Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dirinya sudah pun meminta maaf terhadap ibunya, Rozita Ibrahim berhubung teguran terbuka menerusi Instagram, minggu lalu.
Katanya kepada MH, dia juga tidak mahu dilabel sebagai anak derhaka sebagaimana yang didakwa netizen dan keduanya sudah pun bertemu secara peribadi.
“Saya tak mahu dipanggil netizen sebagai anak derhaka atau anak tanggang. Malah saya sudah pun bertemu empat mata dengan mak bagi menjernihkan keadaan.
“Saya sudah mohon maaf kepadanya. Janji saya kepadanya, tidak akan riak lagi dan akan cuba untuk ikut apa yang dikata,” katanya.
Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada dia akan turuti nasihat orang tua andai diminta untuk tidak lagi melancarkan lagu, bapa kepada lima cahaya mata ini menegaskan lagu adalah jiwanya.
“Kalau diminta untuk tidak buat lagu lagi… dia macam inilah, lagu adalah jiwa saya. Jiwa saya ni ala-ala macam Faizal Tahir. Saya rasakan… Tak salah. Jadi walaupun orang tak suka, tidak mengapalah saya keluarkan juga.
Ads
“Walau komposer tak mahu buatkan lagu, saya yang melabur untuk mereka buka lagu untuk saya. Ibaratnya macam itulah,” akui Aliff.
Pada masa sama, Aliff turut akui tidak berapa gemar apabila ibunya membuat teguran secara terbuka sekali gus meninggalkan reaksi bercampur-campur netizen.
“Kalau boleh janganlah kutuk-kutuk di Instagram. Jumpalah secara berdepan. Akan tetapi memang sebelum ini dia ada nasihatkan saya juga.
Ads
“Jadi bila bertemu, kami berpelukan dan menangis sama-sama. Secara tak langsung, ia mengeratkan silaturrahim.
“Dia tetap mak kita, jadi saya sudah pun minta ampun dan maaf dengannya. Sebelum ini juga dia ada hubungi dan ada panggilan yang saya tak jawab.
Jadi atas sebab itu, saya bertemu dengannya,” kata Aliff sejurus sidang media pelancaran single terkininya, Cuba Bahagia di Kota Damansara, pada Jumaat.
Ads
Turut sama dilancarkan pada majlis sama ialah video klip lagu berkenaan yang sebelum ini menjadi buah mulut ramai kerana mempunyai babak seolah-olah pengasas kosmetik itu mengalirkan air mata darah.
Terdahulu, ibu Aliff ada memuat naik video yang antara lain menegur seterusnya menasihati anaknya itu agar menjadi ahli perniagaan yang profesional.
Rozita dalam video berdurasi kurang tiga minit itu turut menempelak tindakan Aliff yang kini muncul dengan lagu baru.
Ikuti temu bual penuh bersamanya di sini;
#MHLive Sidang media lagu bagu Datuk Seri Aliff Syukri dan penjelasan mengenai isu kontroversi yang berlaku! 🔥🔥
Tidak dinafikan, bukan satu perkara mudah apabila terpaksa berpisah dengan anak buat selama-lamanya dan itulah yang dilalui penyanyi, Datuk Nora Ariffin.
Baru-baru ini, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin terjumpa lukisan lama yang dilakar arwah anak lelakinya, Alif Johan.
Menurut Nora, lukisan bersama kata pesanan tersebut dihasilkan buat titipan adik perempuannya, Putri Nur Dahlia ketika di zaman kanak-kanak.
Di samping berkongsi cerita itu bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya, penyanyi yang sinonim dengan lagu Di Persimpangan Dilema ini turut mendoakan arwah.
“Luluh hati seorang ibu terjumpa nota lukisan pesanan lama yang dilukis oleh arwah Alif Johan kepada Putri.
“Kasih sayang adik beradik tak akan putus. Moga anakanda Alif ditempatkan bersama orang yang soleh. Miss you Alif,” tulisnya menerusi entri berkenaan.
Sebagai informasi, Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan telah disahkan meninggal dunia selepas menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datuk Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menepis persepsi kurang baik terhadap kedai gunting rambut miliknya, Hairfeeks Babershop yang dibuka di penempatan majoriti bukan Melayu, pelakon Fikry Ibrahim menjelaskan ia tiada kena mengena dengan soal sihir atau dengki yang berlegar di budaya masyarakat Melayu sejak sekian lama.
Sebaliknya, sasaran utama pemilihan lokasi di Setapak, Kuala Lumpur itu adalah bagi mencuba pasaran bukan untuk pelanggan bukan Melayu.
Malah jelasnya kepada MH, kedudukan kedai yang bersebelahan dengan salon lain juga bukanlah sesuatu yang harus dibimbangkan.
“Saya memilih kawasan bukan Melayu kerana bukan mudah mahu menawan pasaran mereka. Walaupun kedai kami bersebelahan dengan kedai lain, namun harga yang kami tawarkan adalah lebih murah.
“Bagaimanapun, hubungan kamu sesama peniaga lain okay sahaja, tiada masalah.
“Saya juga tidak risaukan mengenai peniaga Melayu kerana permainan kami berbeza. Sebab utama adalah saya mahu terjah pasaran bukan Melayu dan pada masa sama cuba juga untuk menarik pelanggan Melayu,” kata Fikry.
Bintang Cik Reen Cik Ngok Ngek ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Hairfeeks, pada Rabu.
Mengharapkan agar kedai barbershop yang diusaha mendapat sambutan ramai, Fikry turut mengharapkan sokongan berterusan dari pelbagai pihak.
“Kami cuba lakukan yang terbaik dan pastinya kepuasan pelanggan adalah misi utama yang perlu dititikberatkan,” katanya lagi.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai gandingan kali kedua bersama Farah Nabilah menerusi drama Kau Yang Pertama, pelakon berusia 25 tahun ini tidak menafikan risau andai ada peminat yang mulai bosan.
“Saya risau juga sekiranya penonton bosan dengan gandingan kami. Malah, pasti ada yang mungkin akan mengharapkan jangkaan yang lebih tinggi berbanding drama sebelum ini.
“Apa pun harapan saya sangat besar dan pastinya drama kali ini ada beza menerusi drama gandingan kami sebelumnya,” ujar Fikry yang turut menanam impian untuk beraksi di layar perak pula.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan dalam menjalani kehidupan seharian, kita memerlukan bahan hiburan dan gurauan agar hari-hari yang dijalani dapat memberikan tenaga positif buat seseorang individu itu.
Salah satunya, dengan bergurau sesama rakan juga boleh membuatkan hidup ceria dan bahagia.
Hal ini tidak terkecuali buat Uyaina Arshad dan rakan baiknya, pelakon Bella Dally yang sering bergurau antara satu sama lain seperti mana yang ditunjukkan mereka menerusi platform media sosial masing-masing.
Namun, baru-baru ini gurauan Uyaina dikecam segelintiri netizen yang mana menyifatkan video yang dikongsikannya itu sesuatu yang tidak patut dimuat naik oleh pelakon dan pengacara itu.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya, Uyaina membuat gerakan bibir ‘lip sync’ dan gaya mengikut audio yang kini menjadi trend di aplikasi tersebut.
“Tuhan, jika suatu hari aku masuk neraka.. maka, masukkanlah juga temanku. Temanku lebih banyak salah daripada aku. Masa aku (tak mungkin aku) masuk sendiri Tuhan,” katanya sambil menarik Bella masuk ke dalam ‘frame’ rakaman.
Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kurang senang dengan perkara itu walaupun mengetahui ia hanya sekadar gurauan sahaja.
Menurut mereka, kata-kata yang diungkapkan adalah satu doa serta menyifatkan tidak pernah ada manusia yang ingin menjadikan neraka sebagai tempat ‘persinggahan’ terakhir mereka.
“Syurga neraka pun jadi gurauan.
“Kalau kita tahu seksa neraka macam mana, orang yang paling kita benci dalam dunia pun kita tak nak dia masuk neraka.
“Nauzubillah, neraka tu dia buat main-main je, kita ni tiap-tiap kali lepas solat minta tak nak masuk neraka.
“Kalau di WHI (Wanita Hari Ini) nampak bijak bercakap, tapi benda-benda macam ini tak boleh fikir.
“Jangan kerana trending, kita dah melampaui batas.
“Kalaulah mereka ketahui azab neraka sebenar bagaimana, nescaya sebut neraka pun tak berani,” komen sebahagian netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: TikTok Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Sheila Rusli akui teruja apabila menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha memutuskan untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya selepas melahirkan cahaya mata kedua.