Walaupun masih belum mengerti apabila insan bergelar bapa sudah pergi mengadap Ilahi, namun anak kepada arwah Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey atau lebih mesra disapa Hamzah kerap kali menunjukkan kerinduannya terhadap arwah bapa.

Menurut isteri Fad Bocey, Syaheera, balu Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali bercerita bahawa Hamzah merindui arwah bapanya dan akan mengucup skrin telefon yang tertera wajah arwah Abam.

Terbaru, ketika kunjungan mereka menjengah Nurhidayah dan Hamzah, anak kecil itu sekali lagi menunjukkan perilaku yang sama menggambarkan akan kerinduannya terhadap arwah bapa.

“Haritu ibu cerita hamzah rindu sgt dgn ayah .mcm cari2 ayah dia .mana la menghilang dri pandangan dia .ibu dia tunjuk gambar tu terus hamzah tarik nk cium2 .ktorang pun cuba la buat malam tu ,tengok2 ya Allah anak.

IKLAN

“Sekecil ni kau dah faham erti rindu .bayangkan lah ktorang yang tengok malam tu rasa apa.

“Ibu dgn hamzah jangan risau ,ramai sayangkan anak kecil ni .ramai yang pedulikan anak kecil ni. moga kasih sayang buat hamzah terus berkekalan,” jelasnya.

IKLAN

IKLAN

Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari akibat demam panas.

Abam dan Nurhidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Foto : Instagram Syaheera

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI