Penyanyi Nora Ariffin ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram. Foto yang dirakam bersama ibu tercinta itu turut disusuli dengan kapsyen berupa nasihat.
Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Dipersimpangan Dilema itu merakam panduan dari si ibu untuk menjadi seorang isteri yang baik.
“Bersama satu-satunya ibu tercinta. Diantara nasihat yg sentiasa dipegang utk menjadi isteri yg baik.
“Ma selalu pesan, nak jadi isteri yg baik kena jaga makan pakai suami, jgn bagi org gaji yg buat, taat pada suami, patuhi hak dia & jangan terlalu control suami.
“In Shaa Allah suami tak akan cari lain.,” tulisnya.
Pelakon Nur Fazura tidak menafikan dirinya ada berdepan pengalaman misteri dan ketika menjalani penggambaran filem Dendam Pontianak, meski ia tidaklah mengganggu kehidupannya secara keseluruhan.
Kongsi bintang ini kepada MH, dia hanya menyedari kehadiran entiti seakan-akan wanita berambut panjang mengurai yang dikatakan menyerupai dirinya setelah ditegur salah seorang kru di set lokasi.
“Sebelum ini saya tidak pasti untuk percaya atau sebaliknya. Banyak dengar cerita dari orang sekeliling.
“Akan tetapi bila nampak sendiri tu, ya saya percayalah sebab bila kejadian tersebut, saya pakai kebaya putih dan sarung batik, ‘dia’ pakai sebiji apa yang saya pakai,” kongsi figura cantik ini.
Bercerita mengenai kejadian tersebut dengan lebih lanjut, penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 2015 ini berkata, ia berlaku sekitar jam 3.00 pagi.
“‘Dia’ tidaklah mengganggu, cuma pandang dari kejauhan saja, tapi memang ‘dia’ ada si sekitar set penggambaran. Sekitar jam 3.00 ke 4.00 pagi waktu rehat, ada pengurus produksi meminta saya saya tengok belakang.
“Eh…’dia’ berupa rambut mengurai ke depan dan kami bertentangan pandangan waktu saya melihatnya.
“Sudah tentu, saya pengalaman yang berbeza sebabnya ketika saya melakukan penggambaran untuk filem Kami Histeria, tiada gagguan seumpamanya. Bagaimanapun semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.
Terdahulu, Fazura atau lebih sinonim dipanggil Faz ditemui semasa sidang media filem Dendam Pontianak yang diadakan di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ditanya sama ada dia ada menerima gangguan usai penggambaran pada ketika itu, Faz bersyukur kerana dia tidak mengalami apa-apa pengalaman menakutkan.
Cuma, suaminya Fattah Amin ada berpesan supaya dia sentiasa mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran selain Ayat Kursi sebagai penguat semangat.
“Syukur saya tidak alaminya. Cuma selepas kejadian tersebut saya ada maklumkan kepada Fattah. Yang, I nampak hantu Yang. Katanya baca ayat suci Al Quran atau Ayat Kursi sebelum dan selepas pulang ke rumah,” kongsi Faz.
Filem Dendam Pontianak menjalani penggambaran di kawasan perkampungan di sekitar Selangor dan Perak.
Ia mengisahkan sepasang suami isteri yang baru berkahwin dan dibelenggu dengan perkara misteri hingga memaksa mereka terjerumus ke lembah pengkhianatan, ilmu hitam dan pembunuhan.
Mendukung watak pontianak bernama Mina, Dendam Pontianak telah diarahkan oleh Glen Goei dan Gavin Yap.
Selain Fazura, filem tersebut turut dibintangi Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadia Aqilah, Wan Hanafi Su dan Nadiah M.Din.
Dendam Pontianak akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 12 September depan dan turut ditayangkan di pawagam di Singapura pada 29 Ogos ini.
“Adat pertandingan.” Itu kata pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat yang menyifatkan ketiadaan namanya dalam senarai penuh Top 5 Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH 32) bukan rezeki buat dirinya pada kali ini.
Meskti tidak tercalon, penyanyi Temberang ini bagaimanapun tetap akan memberi sokongan penuh terhadap acara gilang-gemilang tahunan berkenaan.
“Ini semua adat pertandingan.Saya anggap ketiadaan nama saya dalam senarai penuhnya bukan rezeki namun akan tetap memberikan sokongan kepada penganjuran anugerah itu.
“Lagipun prinsip saya bukan nak kejar trofi tapi karya yang berkualiti untuk terus menghiburkan pencinta muzik dan mewarnai industri seni lakonan. Itu lebih penting,” jelas Ayda.
Tambahnya lagi, sesebuah anugerah yang diraih tidak semestinya mampu menjamin seseorang artis itu untuk terus kekal berada dalam industri seni.
Sebaliknya, bagaimana seseorang artis itu mampu untuk terus merencana perjalanan seninya.
“Anugerah bukan tiket untuk melayakkan diri berada di dalam industri seni buat selama-lamanya.
“Saya pernah menang anugerah, tapi saya juga pada masa sama masih perlu berusaha untuk mendapatkan naskhah yang terbaik serta lagu-lagu yang mesra pendengar bagi menambat hati peminat.
“Apapun saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua selebriti yang tercalon dalam lima senarai akhir ABP tahun ini,” ucap Ayda.
Sekadar informasi, ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan, jam 9.00 malam.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.