Pelakon Nur Fazura tidak menafikan dirinya ada berdepan pengalaman misteri dan ketika menjalani penggambaran filem Dendam Pontianak, meski ia tidaklah mengganggu kehidupannya secara keseluruhan.

Kongsi bintang ini kepada MH, dia hanya menyedari kehadiran entiti seakan-akan wanita berambut panjang mengurai yang dikatakan menyerupai dirinya setelah ditegur salah seorang kru di set lokasi.

“Sebelum ini saya tidak pasti untuk percaya atau sebaliknya. Banyak dengar cerita dari orang sekeliling.

Seram! Entiti Rambut Mengurai Berkebaya Putih Lengkap Kain Batik, Menyerupai Pakaian Fazura. Fattah Nasihat Amal Baca Ayat Kursi

“Akan tetapi bila nampak sendiri tu, ya saya percayalah sebab bila kejadian tersebut, saya pakai kebaya putih dan sarung batik, ‘dia’ pakai sebiji apa yang saya pakai,” kongsi figura cantik ini.

Bercerita mengenai kejadian tersebut dengan lebih lanjut, penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 2015 ini berkata, ia berlaku sekitar jam 3.00 pagi.

“‘Dia’ tidaklah mengganggu, cuma pandang dari kejauhan saja, tapi memang ‘dia’ ada si sekitar set penggambaran. Sekitar jam 3.00 ke 4.00 pagi waktu rehat, ada pengurus produksi meminta saya saya tengok belakang.

“Eh…’dia’ berupa rambut mengurai ke depan dan kami bertentangan pandangan waktu saya melihatnya.

IKLAN

Seram! Entiti Rambut Mengurai Berkebaya Putih Lengkap Kain Batik, Menyerupai Pakaian Fazura. Fattah Nasihat Amal Baca Ayat Kursi

“Sudah tentu, saya pengalaman yang berbeza sebabnya ketika saya melakukan penggambaran untuk filem Kami Histeria, tiada gagguan seumpamanya. Bagaimanapun semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.

Terdahulu, Fazura atau lebih sinonim dipanggil Faz ditemui semasa sidang media filem Dendam Pontianak yang diadakan di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ditanya sama ada dia ada menerima gangguan usai penggambaran pada ketika itu, Faz bersyukur kerana dia tidak mengalami apa-apa pengalaman menakutkan.

Cuma, suaminya Fattah Amin  ada berpesan supaya dia sentiasa mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran selain Ayat Kursi sebagai penguat semangat.

IKLAN

“Syukur saya tidak alaminya. Cuma selepas kejadian tersebut saya ada maklumkan kepada Fattah. Yang, I nampak hantu Yang. Katanya baca ayat suci Al Quran atau Ayat Kursi sebelum dan selepas pulang ke rumah,” kongsi Faz.

Filem Dendam Pontianak menjalani penggambaran di kawasan perkampungan di sekitar Selangor dan Perak.

Seram! Entiti Rambut Mengurai Berkebaya Putih Lengkap Kain Batik, Menyerupai Pakaian Fazura. Fattah Nasihat Amal Baca Ayat Kursi

Ia mengisahkan sepasang suami isteri yang baru berkahwin dan dibelenggu dengan perkara misteri hingga memaksa mereka terjerumus ke lembah pengkhianatan, ilmu hitam dan pembunuhan.

Mendukung watak pontianak bernama Mina, Dendam Pontianak telah diarahkan oleh Glen Goei dan Gavin Yap.

IKLAN

Selain Fazura, filem tersebut turut dibintangi Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadia Aqilah, Wan Hanafi Su dan Nadiah M.Din.

Dendam Pontianak akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 12 September depan dan turut ditayangkan di pawagam di Singapura pada 29 Ogos ini.

Foto: Instagram Fazura

Seram! Entiti Rambut Mengurai Berkebaya Putih Lengkap Kain Batik, Menyerupai Pakaian Fazura. Fattah Nasihat Amal Baca Ayat Kursi

Seram! Entiti Rambut Mengurai Berkebaya Putih Lengkap Kain Batik, Menyerupai Pakaian Fazura. Fattah Nasihat Amal Baca Ayat Kursi

Seram! Entiti Rambut Mengurai Berkebaya Putih Lengkap Kain Batik, Menyerupai Pakaian Fazura. Fattah Nasihat Amal Baca Ayat Kursi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI