“Adat pertandingan.” Itu kata pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat yang menyifatkan ketiadaan namanya dalam senarai penuh Top 5 Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH 32) bukan rezeki buat dirinya pada kali ini.
Meskti tidak tercalon, penyanyi Temberang ini bagaimanapun tetap akan memberi sokongan penuh terhadap acara gilang-gemilang tahunan berkenaan.
“Ini semua adat pertandingan.Saya anggap ketiadaan nama saya dalam senarai penuhnya bukan rezeki namun akan tetap memberikan sokongan kepada penganjuran anugerah itu.
“Lagipun prinsip saya bukan nak kejar trofi tapi karya yang berkualiti untuk terus menghiburkan pencinta muzik dan mewarnai industri seni lakonan. Itu lebih penting,” jelas Ayda.
Ads
Tambahnya lagi, sesebuah anugerah yang diraih tidak semestinya mampu menjamin seseorang artis itu untuk terus kekal berada dalam industri seni.
Sebaliknya, bagaimana seseorang artis itu mampu untuk terus merencana perjalanan seninya.
Ads
“Anugerah bukan tiket untuk melayakkan diri berada di dalam industri seni buat selama-lamanya.
“Saya pernah menang anugerah, tapi saya juga pada masa sama masih perlu berusaha untuk mendapatkan naskhah yang terbaik serta lagu-lagu yang mesra pendengar bagi menambat hati peminat.
Ads
“Apapun saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua selebriti yang tercalon dalam lima senarai akhir ABP tahun ini,” ucap Ayda.
Sekadar informasi, ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan, jam 9.00 malam.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun sedar kehadiran anak kecil di rumah Allah menambah keberkatan, namun ulas Yana Samsudin dia juga gusar sekiranya Mateen akan mengganggu jemaah sehingga menghilang kyusuk dalam ibadah.
Namun jelas pengacara ini, rutin membawa si kecil ke masjid atau surau akan menjadikan anak lebih berdisiplin dan biasa akan suasana beribadah.
“Mateen selalu kata nak ikut daddy pergi masjid , kami takut nak bawa sebab dia ni jenis tak takut orang dan risau main jauh jauh kacau orang.
“Sebelum ni pernah pergi masjid kat Putrajaya habis dia tawaf, macam mana mak nak kusyuk! Haaha .Pagi ni ada improvement ! Dia duk je depan mommy dan nenek sepanjang solat tapi , sepanjang tu lah dia nagis manjaaaa nak dukung. Sampai lah kami habis.
“Kat rumah elok je golek golek depan sejadah nak oii.. .Tengah dengar kutbah sedap pulak dia tido.Hahaha takpa lah nak… asalkan bahagia,” tulis Yana.
Pelakon Adnan Sempit ini turut berkongsi bagaimana dia mula di ajar ke masjid waktu kecil dahulu.
“Mommy dulu umur 5 tahun baru pergi surau, masjid jauh kena seberang jalan besar . Abah nak angkut semua memang tak mampu sebab ada motor vespa sahaja.
“Huhuhu Zaman sekarang dah galakkan anak kecil ke surau, ke masjid siap ada ruangan lagi untuk mereka.. berkarpet , ada aircond selesa… beruntung…Pengalaman kalian macam mana pula?,” kongsinya lagi.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai kisah percintaan anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid dan bekas kekasihnya, Tyra Kamaruzzaman yang dikatakan sudah temui nokhtah.
Hubungan percintaan Aazief bersama bintang instafamous Tyra telah berakhir dua bulan lalu.
Bagaimanapun, remaja berkenaan sekali lagi menjadi perhatian apabila gambar bersama bintang instafamous Sharifah Rose mulai tersebar.
Difahamkan, foto tersebut telah dimuat Sharifah dan ada pengguna media sosial yang kembali kongsi foto tersebut di Twitter.
“That’s it and that is the tweet,” tulis netizen.
Lalu, perkongsian tersebut telah menimbulkan perbualan hangat di kalangan netizen di laman media sosial tersebut.
Rata-rata netizen memberi reaksi terhadap Sharifah malah ada juga yang labelkan tuduhan perampas kepada bintang instafamous berkenaan.
Apapun, barangkali Aazief dan Sharifah sekadar berkawan rapat, apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka.
Foto : Twitter Najwa, Instagram Sharifah Rose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Genap menjalin hubungan cinta bersama seorang lelaki dari Pantai Timur, bintang versatil Elly Mazlein mengakui dirinya kini sedang diulit bahagia, apatah lagi turut merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama lelaki yang dipanggil ‘Papa Awan Nano’ itu tahun depan.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi seperti yang dipetik Harian Metro juga mendedahkan, dia merancang untuk memperkenalkan si pengarang jantungnya ityu menerusi satu sidang media yang mungkin diadakan serentak dengan majlis pertunangannya bersama bakal suami.
“Setakat ini, beberapa persediaan sudah dilakukan dan tarikh untuk majlis perkahwinan pun sudah ada. Tapi, saya akan kongsikan dalam satu majlis sidang media khas apabila semuanya sudah muktamad.
“Berkemungkinan besar, majlis sidang media ini juga akan diadakan serentak dengan majlis pertunangan saya,” katanya seperti yang dipetik.
Malah ujar penyanyi Bakawali ini, dia juga tidak akan melakukan majlis secara tertutup, sebaliknya mahu menjemput rakan media yang banyak membantunya dalam industri.
“Saya nak rakan media ada sama di hari bahagia ini dan ia umpama hadiah buat mereka yang sentiasa membantu sepanjang karier seni berlangsung,” jelas Elly jujur.
Pada masa sama, Elly turut merakamkan rasa syukur atas rezeki seni yang kini hadir. Percaya atas rahmatNya, bintang ini juga tidak menafikan sebelum ini hanya mendengar kisah rezeki orang yang bakal berkahwin saja.
“Selama ini, hanya mendengar cerita mengenai rezeki orang yang bakal berkahwin dan sekarang, saya sendiri dah mula rasa.
“Tawaran kerja pun tak henti-henti. Baik tawaran lakonan, nyanyian dan pengacaraan, semuanya datang serentak dan saya bersyukur kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan,” maklum Elly.
Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal.