Walaupun mengakui mempunyai hubungan yang kurang baik dengan mendiang adiknya, Aaron Carter, 35, namun ahli kumpulan Backstreet Boys, Nick Carter berkata rasa kasih dan sayangnya tidak pernah padam buat adiknya itu.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Nick, 42, dia sentiasa mengharapkan agar adiknya menjalani kehidupan berlandaskan cara hidup yang betul seperti yang sangat diperlukan oleh Aaron.

“Saya sangat sedih. Walaupun hubungan kami tidak berapa baik, namun kasih sayang saya untuknya tidak pernah padam.

“Saya sentiasa berharap yang dia akan menjalani kehidupan yang sihat dan dapat mendapatkan rawatan seperti yang dia sangat perlukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nick Carter (@nickcarter)

IKLAN

“Kadang-kadang kita cuba untuk meletakkan kesalahan terhadap seseorang atas kehilangan sesuatu, tapi yang sebenarnya ketagihan dan kemurungan merupakan punca kepada semua perkara ini,” tulis Nick di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian beberapa gambar mereka berdua itu, Nick turut mendoakan agar Aaron beroleh ketenangan di sana.

“I love you Chizz (Aaron). Sekarang awak sudah dapat ketenangan yang sebelum ini tidak pernah dikecapimu sepanjang hayat. I love you baby brother,” tulis Nick lagi.

IKLAN

Aaron ditemui mati di kediamannya di California Selatan, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu.

Mendiang ditemukan lemas dalam tab mandi selepas pihak polis menerima laporan sekitar jam 11 pagi waktu tempatan.

Aaron yang memulakan kerjaya seninya sejak berusia lapan tahun pernah tampil membuat persembahan dalam konsert Backstreet Boys dan penyanyi pop terkenal, Britney Spears.

IKLAN

Mendiang sebelum ini juga pernah dikatakan bercinta dengan pelakon Lindsay Lohan dan Hilary Duff.

Aaron meninggalkan seorang anak lelaki berusia setahun, hasil perkongsian hidup dengan bekas tunangnya, Melanie Martin.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI