Hampir memasuki usia 5 bulan, kecomelan anak kedua Fizo Omar dan isterinya, Fazeera yang diberi nama Wan Khaleeda mencuri perhatian wargamaya.

Menerusi hantaran di Instagramnya baru-baru ini, Fizo ada berkongsi beberapa keping gambar terkini Khaleeda yang dah mula pandai senyum.

Menatap hantaran tersebut, para peminat memberikan reaksi masing-masing.

Ada yang menyifatkan wajah baby girl itu saling tak tumpah seperti Fizo dan ada yang anggap sebaliknya juga.

“Comelnya dia… banyak rupa Fizo.”

IKLAN

“Comelnya Khaleeda. Macam mommy dia muka dan senyumannya.

“Comelnya Khaleeda. Semoga membesar dah menjadi anak solehah. Amin.”

“Rupa mama dialah.”

“Alaaa omey!! Dah boleh senyum ya dia.”

IKLAN

“Ya Allah comel sungguh alhamdulillah. Semoga membesar menjadi anak solehah.”

“Banyak muka ibunya ya…”

Itu antara komen yang ditinggalkan wargamaya.

IKLAN

Terdahulu, di dalam perkongsian sebelum ini, Fizo akui air mata jantannya gugur saat melihat orang tersayang menahan sakit dan bertarung nyawa melahirkan zuriat.

Tidak terhenti di situ, dia memberitahu air matanya sekali lagi gugur apabila melihat bayi perempuannya buat pertama kali selepas dilahirkan.

Perasaan terus bertukar gembira, sedih dan sebak ketika pertama kali melihat anak yang dinanti-nanti selama ini.

Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang dan Fazeera melahirkan Khaleeda pada 25 Jun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI