Selepas 14 tahun berkecimpung di dalam dunia seni, aktor terkenal, Zul Ariffin akui penglibatannya di dalam program realiti bachelor pertama di Malaysia, Pencuri Hati sememangnya mempunyai cabaran tersendiri.
Menurut Zul, berkenalan dengan 13 wanita yang tidak pernah ditemuinya sebelum ini sedikit sebanyak mendatangkan rasa gemuruh.
“Pada mulanya, saya agak canggung kerana ini merupakan program realiti pertama saya. Berkenalan pula dengan 13 orang wanita, ia bukan perkara yang biasa saya lakukan.
“Kebiasaannya, bila kita bersembang dengan orang, tiada pun rakam-merakam ni tetapi kali ini, kamera memang ada di sekeliling kita. Ia merupakan pengalaman baru buat saya,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Zul turut berharap agar orang luar tidak terlalu cepat memberikan persepsi negatif terhadap program ini kerana konsepnya sangat berbeza dengan negara-negara luar.
“Pada saya, ini hanyalah sekadar sebuah program televisyen. Tiada yang personal. Ia merupakan perkara yang telah saya persetujui dan akan berikan komitmen.
“Pada awalnya, memang saya ada nampak potensi program ini akan menjadi ‘panas’. Namun, Pencuri Hati ini bukan hanya sekadar dating memanjang. Tidak…Ia lebih daripada itu sebenarnya. Bukanlah kami dating dan luangkan masa bersama semata-mata.
Ads
“Lagipun, bukan hanya saya dan 13 gadis ini yang merakam sendiri aktiviti kami. Seluruh team produksi juga ada di belakang kami,” kongsinya lagi.
Pelakon filem J-Revolusi itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media progam Pencuri Hati yang diadakan di Glasshouse, Seputeh pada Selasa.
Jelas Zul lagi, program ini turut akan menampilkan sisi lain dirinya yang jarang dipertontonkan kepada umum sebelum ini.
“Saya dilatih untuk mengabaikan kamera di ketika berlakon. Jadi, untuk saya menjadi diri sendiri agak sukar. Kalau ditemu ramah untuk program live pun saya tak biasa. Kalau saya cakap saya segan, orang tak percaya.
Ads
“Dalam program ini pun saya ada cakap, kalau mereka mengharapkan saya menjadi lelaki romantik seperti yang mereka lihat di TV, itu bukan saya. Saya gagal. Program ini dah buktikan.
“Romantik ketika berlakon itu lain. Kalau kita tak tahu sesuatu watak, kita akan buat dengan baik. Sebab itu bukan diri kita,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Zul memberitahu, dirinya juga senang apabila berpeluang untuk berkenalan dengan 13 wanita yang memiliki personaliti yang berbeza.
“Kesemua 13 wanita ini, kebanyakan mereka masih lagi muda. Apa yang membuatkan saya kagum dan teruja, mereka semua bercita-cita tinggi.
Ads
“Saya percaya ramai wanita masa kini yang sebegitu. Mereka tahu apa yang mereka mahukan. Ia sangat seronok untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam.
“Saya juga ada usik mengusik sikit mereka. Seronok bila dapat tengok macam-macam personaliti. Sejujurnya, mereka semua wanita yang baik,” akhirinya.
Pencuri Hati menonjolkan 13 wanita berpesonaliti menarik yang bakal mempertaruhkan hati untuk memenangi peluang mengenali selebriti tampan Zul Ariffin selama 24 jam (during daylight).
Kesemua sepuluh episod program realiti ini akan ditayangkan eksklusif di sooka bermula 9 Disember 2022 sehingga 10 Februari 2023.
Penonton boleh menonton dengan melanggan pelan sooka VIP Entertainment pada harga RM15.90/bulan atau pelan sooka VIP TV pada harga RM62.90 sebulan untuk pengalaman menonton di skrin TV.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri meluahkan rasa rindunya terhadap bayi,Ainul Mardhiah yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya pada Jun lalu.
