Pelawak terkenal, Saiful Apek menyeru kepada semua pihak agar berhenti melabelkan orang lain dengan gelaran-gelaran yang tidak elok.
Ia susulan selepas namanya turut terpalit kerana ramai yang terkejut melihat perubahan terkini penyanyi Tuju yang didakwa semakin kurus.
Ada mendakwa bentuk badan Tuju sudah hampir sama seperti Saiful kerana didakwa mengambil bahan terlarang.
Lantaran itu, Saiful beranggapan, tindakan memburukkan orang lain ini langsung tidak menampakkan diri kita jauh lebih baik.
“Pada saya, cantik bangsa pada bahasanya. Hargailah bahasa kita. Kurus macam lidi. Besar macam badak. Kenapa kita lupa pada perumpamaan sedia ada sebaliknya kita samakan pula dengan individu?
Ads
“Pada saya, kenyataan ini adalah mengaibkan. Memburukkan orang, tidak menampakkan kita lebih elok. Cuba kawal diri.
“Memang fitrah manusia ada khilafnya tapi cuba tahan diri untuk berbuat dosa pada orang lain. Akhirnya nanti, di akhirat kelak, kita kena menjawab segala perbuatan kita. Berbaloi ke buat silap dengan manusia?,” katanya kepada MH.
Anggota kumpulan Senario ini ditemui ketika sidang media Festival Filem Malaysia ke-32 di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Ads
Tambah Saiful lagi, senario seperti ini semakin kerap berlaku disebabkan tiada keterbatasan untuk bercakap apa sahaja di media sosial.
“Saya rasa kita kena hentikanlah khabar-khabar angin seperi ini. Kita pun tak tahu sampai bila kita hidup. Penyakit sosial sekarang ini sangat kritikal.
“Kuasa menulis juga sudah berbeza. Dahulu yang menulis hanyalah wartawan. Sama ada mahu menulis atau membaca. Itu sahaja platformnya.
Ads
“Kini kita sudah ada kebebasan. Jadi, memang benarlah kita di hujung zaman. Nak tegur lebih-lebih pun saya tak cukup baik. Saya pun dalam proses perbaiki diri,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya mengenai perasaan anak-anaknya bila bapa mereka dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, Saiful memberitahu, mereka sebenarnya sudah lalu i dengan hal-hal sedemikian
“Mereka sudah cukup matang. Perangai mereka sama juga macam saya kerana saya terapkan melalui contoh dan bukan kata-kata. Contoh yang baik membuatkan mereka lebih faham.
“Saya mahu mereka belajar nikmat bersabar. Mereka yang bercakap buruk fasal orang lain ini, hikmahnya bukan kepada mereka sahaja, kita juga akan belajar sesuatu. Keduanya sedang diuji,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sempena menyambut Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menganugerahkan YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK 1).
Perkhabaran gembira ini dikongsikan menerusi laman Instagram rasmi Sultan Ibrahim.
Tuanku Sultan Ibrahim turut berkenan menganugerahkan Darjah Paduka Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ) kepada Encik Dennis Muhammad Abdullah yang juga suami kepada YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim.
“YM CHE’ PUAN KHALEEDA, ENCIK DENNIS MUHAMMAD DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR.
“YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam yang juga isteri DYAM Tunku Mahkota Johor dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK 1) sempena Istiadat Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini.
“Tuanku Sultan Ibrahim turut berkenan menganugerahkan Darjah Paduka Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ) kepada Encik Dennis Muhammad Abdullah yang juga suami kepada YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim.
“Berangkat sama pada majlis penganugerahan darjah dan pingat yang berlangsung di Dewan Singgahsana Istana Besar ialah DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta paduka-paduka anakanda.
“Baginda Tuanku Sultan turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) membawa gelaran Dato’ kepada lima penerima.
“Antara penerima itu ialah Setiausaha Sulit Baginda, Jaba Mohd Noah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Dr. Badrul Hisham Kassim.
“Seramai 30 individu menerima Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) antaranya Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Selahuddeen Abd Aziz, manakala seramai 19 individu menerima Pingat Kerana Lama dan Baik dalam Pekerjaan (PLP).
“Pingat Sultan Ibrahim Johor Pangkat Kedua (PSI II) pula dianugerahkan kepada seramai 115 individu, manakala Pingat Sultan Ibrahim Johor Pangkat Ketiga (PSI III) seramai 15 individu.”
Anugerah MeleTOP ERA 2019 (AME2019) telah pun melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan Khai Bahar dan Siti Nordiana diumumkan sebagai pemenang Top Top MeleTOP Lelaki & Wanita pada tahun ini.
Selain senarai pemenang trofi yang menjadi perhatian, jom ikuti corat-coret menarik sepanjang AME2019 tahun ini.
Datuk Ramli M.S yang bertindak sebagai pengarah muzik di AME tahun ini nyata mengubat rindu peminat terhadap muzik latar yang mainkan.
Tarian salah seorang pengacaranya, Neelofa yang menari mengikut rentak dua lagu popular, Single Ladies (Beyonce) dan Kill This Love (BlackPink) nyata membuatkan para penonton riuh di Axiata Arena. Sementara aksi Jihan dan Nabil masing-masing miming lagu TokTi dan G Dragon turut curi tumpuan.
Johan yang diumumkan sebagai Penyampai Rasio MeleTop mewakilkan anak-anaknya untuk menerima trofi. Difahamkan, Johan tidak dapat meraikan kemenangan di pentas AME tahun ini kerapa punyai komitmen lain.
Persalinan baju terakhir dari Jihan nyata mendapat perhatian penonton menerusi perincian yang sarat memenuhi segenap inci gaun melekap tubuh yang dipakainya. Malah ada yang samakan baju yang dipakai Jihan saling tak tumpah seperti gaun salah seorang finalis Miss Universe 2007!
Dayang Nurfaizah yang turut pulang dengan satu kemenangan bersama Hael Husaini bagi kategori Grup/Duo MeleTop menerusi lagu Haram Pula turut ‘memancing’ mata ramai menerusi stail rambut yang digayakan. Katanya kepada MH, dia ada memberikan rujukan tersebut kepada skuad cantiknya beberapa hari awal sebelum AME berlangsung.
Ramai yang tak sedar, kemenangan Siti Nordiana untuk dua kategori termasuk Artis Top Top MeleTop Wanita bersamaan dengan tempoh 20 tahun penglibatannya dalam seni.
Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri yang mewakili anaknya, Yusof yang meraih undian tertinggi menerusi kategori Si Cilik MeleTop pula tidak menyangka anak keempatnya itu berjaya memenangi kategori tersebut memandangkan bapa serta ibunya bukanlah 100 peratus orang seni.
Foto: MH dan Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai kenyataan yang menyifatkan kebanyakan masalah rogol yang berlaku ketika ini adalah daripada sikap mangsa yang mengenakan pakaian mencolok mata.
Jelasnya, mana-mana lelaki pun tidak akan dapat menahan nafsu mereka sekiranya terlihat wanita yang terdedah auratnya.
“Dah kene rogol tak payah nak salahkan orang yang rogol kaulah. Kalau pakaian kau pon dah buat orang bernafsu dengan kau, bangga tayang body?
“Nk tunjuknya body cantik yang tidak akan kekal lama tu?
“Ape guna Islam suruh tutup aurat betul-betul kalau sendiri tak ikut? Tanyalah laki mana-mana semua akan bernafsu tengok,” tulis seorang individu.
Kenyataan tersebut ternyata mengundang reaksi ramai termasuklah pengacara dan penyampai radio, Hanif Hamzah.
Jelas Hanif, individu berkenaan tidak sepatutnya menyifatkan seluruh lelaki di dalam dunia ini adalah sama kerana setiap orang mempunyai sifat yang berbeza.
Malah penyampai radio Era itu turut menambah, tiada gunanya dilahirkan sebagai seorang orang Islam sekiranya kita tidak mampu untuk menjaga nafsu dan pemikiran kita.
“Kau jangan sama kan aku dengan kau. Jangan pukul habis semua lelaki. Aku jaga nafsu aku. Apa guna Islam kalau otak kau kotor,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan Hanif selain turut menyifatkan mentaliti tersebut hendaklah diubah.
Sumber: Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mendedikasikan kemanangan selaku Pengacara Paling Popular 2024 buat rakan-rakan pengacara yang berusaha mendidik masyarakat dalam setiap program yang mereka kendalikan.