Tidak mampu menyembunyikan keterujaan apabila bercerita mengenai anak angkatnya, Shanome Az Zahra, jelas ratu rock negara, Ella, kehidupannya kini berubah 360 darjah.
Ella atau nama sebenanya, Nor Zila Aminuddin berkata terlalu banyak perkara baru yang dipelajari bersama suami, Azhar Ghazali sejak mengambil Shanome sebagai anak angkat kira-kira setahun lalu.
“Dia sangat comel. Kami akan cuba mencari masa dan peluang untuk meluangkan masa dengannya.
“Rutin harian berubah kerana saya kena tukar semua jadual harian. Daripada segi waktu dan membeli belah. Keutamaan sekarang lebih kepada anak. Diri saya jatuh nombor dua tapi tak mengapa.
Ads
“Dia cepat belajar dan agak berdikari, yang penting perangainya sama seperti saya,” katanya.
Menghargai momen istimewa membesarkan anak, penyanyi berusia 53 tahun ini turut mengakui dia mengalami alahan dan menangis kerana panik.
Ads
“Sampai luka tangan tukar lampin. Kulit saya sensitif dengan krim dan apabila menukar lampin dan menyapu krim ke badan anak, kulit saya luka. Masa mula-mula belajar menukar lampin memang saya panik. Takut namun sekarang sudah okay.
Ads
“Kalau anak menangis tak berhenti, saya pun menangis kerana tidak tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi itu semua perkara yang sangat sweet bila dikenangkan kembali,” katanya.
Ella terdahulu ditemui pada majlis sidang media pengumumannya sebagai duta kepada busana muslimah Sabella di Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Ella dan Azhar mendirikan rumah tangga pada Julai 2012.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelayar Twitter, Jason Yanowitz melayangkan status menyenaraikan peringkat demi peringkat apa yang berlaku akibat jangkitan COVID-19 di Itali.
Dia menggesa masyarakat dunia untuk mengambil serius kerana apa yang berlaku lebih teruk daripada jangkaan.
Posting ini turut mendapat perhatian dunia dengan diretweet kembali hampir 200,000 pelayar lain yang turut gusar akan pandemik yang berlaku.
Sesetengah melihat wabak ini sekadar wabak biasa yang datang, namun perkongsian Yanowitz membuka mata dan mengubah perspektif bagaimana seharusnya wabak ini ditangani daripada awal.
Jelasnya terdapat enam peringkat yang dialami Itali sebelum COVID-19 mengganas sehingga membunuh 2503 mangsa sehingga 18 Mac 2020, hampir menyamai jumlah kematian di China.
Secara ringkas bebenang ini menceritakan bagaimana rakyat Itali mengambil ringan akan wabak yang melanda. Rata-rata masih meluangkan masa di kafe, restoran dan bar dan mengambil bersikap tidak endah.
Jelasnya, situasi di Itali sangat kritikal sehingga rakyat terpaksa dikuarantin, namun melihat negara lain bersikap sambil lewa seolah-olah mereka tidak terlibat, cukup membimbangkan, kerana, dahulunya, mereka juga begitu.
Peringkat pertama, kes pertama muncul di Itali, namun masyarakat tidak ambil peduli kerana ia cuma selesema yang teruk. Dan pasti, wabak ini tidak akan menjangkiti mereka.
Peringkat kedua, bilangan semakin meningkat. Kerajaan mengumumkan ‘red zone’ dan kuarantin bagi negeri yang terlibat.
Namun rakyat tidak panik dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Mereka merasakan media hanya menimbulkan panik.
Peringkat ketiga, bilangan semakin meningkat mendadak dan semakin banyak kematian berlaku. Kerajaan isytihar ‘red zone’ bagi 4 negeri.
Sekolah dan universiti ditutup namun premis lain masih beroperasi seperti biasa. Pekerja masih perlu ke pejabat.
Lebih 10,000 individu daripada ‘red zone’ meninggalkan kawasan kuarantin dan pulang ke kampung bagi mengelakkan sekatan. Hampir 75 peratus rakyat Itali masih meneruskan rutin seperti biasa.
Mereka tidak sedar betapa serius situasi yang melanda. Amalan membersihkan tangan dan hadkan pergerakan tidak dipedulikan.
Peringkat keempat, kes meningkat dengan lebih pantas. Ia menjadi kes kecemasan negara. Hospital sudah melebihi kapasiti dan seluruh unit dikosongkan untuk merawat pesakit COVID-19.
Bilangan doktor dan jururawat tidak mencukupi sehingga doktor pesara dipanggil kembali berkhidmat dan pelajar perubatan diminta bertugas. Tiada lagi shif bekerja, pasukan perubatan bekerja selama yang mungkin.
Terlalu ramai pesakit kronik namun tiada tempat yang mencukupi di Unit Rawatan Rapi. Hospital bagai medan perang, doktor harus memilih pesakit yang mempunyai peluang untuk hidup untuk dirawat.
Ini bermakna warga tua dan pesakit kritikal lain tidak mendapat rawatan kerana pesakit COVID-19 menjadi keutamaan. Semakin ramai yang mati kerana tiada tempat di hospital.
Doktor meluahkan terpaksa membiarkan tiga pesakit mati. Warga hospital menangis kerana tidak mampu melakukan apa-apa.
Peringkat kelima, ingat lagi 10,000 yang lari daripada kawasan merah? Ia menyebabkan seluruh negara dikuarantin pada 9 Mac agar virus tidak merebak.
Namun semua premis boleh beroperasi seperti biasa kerana bimbang ekonomi jatuh merudum. Mereka bagaimanapun masih keluar dan berkumpul seperti biasa.
Peringkat keenam, dua hari kemudian, kerajaan mengarahkan hampir seluruh premis ditutup kecuali pasaraya dan farmasi. Individu hanya boleh keluar jika mempunyai pengesahan.
Pihak polis akan membuat rondaan dan sesiapa yang keluar tanpa sebab kukuh akan didenda €206 bersamaan hampir RM1000 dan jika didapati positif COVID-19, akan dipenjarakan 1 sehingga 12 tahun atas kesalahan membunuh.
Jelasnya lagi, semua berlaku hanya dalam dua minggu. Dia turut mengingatkan seluruh masyarakat dunia agar berjaga-jaga akan wabak tersebut. Bukan sahaja virus yang harus ditakuti, namun kesan yang dibawa kepada seluruh kehidupan.
Malah jelasnya, kerajaan Itali mengambil langkah melindungi rakyat dengan menangguhkan pembayaran balik pinjaman kepada pihak bank.
Sehingga kini, kes COVID-19 mencatatkan 198,412 kes seluruh dunia dengan 7,984 bilangan kematian, meningkat hampir 2000 dalam masa hanya dua hari.
Lalu pada 18 Mac, sebanyak 345 kematian dicatatkan di Itali.
Sumber : Twitter Jason Yanowitz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa sedih atas pemergian sahabatnya, Mya Ruslee dipercayai akibat kanser siang tadi.
Malah, bintang itu memaklumkan bahawa dia sudah lama mengetahui kesakitan yang dialami penyanyi yang sinonim menerusi lagu Matahari itu.
“Ya Ayalija.. Masa ni siapa pun tak tahu Aya sakit kan. Tapi harini Aya dah tak sakit lagi kan.
“Aku tunaikan amanah aku pada kau. Rahsiahkan sakit kau. Tapi hari ni pls bg aku jmp kau,” tulisnya sambil memuat naik video arwah ketika nersaing di pentas Gegar Vaganza (GV5).
Video tersebut dinyanyikan Mya atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari ketika menyampaikan lagu Hilangkan Segalanya nyanyian asal Farawahida di minggu kedua GV5.
Terdahulu, Mya, 43, meninggal dunia selepas pulang dari China bagi menjalani rawatan di sana.
Foto: Instagram Amyza Aznan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bersyukur dapat meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak di rumah.
Malah, Ebit turut membantu isterinya memasak dan bergurau-senda bersama anak-anak.
“Nikmat hikmah disebalik covid 19. Biasa busy. Terima kaseh ya Allah. Adalah masa memasak dirumah untuk bidadari dan anak-anak. Dapat makan sama-sama. Bersepah dapur ayah masak.
“Anak-anak berlari makan dekat saya. Nikmatnya bila dapat beri masa bersama bidadari dan anak-anak. Suap bidadari dan anak-anak. Bestnya.
“Kasihan bidadari saya selama ini masak dekat rumah. Ya Allah. Ini semua anak cuti panjang. Bidadari saya penat. Syukur dapat membantu dirumah.
“Bergilir-gilirlah dan saling membantu dalam khidmat buat ahli keluarga dan juga orang lain. Jamu orang miskin dan anak yatim.
“Teringat Saidina Umar ra khalifah mulia bawa guni barang dapur dan masak untuk sebuah keluarga miskin tengah malam atas bukit dalam khemah. Hidupkan api sampai janggut dan wajahnya kena asap.
“Layan dan lihat anak mereka bermain. Katanya melihat anak ini tadi menangis lapar buat rasa sedih dan melihat mereka bermain kekenyangan buat rasa bahagia,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ebit turut menyarankan agar saling membantu sesama keluarga di rumah.
“Ayuhlah kita bantu bidadari atau anak-anak bantulah ibu cuti sekolah ini. Anak lelaki baik anak perempuan. Kita sama-sama buat dengan kasih sayang dan cinta.
“Disaat ujian ini kita jemput rahmat dan keampunan Allah.
“Orang yang paling untuk orang khidmat. Semua orang yang puasa, solat, baca al-Quran, zikir dan semua kebaikan mereka dapat pahala. Tetapi orang yang khidmat menyediakan makanan buat mereka paling besar pahala.
“Dia dapat kebaikan besar dari semua amal ahli keluarga,” akhirnya.
Terdahulu, Kementerian Sumber Manusia menggesa pekerja dan majikan mengguna pakai Seksyen 60F dan Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955 susulan penularan koronavirus (Covid-19) di negara ini.
Pergerakan yang berkuatkuasa bermula 18 Mac (hari ini) hingga 31 Mac ini adalah satu kaedah bagi mengawal pergerakan.
Bagaimanapun, antara sektor yang masih menyumbangkan tenaga adalah seperti air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Video : Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.