yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi Maya Karin, Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.
Foto: Instagram Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Mawar Rashid tidak menafikan sehingga kini dirinya masih lagi terkesan dengan insiden diperli ketika menyertai Pencarian Dewi Remaja lebih tahun lalu hingga dilabel dengan pelbagai gelaran, termasuk ‘Mawar GST’.
Malah ketika sesi tayangan video bersempena dengan pelancaran produk kosmetik yang diusahakannya, Mawarose pada Isnin, ibu muda ini tidak mampu menahan air mata ketika klip ditemu bual mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dipertontonkan semula.
Difahamkan, ia disunting ahli keluarga di luar pengetahuan Mawar yang sekali gus, mengimbas kembali ingatannya terhadap insiden yang disifatkan detik paling teruk dalam hidupnya itu.
“Sejujurnya saya masih terkesan. Bagi saya ia adalah momen paling teruk dalam kehidupan saya, sudah tentu. Tak semua orang rasa apa yang saya lalui.
“Bukan saya sengaja buat perkara yang jahat atau sesuatu yang rosakkan jiwa sendiri atau orang lain.
“Saya masih belum matang pada ketika itu dan saya hanya diri akan tetapi, ramai yang tidak boleh terima.
“Saya belum cukup matang dan rasa gementar. Orang yang gementar akan rasa ‘blank’ dan cakap mengarut.
“Akan tetapi pada akhirnya, bila saya naikkan semangat balik kerana sokongan keluarga dan peminat, saya jadi okay dan tahu keupayaan diri.
“Saya dituduh bodoh. Keputusan UPSR saya 4A, PMR 4A dan SPM 5A. Saya bukanlah perempuan bodoh malah berbangga dengan pencapaian diri setakat ini.
“Kalaulah saya tidak bijak, buat apa saya sambung pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan?” luahnya dengan rasa syukur.
Mawar bagaimanapun tidak menafikan apa yang berlaku memberi banyak sisi positif dalam hidupnya selepas itu.
Terdahulu pada majlis sama, Mawar turut memperkenalkan lagu ‘jingle’ berunsur K-pop ciptaan Amir Hassan sementara lirinya pula disusun Mawar bersama suaminya, Raf Yaakob serta abang tersayang, Arfan dan Amir sendiri.
“Lagu ini ada khas untuk produk yang baru sahaja dikeluarkan dan akan dilancarkan di YouTube tidak lama lagi.
“Sebelum ini saya pernah sekali lakukan rakamkan sebuah lagu untuk satu telemovie siaran RTM yang saya turut berlakon sama sekitar dua tahun lalu. Akan tetapi lagu ini ibaratnya adalah sesuatu yang saya inginkan.
“Beat yang lebih segar dan ‘fast’. Sementara untuk lagu ini, saya buat rujukan menerusi lagu-lagu kpop sebab ia tengah menjadi trend ketika ini.
“Saya ada keinginan untuk membuat persembahan bersama lagu ini secara langsung juga, tetapi saya perlukan lebih praktis.
“Kiranya masih belum yakin lagilah nak nyanyi ‘live’. Nanti kesian dekat diri-sendiri, kena kecam lag,” seloroh Mawar.
Ditanya mengenai penghasilan Mawarose ‘Magic Rose Lips & Cheek Cream’, bintang ini mempunyai sebab tersendiri terhadap nama yang dipilih.
Ujarnya, ‘Mawar’ itu sendiri mempunyai signifikan istimewa bagi dirinya.
“Mawar’ adalah gabungan nama orang tua saya. Marini Abdullah (MA) dan Wan Abdul Rashid (WAR), lalu jadilah Mawar.
“Untuk lakukan penjenamaan yang lebih besar, kami cadangkan nama Mawarose. Betapa saya juga seorang yang obses dengan bunga Ros.
“Ia ibarat ratu kepada segala bunga. Paling cantik tetapi berduri,” akui Mawar yang turut mengumumkan produk kosmetik hasilannya itu bakal dijual melalui mesin layan diri tidak lama lagi selain di media sosial.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Haqiem Rusli berpandangan peminat tidak seharusnya berhenti memberikan sokongan kepada artis kesayangan mereka hanya kerana selebriti tersebut memilih untuk mendirikan rumah tangga.