Berkongsi rakaman sewaktu berada di atas motosikal, Datin Seri Shahida dilihat sedang membonceng motor seorang lelaki berbangsa Cina bersama suami, Datuk Seri Aliff Syukri.
Tulisnya, disebabkan keadaan untuk ke bazar jualan terlalu sesak, Aliff telah menahan sebuah motosikal dan meminta bantuan lelaki berkenaan menghantar mereka ke lokasi.
“Saya sangkut kat jalan jem nak ke mood republic di mitec. .. dah keluar awal tapi dia punya jem x boleh bawa bincang…. tiba2 si syukri ni slumber dia keluar tahan satu motor tgh jalan…
“Bincang2 punya bincang dia panggil saya keluar sueuh naik motor bertiga….. nasib baik ada suami muka x malu @aliffsyukriterlajaklaris tahan motor abg berbangsa cina yg baik hati hantarkan kami berdua sampai depan pintu mitec….. apapun sambutan mood republic malam tadi mmg havoc!!!” tulisnya.
Isteri kepada penyanyi rock senior, Amy Search, Norhasniza Hassan telah meluahkan rasa syukurnya dengan apa yang dimiliki.
Khasnya, atas kurniaan seorang suami yang disifatkan seorang baik dan penyanyang.
Hasniza atau mesra disapa Nourish ada berkongsi perkara itu menerusi Instagram.
“Muka kami Suami Isteri kepenatan kelmarin .No filter. “Dulu cantik hensem mcm mana pun kita akan tua dan layu berkedut jugak, dulu kita disanjung suatu hari kita akan berada dibawah jgk Allah akan tarik satu2 nikmat dia makan dh tk boleh makan pedas , makan byk skrng dh mula muntah Allahuakbar ..
“Anak2 dh besar masuk remaja sekarang . . Ya allah berilah kesihatan sihat tubuh bdn Suamiku , jauhkan dia dr manusia hasad dengki dan khianat mati lah kami dlm husnol khotimah mu berilah kami Syurga firdaus mu . Aminnnn . . – love u Syurgaku . @aku.amysearch,” tulisnya.
Jadi, sebagai mahu membalas jasa ibu, Instafamous Hafiz Mahamad telah membuat kejuan buat ibu tercinta.
Malah, usahawan itu juga merakam detik terindah dengan menutup mata ibunya, lalu memberi kejutan sebuah kereta, model Mazda.
“Surprise untuk MAMA..Dari kecik nak ucap perkataan sayang tu malu, anak lelaki mmg mcmni la kot. Tapi sampai bila? Aku tak nak menyesal bila kehilangan dia nanti, aku nak buat yg terbaik untuk MAMA,” tulisnya.