Nama pelakon Anak Rimau, Idan Aedan menjadi perhatian ramai apabila dia dikatakan sedang menjalin hubungan rapat dengan Mia Sara Nasuha.

Malah, keduanya dikatakan beberapa kali keluar bersama dan Idan dikatakan kini sedang bahagia bintang remaja itu.

Mengaku rapat dengan Mia, Idan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah, 18, menyifatkan pelakon filem Papa I Love You itu mempunyai ciri-ciri gadis idamannya.

“Tidak dinafikan, Mia adalah kawan perempuan yang paling rapat dengan saya. Selama tiga tahun berkawan, saya akui dia seorang yang baik hati, pandai bergurau dan sentiasa mendengar luahan hati saya.

“Saya akui, kalau tanya saya tentang keistimewaan Mia, dia memenuhi ciri-ciri gadis yang saya cari selama ini. Apa-apa pun, kami belum sampai tahap bercinta namun tidak menolak andai hubungan kami masuk ke fasa tersebut (bercinta),” katanya.

IKLAN

Dalam masa yang sama, Idan memilih untuk tidak mengulas lanjut dakwaan dia kononnya menjadi orang ketiga dalam hubungan Mia Sara dan kekasihnya sebelum ini.

“Dia Kawan Perempuan Paling Rapat…,” – Pelakon Idan Aedan Ulas Hubungan Dengan Mia Sara “Dia Kawan Perempuan Paling Rapat…,” – Pelakon Idan Aedan Ulas Hubungan Dengan Mia Sara

“Tentang itu, saya mengambil pendekatan untuk tidak komen kerana ia melibatkan individu lain. Soal peribadi Mia, apa pun status dia, rasanye elok ditanya kepada dia sendiri.

IKLAN

“Dalam masa yang sama, saya tak boleh halang orang bercakap pasal saya. Yang penting, saya dan Mia tahu hal sebenar,” katanya.

Idam juga kini fokus terhadap filem Anak Rimau yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Antara drama lakonan Idan Aedan sebelum ini adalah Wizards Of Warna Walk, Pulang, Jibril, Anak Merdeka, Jalan Belakang Rumah dan The Bridge.

IKLAN

Namanya juga popular menerusi penglibatan di dalam filem Pulang, Surf This Love, Kerana Corona dan lain-lain lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI