Penyanyi terkenal, Misha Omar ada memuat naik sedutan video persembahan Lady Gaga dan Bradley Cooper menerusi lagu Shallow di Anugerah Oscar, semalam.
Perkongsian menerusi Instagram itu antara lain memuji keserasian keduanya selain Misha turut menyatakan rasa minat terhadap lakonan penyanyi Born This Way itu.
Ads
Malah, pemenang Vokal Terbaik dan Tempat Ketiga Anugerah Juara Lagu ke-33 itu juga turut memaklumkan, dia sudah menonton filem lakonan Gaga, A Star Is Born itu sebanyak lima kali!
“Sejenis chemistry yg gilaaaa!!! My good friend akan tau betapa kak mitch obses dgn cerita ” a star is born” .. Lebih kot 5 kali tgk #pekegila …i love lady gaga!! I love her so much,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Terdahulu, persembahan dua rakan baik itu turut diperkatakan ramai lalu mencetuskan viral di media sosial, apatah lagi lagu tersebut juga diiktiraf sebagai pemenang untuk kategori Best Original Song di Oscar 2019 yang berlangsung awal pagi semalam.
Panas apabila Abby Abadi memuat naik satu kenyataan menjelaskan dirinya difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Perkara itu dikongsikan pelakon Gerak Khas 2019 ini menerusi Instagram.
Menerusi kapsyen yang ditulis, jelas Abby, usahanya untuk tidak mengaibkan dan bersabar nampaknya tidak membuahkan hasil sehingga membuat laporan polis adalah langkah terakhir yang diambil.
“JANGAN KEJUT HARIMAU YG SEDANG TIDUR.
“Satu kejutankan bila Sy buat report polis mlm tadi. Semua pun taktahu sbb apa. Sy berusaha sbnrnya utk tidak bercerita hal ni, tapi nampaknya, semakin di diamkan, berusaha sabar.. menjadi2 pulak pihak yg satu lagi tu.
“Block di whatspp, block di IG, gigih dia buat acc fake berkali2 sbb nk memaki hamun& sebarkan fitnah lg. Babitkan org itu,babitkan org ini.
“Hasut sana sini. Sebarkan perkara yg tak berlaku. Buat tuduhan yg direka2. Caci maki lagi ikut suka hati. Jadi inilah akibatnya,” jelasnya.
Menurut pelakon ini lagi, pihak terbabit semakin melampau apabila menyerang keluarganya tanpa usul periksa.
“Sebelum ni kami baik2 saja. Rajin Sy bantu mereka ikut kemampuan Sy tanpa mereka mintapun. Cuma baru beberapa bulan ni je yg terkeluar taringnya. Rupanya selama ni ‘hasad dengki’ tu dah membiak dlm diri mereka cuma berani mengapi2kan & cakap belakang2 je.
“Dan 2/3bulan kebelakangan ni, semakin kurang ajar & semakin biadap, yg mana Sy nampak kalau dibiarkan akan terus melarat.
“Jadi keputusan terbaik, setelah difikirkan beberapa hari ni, adalah buat laporan polis supaya apa yg difitnah akan terjawab & siasatan dpt dijalankan utk mengetahui ‘punca’ utama kena pihak belah sana jadi mcm gila meroyan, menyerang, mengugut Sy & keluarga tanpa usul periksa.
“Memula serang suami Sy. Kami pun pelik, tanpa hujung pangkal kata suami Sy berlakon buat baik bla bla bla. Sy masuk campur. Sy tanya apahal yg jadi kurang ajar sangat ni. Bila Sy masuk tiba2 serangan bertalu2 terus pd Sy.
“Pastu babitkan anak2, babitkan juga org keliling Sy yg takde kena mengena. Memang nmpk cam gila sungguhlah sbb fakta yg keluar dari mulut merapu,” tulisnya panjang lebar.
Kesudahannya, wanita ini memohon pihak terbabit menggunakan saluran terbaik untuk mencari jalan penyelesaian.
“Jadinya nk gaduh sgtkan. Marilah. Kita guna saluran terbaik utk capai penyelesaian. Ajak jumpa nk bincang, taknak. Pastu maki hamun dlm laman sosial buat cerita kata kita pulak yg taknak jumpa dia. Kata kita block dia takut. Halloo.. block bukan sbb takut. Block sbb malas nk layan. Org yg suka maki hamun org ni mmg tak patut dilayan.
“Buang masa sbnrnya. Tp dibiarkan mcm takde kesudahan. Tunggu pegawai penyiasat panggil la nnti ye. Maklumat semua dah ada dlm laporan yg dibuat semalam.
“Beri perhatian ye & sediakanlah jawapan & apa saja bukti yg ada. Cakap mulut je lepuk lepek tak jadi apa bai,” ulasnya.
Pelakon, Eyra Hazali memuji tindakan tunangnya, Haziq Nazli yang memintanya supaya mengenakan tudung dahulu sebelum membuat panggilan video.
Katanya, apa yang dibuat si tunang yang juga merupakan penjaga gol bola sepak negara itu sesuatu yang bagus kerana menghormatinya sebagai wanita berhijab.
Eyra berkongsi perbualan Whatsapp tersebut di laman Twitter miliknya.
Selain persembahannya bersama rakan pelakon, Bradley Cooper menerusi lagu Shallow di pentas Oscar 2019 yang mulai viral di media sosial, penampilan Lady Gaga di karpet merah anugerah berprestij tahunan itu turut ‘memancing mata’ ramai.
Hadir bergaya menerusi gaun hitam strapless dari Alexander McQueen lengkap bersarung tangan latexs, pelakon filem A Star Is Born itu mencuri tumpuan kerana mengenakan kalung berlian kuning bernilai 30juta USD yang kali terakhir dipakai bintang legenda, Audrey Hepburn, lebih 57 tahun lalu.
‘Tiffany Diamond’, berlian dari Tiffany & Co. itu dikenakan Hepburn khusus buat poster promosi bagi filem ikonik lakonannya, Breakfast at Tiffany’s.
Lebih menarik, kalung mewah tersebut dikatakan hanya tiga kali dipakai di kawasan umum dalam 141 tahun sejarah pembuatannya.
Kalung tersebut juga terdiri daripada 300 berlian dengan batu berbentuk pir seberat 20 karat di bahagian tengah.
Kalung tersebut difahamkan ditemui di Afrika Selatan pada 1877. Individu pertama yang mengenakan kalung terbabit di tempat awam ialah Mrs. Sheldon Whitehouse pada 1957 bagi menghadiri majlis Tiffany Ball yang berlangsung di Newport, Rhode Island.
Tidak hanya menang gaya, Gaga juga buat pertama kali merangkul Anugerah Oscar menerusi kategori Best Original Song, yang menjadi runut bunyi bagi filem lakonannya, A Star Is Born.
Bintang Bad Romance itu turut dicalonkan sebagai lima senarai akhir bagi kategori Aktres Terbaik, bagi filem sama.
Bagi penampilan serba anggun di Oscar tahun ini, Gaga melantik dua stylist, Sandra Amador dan Tom Eerebout.
Sumber: W Magazine, The Hollywood Reporter & carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).