Terbaru, pelakon Nabila Huda atau sinonim dipanggil Abil telah bertanya kepada pengikutnya di akaun Twitter miliknya.
“Suhaimi saad ni Siapa sebenarnya ? Nampak Kat timeline orang retweet. Curious jugak. Can somebody explain what’s going on?” tanya pelakon versatil itu.
Suhaimi saad ni Siapa sebenarnya ? Nampak Kat timeline orang retweet. Curious jugak. Can somebody explain what’s going on?
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) February 8, 2019
Baru-baru ini kecoh dilaman media sosial mengenai isu Suhaimi Saad yang dikatakan berpegang kepada pendirian berbeza seperti tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.
Lalu, persoalan Abil ini disahut rakan artis, Shila Amzah.
“Nanti you sakit hati Dan otak..better you takyah baca pasal dia” tulisnya.
Nanti you sakit hati Dan otak..better you takyah baca pasal dia?
— 茜拉 (@Shilaamzah) February 8, 2019
Lantas, netizen memperjelaskan kepada Abil siapa Suhaimi Saad itu.
Pun demikian, ada juga pengguna media sosial lain yang turut memberi info mengenai suami kenapa Ina Naim itu.
Foto : Twitter Nabila Huda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selama Bertahun Hidup Dalam Penipuan,” – ND Lala Ceraikan Ibu Shila Amzah
Bahtera perkahwinan yang dibina sejak lebih tiga dekad yang lalu kini berakhir selepas penyanyi senior, Datuk ND Lala dilaporkan telah menceraikan isterinya, Datin Fauziah Sarman.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh Fauziah menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Jelas Fauziah, lafaz cerai tersebut telah dibuat oleh ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh pada tanggal 2 Ogos lalu dan dia hanya mengetahui mengenai perkara tersebut melalui aplikasi Whatsapp pada Selasa.
“Assalammualaikum semua. Alhamdulillah dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.
“Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp.
“Alhamdullilah, Allah telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini,” tulisnya.
Jelas ibu kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah ini lagi, dia menerima segala ketentuan ini dengan hati yang terbuka dan kini mahu memberikan fokus untuk mendapatkan kehidupan dengan lebih baik.
“Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, in shaa Allah.
“Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini.
“Apa yang telah saya lalui telah saya redhakan dan In shaa Allah saya yakin aturan Allah SWT ini adalah yang terbaik buat saya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Fauziah turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah memberikan sokongan terhadap dirinya selama ini.
“Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.
“Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan saya dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.
“Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata.
“Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua,” akhirinya.
Terdahulu, ND Lala didakwa kononnya sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang difahamkan adalah rakan kepada anaknya iaitu penyanyi Shila Amzah semasa dibangku sekolah.
Kehadiran Fauziah ke mahkamah dipercayai bagi memfailkan perceraian sekitar awal April lalu turut menguatkan lagi spekulasi mengenai rumah tangga mereka.
Bagaimanapun, anak bongsunya, Syada Amzah mengesahkan kehadiran ibunya ke mahkamah namun bukan bertujuan untuk memfailkan permohonan cerai seperti yang didakwa.
Sekadar informasi, ND Lala dan Fauziah berkahwin pada tahun 1989. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datin Fauziah Sarman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cari Yang Anak Dara,” – Ibu Wak Doyok ‘Pangkah’ Janda, Nak Menantu Anak Dara
Sudah mencecah usia 43 tahun, selebriti dan usahawan Wak Doyok pastinya tidak terlepas ditanya mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor sebelum ini pernah berkata dia tidak mahu terburu-buru dalam mencari pasangan hidup.
Walaupun masih solo, Wak berkata hidupnya kini bahagia lebih-lebih lagi dapat berbakti kepada ibunya.
Sementara itu, menerusi satu video TikTok yang dikongsikan Majalah Nona, ibu Wak Doyok menyatakan hasratnya ingin melihat anaknya naik pelamin dengan wanita berstatus anak dara.
“Cari yang anak dara. Janda, makcik tak nak! Kalau jodoh dia, tetap makcik tak nak!” kata ibu Wak Doyok.
@majalahnona Wak Doyok anak manja rupanya! Sayang betul si emak walaupun usia Wak dah 42 tahun. Tapi berkatnya harta @wakdoyok8055 sebab bahagiakan emak, tengoklah banglo mewah gaya vintaj ni, macam muzium Inggeris! #fyp #foryou #fypシ #fypmalaysia #fashion #mother #wakdoyok #gayadirumah ♬ original sound – NONA
Ketawa mendengar kenyataan spontan ibunya, Wak berkata tiada siapa tahu mengenai soal jodoh kerana itu semua merupakan ketentuan Allah SWT.
“Bukan makcik yang nak kahwin tapi saya yang nak kahwin. Tapi susah? Kalau jodoh kita tak tahu,” balas Wak kepada hos program tersebut, Kiffy Razak.
Wak sebelum ini pernah bercinta dengan bekas isteri Sultan Brunei yang juga merupakan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim.
Namun, hubungan mereka dilaporkan putus pada 2016 selepas tidak mempunyai persefahaman di antara kedua-duanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Wak Doyok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bismillahirrahim, Bermula Perjalanan Baru,” – Tukar Angin, Issey Fazlisham Kini Penyampai Baru Radio Gegar
Selepas tidak lagi bersama Suria FM, pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham mengumumkan dirinya kini merupakan salah seorang ahli keluarga baru bagi stesen radio popular Pantai Timur, Gegar.
Menurut Issey, perlantikan tersebut sekaligus membuka lembaran baru buat dirinya didalam dunia industri penyiaran radio.
“Bismillahirrahim. Hari ni bermula satu perjalanan baru dalam hidup saya. Issey mula bersiaran di @gegar.my .
“Segmen Gegar Pagi bersama @shahgegar . Kelantan 88.1 FM , Terengganu 106.6 Fm, Pahang 88.8 Fm
Channel astro 863. Seluruh dunia boleh dengar kami di aplikasi @syok,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Selamat Hari Tak Jadi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Issey turut memaklumkan, bermula hari ini, dia akan ke udara dan mengendalikan segmen Gegar Pagi bersama rakan penyampai Shah Gegar.
Malah, menerusi perkongsian di laman Instagram Gegar, Issey dan Shah kini dilihat sudah pun mula menyesuaikan diri sebagai gandingan baru di stesen radio tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja selain turut mengalu-alukan kedatangan Issey di stesen radio yang berpengkalan di Astro, Bukit Jalil itu.
“Bergegar pagi tadi. Terbaik Issey.
“Terbaik, all the best brother.
“Mantap boh. Dok agak dah. Lagi semangat nak layan Gegar pepagi pah ni.
“Alhamdulillah. All the best at the new place and new chapter. Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, segmen Gegar Pagi akan mula ke udara pada setiap Ahad hingga Khamis bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Stesen radio ini boleh didengari di frekuensi di 88.1 FM (Kelantan), 106.6 (Terengganu) dan 88.8 (Pahang).
Sumber: Instagram Issey Fazlisham & Gegar.my
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI