Rozita Che Wan mengakui rasa tidak senang, sekali gus menyelar terhadap sikap segelintir wanita yang suka merampas suami orang lain.

Ujar pelakon Kiah Pekasam ini lagi, dia tidak faham mengapa ada wanita yang sanggup merosakkan kehidupan wanita lain.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta melontarkan pandangan sedemikian selepas ditanya apakah pendiriannya terhadap senario poligami dan wanita yang suka merampas suami orang.

IKLAN

“Dia macam ni, satu je. Orang yang akan hancurkan hidup perempuan ialah perempuan juga. Saya memang tak suka perempuan yang ambil suami orang…sebab takut nanti dia akan ambil suami kita,”katanya kepada MH.

Sambil mengakui anti terhadap wanita perampas suami orang, Che Ta bagaimanapun tidak menolak seratus peratus soal poligami.

“Sebelum I Koyakkan…,” – Tegas Che Ta Bila Ditanya Jika Ada Yang Berani ‘Sondol’

IKLAN

“Tak tolak poligami. Tapi senang cakap macam ni lah, kalau kita kahwin dengan lelaki bujang, kita tak boleh halang dia untuk berkahwin lain. Tetapi, kita boleh halang diri kirta untuk berkahwin dengan laki orang.

 

“Saya tak halang poligamilah, tetapi kalau kita tahu lelaki itu ada bini, elakkan,”kongsinya lagi.

Ditanya sama ada dia takut andai suaminya, pelakon Zain Saidin dirampas wanita lain, bintang berusia 45 tahun ini memberi reaksi;

IKLAN

“Reda ajelah… sebelum i koyakkan mulut dia kan!,” seloroh Che Ta sambil ketawa.

Pada masa sama, dia turut menasihati wanita yang pernah berhadap dengan situasi tersebut untuk move on dan jangan dikenang perkara lalu.

“Kena teruskan hidup kerana Dia akan menggantikannya dengan yang lebih baik selepas itu,” kata Che Ta ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai Duta Projek Perumahan Tunas Homes & Tunas Boulevard di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Rozita Che Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI