Ads

“Sekadar Letak Bunyi Tradisional, Jangan Terus Dakwa Itu Identiti Melayu” – Teguran Noraniza Idris

Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris tampil berkongsi pandangannya mengenai penghasilan karya seni yang mampu bergerak seiring dengan perkembangan zaman tanpa mengorbankan identiti serta akar budaya Melayu.

Menurut Noraniza, perkara itu tidak mempunyai satu formula yang mutlak. Sebaliknya, setiap komposer perlu memahami hala tuju sesebuah karya agar identiti tempatan tidak tersasar daripada nilai asalnya.

“Sekadar Letak Bunyi Tradisional, Jangan Terus Dakwa Itu Identiti Melayu” - Teguran Noraniza Idris “Sekadar Letak Bunyi Tradisional, Jangan Terus Dakwa Itu Identiti Melayu” - Teguran Noraniza Idris

“Bila ada yang bertanya kepada saya sekiranya ada formula atau lebih tepatnya ialah strategi bagi seorang pengkarya untuk mencipta satu karya seni irama kedengaran moden yang kreatif, namun identiti, nilai ataupun akar Melayunya tetap sampai kepada pendengar.

“Bagi saya, tidak ada satu formula yang mutlak, tetapi strateginya ialah memahami akar terlebih dahulu sebelum melakukan pembaharuan. Kita perlu tahu apa yang mahu dipertahankan dan apa yang boleh diberikan nafas baharu,” tulisnya.

Pandangan itu dikongsikan penyanyi lagu Ngajat Tampi itu menerusi beberapa hantaran di aplikasi Threads.

Identiti Melayu Perlu Kekal Menjadi Teras Karya

Tambah Noraniza, dalam menghasilkan karya Irama Malaysia, terdapat beberapa elemen penting yang perlu diberi perhatian sebagai identiti sesebuah karya.

Ads

“Sekadar Letak Bunyi Tradisional, Jangan Terus Dakwa Itu Identiti Melayu” - Teguran Noraniza Idris

“Dalam menghasilkan karya Irama Malaysia, saya melihat beberapa unsur sebagai identiti penting seperti bahasa dan lirik, melodi, ritma tradisional, penggunaan instrumen, lenggok nyanyian serta nilai budaya yang hendak disampaikan.

“Unsur-unsur ini tidak semestinya semuanya dimasukkan serentak, tetapi mesti ada identiti yang cukup kuat sehingga pendengar dapat merasakan bahawa karya itu mempunyai akar Melayu.

“Sekadar Letak Bunyi Tradisional, Jangan Terus Dakwa Itu Identiti Melayu” - Teguran Noraniza Idris

Kemodenan Bukan Ancaman, Tetapi Jangan Sekadar Gimik

Dalam masa sama, Noraniza menegaskan penerapan elemen moden dalam sesebuah karya tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman. Sebaliknya, ia boleh menjadi jambatan untuk memastikan karya berteraskan tradisi terus berkembang dan diterima oleh generasi baharu.

Ads

“Sekadar Letak Bunyi Tradisional, Jangan Terus Dakwa Itu Identiti Melayu” - Teguran Noraniza Idris

“Elemen moden pula boleh masuk melalui susunan muzik, teknologi produksi, bunyi semasa, visual dan cara karya itu dipasarkan. Saya tidak melihat kemodenan sebagai ancaman.

“Kemodenan sebenarnya boleh menjadi jambatan untuk membawa seni berakar tradisi kepada generasi baharu dan juga pasaran antarabangsa.

“Cuma saya tidak mahu kita menghasilkan karya yang sekadar meletakkan sedikit bunyi tradisional lalu terus melabelkannya sebagai karya beridentiti Melayu,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Beliau turut menjelaskan bahawa tiada salahnya untuk pengkarya bereksperimen dengan elemen moden, selagi pembaharuan yang dilakukan tidak menghilangkan jiwa serta identiti asal sesebuah karya.

“Sekadar Letak Bunyi Tradisional, Jangan Terus Dakwa Itu Identiti Melayu” - Teguran Noraniza Idris

“Identiti itu perlu lahir daripada kefahaman, bukan sekadar kosmetik. Jadi strategi saya ialah akar mesti kuat, tetapi rantingnya boleh berkembang ke mana-mana.

“Kita boleh bereksperimen sejauh mungkin dengan muzik moden, tetapi apabila orang mendengar karya itu, mereka masih dapat mengenali jiwa, nilai dan identiti kita sebagai karya dari Malaysia,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Noraniza Idris

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Yatt Hamzah

Pesanan Menyentuh Hati Yatt Hamzah Buat Wanita – “Jangan Tunggu Sempurna...

Wanita tidak perlu menunggu sehingga dirinya sempurna untuk berubah dan kembali mendekatkan diri kepada Allah. Sebaliknya, setiap langkah kecil ke arah kebaikan wajar dihargai sebagai...