Kongsi Amalina, dia memuji kekuatan dan semangat Ainul serta kedua ibu bapanya yang berhadapan dengan cabaran sedemikian.
“Saya akan merindui awak, Ainul. Ia pasti menjadi satu perjalanan yang penuh emosi. Awak sangat kuat Ainul.
“Ainul dan ibu bapanya mengalami banyak halangan dan cabaran, tetapi mereka tidak pernah berputus asa.
“Alhamdulillah Ainul kini berada dalam keadaan baik.
“Saya tidak sabar untuk melihat awak bermain-main di taman permainan seperti kanak-kanak lain!
“Terima kasih masyrakat yang telah menyumbang dalam misi yang hebat ini.
“Selamat pulang ke Malaysia. Diharap Ainul dan ibu bapa dapat datang ke London sekali lagi.
“Kami semua sayangkan awak! 🥰
“P / S: Gambar ini adalah persetujuan daripada ibu bapa Ainul,” tulis Amalina.
Menerusi gamabr tersebut, dilihat Amalina sedang mengendong bayi berusia sembilan bulan itu selepas selesai menjalani pembedahan tersebut.
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai.
Terdahulu, Amalina dan sekumpulan pakar bedah dan bius, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaw berjayamenjalani pembedahan ketumbuhan pada mulut Ainul yang menghidap Germ Cell Tumour.
Malah, proses pembedahan tersebut memakan masa selama lima jam bagi membuang ketumbuhan seberat 200 gram
Foto:IG Amalina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus membantu negara dalam menangani pandemik Covid-19, pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman bakal menghadiahkan beg edisi khas jenamanya
Menerusi Instagram, Rizalman menjelaskan agihan buat golongan sasaran itu bakal diberikan secara percuma, ke seluruh negara.
“Alhamdulillah stok #ritotemelencong edisi khas yg akan diberikan secara PERCUMA kepada para petugas #frontliners.
“Akan diagih2kan ke seluruh negara oleh para #sukaRIlawan tidak lama lagi sumbangan RIZALMAN GROUP of COMPANIES bagi menyatakan penghargaan buat pengorbanan mereka,” tulisnya.
Meninjai di ruangan komen, rata-rata netizen memuji inesiatif murni yang ditonjolkan oleh pereka dan usahawan berusia 50 tahun itu.
“Alhamdulillah syukur .. rezeki buat para frontliners can’t wait!,” tulis seorang netizen.
“Alhamdulillah… sqonok frontliners yg bertuah! Moga muraah rezeki Dato… aamiin,” doa seorang netizen yang lain.
“tahniah #frontliners dan terima kasih DRI dan yayasan RI,” titip daripada seorang warganet.
Foto: Instagram Rizalman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert Aisha Retno Malam Sutera oleh penyanyi Aisha Retno yang dijadualkan berlangsung pada 16 November ini dibatalkan.
Perkara tersebut dimaklumkan penganjur konsert terbabit iaitu Kharisma Music International, menerusi satu hantaran yang dikongsi di Instagram, pada Jumaat.
Menerusi hebahan itu, pihak penganjur memaklumkan pembatalan konsert susulan prestasi jualan tiket yang perlahan.
“Sukacita kami maklumkan bahawa konsert Aisha Retno Malam Sutera yang dijadualkan berlangsung pada 16 November 2024 di Zepp KL, dibatalkan susulan jualan tiket yang rendah.
“Dan pihak pengurusan artis juga mengambil keputusan untuk tidak menunda konsert berkenaan,” maklum kenyataan terbabit.
Penganjur turut memohon maaf selain menyatakan ia bukan satu keputusan yang mudah untuk diputuskan.
Dalam pada itu, pihak penganjur juga memaklumkan bagi peminat yang sudah membeli tiket konsert, pemulangan wang akan dilakukan dalam tempoh tertera.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...