Pelakon, Zeera Azizi akui kecewa dengan sikap segelintir pihak yang membuat spekulasi tidak benar berhubung konsert band NOAH yang dihadirinya baru-baru ini.

Nama Zeera hangat diperkatakan selepas videonya di aplikasi Tik Tok yang memaparkan dirinya mendapat tiket percuma langsung daripada vokalis band NOAH, Ariel telah pun tular.

Bagi menjelaskan perkara sebenar, bintang kelahiran Dewi Remaja 2018/19 ini telah pun memuat naik kenyataan terkininya di Instagram pada Selasa.

Jelas Zeera, tiket tersebut bukan secara tiba-tiba diberikan oleh Ariel sebaliknya dia sendiri yang mencuba nasib untuk berhubungan dengan penyanyi popular itu di ruangan ‘direct message’ di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z E E R A (@zeeraazizi)

“Hi semua, saya cuma nak perjelaskan beberapa perkara. Since banyak media post pasal tiket konsert NOAH yang saya post dekat my tiktok account tu, biar saya bagitahu perkara sebenar supaya tiada unsur-unsur memutar belitkan fakta dan hal-hal yang tak masuk akal.

“Pertama sekali, bukan Ariel Noah yang offer saya tiket tu tapi saya yang dm dia secara personal sehari sebelum konsert sebab last minit saya cari tiket takde dah sold out,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zeera turut memberitahu, ini bukan kali pertama dia berhubung dengan Ariel kerana sebelum ini penyanyi tersebut pernah memberikan respon ketika dia memuat naik video cover lagu Menghapus Jejakmu.

“Sebelum ini, dia pernah respon kepada salah satu video ketika saya menyanyikan semula lagu Menghapus Jejakmu. Jadi, saya hanya cuba nasib untuk dm dia tanya tentang tiket.

“Mungkin dan takdir rezeki saya. Dia dapatkan saya tiket untuk konsert tersebut. Sudah tentu saya teruja dan gembira. Artist tu sendiri bagi kita ticket dan saya post di Tik Tok pun untuk kongsikan kebahagiaan saya. Itu sahaja.

“Tapi makin banyak pula yang memanipulasikan keadaan. Keluarkan berita yang tak betul. So this is the truth. Please jangan buat cerita yang bukan bukan,” kongsinya lagi.

Lantaran itu, Zeera berharap agar semua pihak berhenti membuat sebarang tuduhan tidak berasas berhubung kehadirannya di konsert tersebut.

“Saya hanyalah peminat NOAH dan saya sangat-sangat terhibur dengan momen-momen kami pada Sabtu lalu dengan semua yang ada di Zepp KL malam tu.

“Harapnya ini akan menjelaskan semua yang tidak betul tu. Apapun, kita tunggu NOAH datang next year pula okay,” akhirinya.

Terdahulu, NOAH telah mengadakan konsert istimewa di Zepp KL, Kuala Lumpur pada 12 November lalu yang dihadiri lebih 3000 penonton.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Zeera  Azizi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI