Tahniah diucapkan buat usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad dan isterinya Syafiqah Aina yang telah pun selamat menyambut kelahiran anak kedua mereka, hari ini.
Berita gembira itu disampaikan pasangan berkenaan menerusi satu hantaran terkini di Instagram masing-masing sebentar tadi.
“Assalamualaikum Rayqal Arees. Semangat anak lelaki Daddy & Mummy (3.59Kg) @raisyaarisa nak tengok adik?
“Ya Allah, ramai sangat yg mendoakan. Terima Kasih
Ads
Awak sahabat sahabat saya,” tulis mereka pada ruangan kapsyen.
Dalam kenyataan itu, individu berkenaan berkata dia telah menerima surat LOD (Letter of Demand) yang menuntutnya untuk membuat permohonan maaf secara terbuka gara-gara komen yang ditulisnya mengenai Sarah.
“Di sini, saya dengan ikhlas hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah disebabkan posting IG saya pada 17.7. 2022 yang memberi pendapat mengenai isu rumah tangga beliau.
“Saya telah dapat surat LOD yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah atau pun keluarga.
“Saya minta maaf sekali lagi kepada Puteri Sarah dan keluarga beliau yang berasa terkesan dan terasa hati dengan posting-posting IG Story saya.
“Saya doakan semoga Puteri Sarah diberikan ketenangan dan kebahagiaan. Semoga segala urusan dipermudahkan, InsyaAllah, terima kasih,” tulis individu berkenaan.
Sarah kemudiannya turut memberi respon dengan menulis, “Permohonan maaf secara terbuka daripada pihak sana. TQ very much.”
Terdahulu, Sarah telah mengambil tindakan undang-undang terhdap seorang individu yang didakwa telah menabur fitnah ke atas dirinya berhubung isu melibatkan rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.
Sarah mengemukakan notis saman tersebut menerusi peguamnya, Natasha Basheer & Associates.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada aktres Vanidah Imran yang selamat bergelar isteri kepada suami tercinta, Arifabillah Idris kira-kira jam 12.12 tengahari tadi dengan sekali lafaz.
Vanidah, 49, memilih jurutera berusia 43 tahun sebagai imamnya.
Majlis pernikahan pasangan berkenaan dikendalikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, Johan Imran di sebuah premis di Titawangsa, Kuala Lumpur.
Pada majlis pernikahan yang dihadiri oleh 50 tetamu terdiri daripada kalangan keluarga dan teman rapat itu, Vanidah dan Arifabillah sepakat untuk tidak berkongsi jumlah wang hantaran sebagai memenuhi permintaan keluarga.
Pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir dan Red Kebaya itu turut menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran.
Dalam majlis berlangsung sederhana namun penuh bermakna itu sentuhan perancang perkahwinan @ezsconcept, Vanidah mengenakan persalinan dari Rizman Ruzaini dan solekan Syed Faizal.
Kembali bergelar isteri, kata Vanidah, bukan seuatu yang mudah, namun berkat restu seluruh ahli keluarga dan sokongan rakan-rakan, niat baik itu dipermudahkan oleh Allah.
Justeru, sebelum tiba hari bahagia itu, Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 itu memilih mengunci mulut tanpa menghebahkannya.
“Sejujurnya yang hanya tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika.
“Kawan rapat pun hanya dimaklumkan saya beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa tumpang gembira terhadap keputusan dibuat,”ujarnya lagi.
Kata Vanidah, sejujurnya dia gembira dan bersyukur kerana bertemu jodoh dengan Arifabillah yang memiliki persamaan dengannya.
Jelas Vanidah, dia dan suaminya, berpengalaman melalui kegagalan dalam perkahwinan pertama serta dikurniakan anak, justeru, persefahaman lebih mudah dicapai.
“Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda kepada empat cahaya mata.
“Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan,” kata Vanidah yang kini bertugas sebagai pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: @luxurycapturephotography
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama pelakon Anna Jobling kian meraih populariti selepas drama lakonannya, Melur Untuk Firdaus menjadi fenomena bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia juga.
Terbaharu, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, akui terkejut apabila mengetahui namanya sebaris sebagai calon tunggal dari Malaysia menerusi senarai 100 Wajah Tercantik 2022 oleh TC Candler.
“Saya sangat bersyukur dicalonkan dalam kategori ini. Memang terkejut dan tak sangka diiktiraf 100 yang memiliki wajah jelita bukan di Malaysia saja, tapi dunia. Terima kasih sangat-sangat,” katanya.
Pernah bertanding dalam pertandingan Dewi Remaja sebelum ini, gadis kacukan Melayu-Inggeris ini berpendapat takrifan kecantikan sebenar bermula dari dalaman.
“Mungkin orang akan cakap cantik itu dari luaran tapi ia sangat subjektif.
“Walaupun klise tapi bagi saya kecantikan itu datang dari dalaman seseorang.
“Kalau ada sikap terpuji, karakter baik, secara automatik akan menjadikan seseorang cantik di luaran serta dalaman.
“Tak kisah paras rupa macam mana, tapi kalau sayang diri, yakin, ia secara langsung akan cantik daripada segala segi,” katanya lagi.
Selain Anna, turut tersenarai ialah anggota kumpulan Kpop Blackpink, Jisoo, pelakon Amerika Syarikat, Camilla Belle dan model Vietnam, Kiko Chan.
Tahun lalu, ahli kumpulan Dolla, Tabby menjadi satu-satunya artis wanita tempatan tersenarai dalam kategori itu.
Senarai tahunan 100 Wajah Tercantik itu dimulakan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics.
Penganjurannya diiktiraf antara yang paling berprestij dan diperakui di seluruh dunia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Carian Internet, Instagram Anna Jobling
Foto: Instagram Anna Jobling
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi rap dan komposer, Kidd Santhe tampil memberikan pandangannya berhubung tindakan rapper muda, Lucidrari yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur biadab terhadap rapper senior, baru-baru ini.