Gigih! Itulah perkataan pertama MH dapatkan katakan melihatkan netizen yang beratur sejak malam tadi semata-mata ingin dapatkan produk Apple dengan harga murah.

[Gambar] Gila Betul, Beratur Seawal 2 Pagi Gara-Gara Sale Jenama Apple!

Bagi mereka yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku di Kompleks membeli-belah MyTown, Cheras adalah Jualan Gudang Clearance stok oleh Switch yang menawarkan harga serendah RM150 untuk produk Apple mereka.

[Gambar] Gila Betul, Beratur Seawal 2 Pagi Gara-Gara Sale Jenama Apple!

Yes! memang murah, sebab itulah orang ramai sanggup beratur demi untuk mendapatkannya kan?

[Gambar] Gila Betul, Beratur Seawal 2 Pagi Gara-Gara Sale Jenama Apple!

IKLAN

Cuma, MH difahamkan bahawa jumlah produk yang dijual tersebut tidak banyak, hanya beberapa unit sahaja. Kiranya seperti ‘first come first serve’ lah.

[Gambar] Gila Betul, Beratur Seawal 2 Pagi Gara-Gara Sale Jenama Apple!

Dalam pada itu, melalui perkongsian di media sosial, MH dapat info bahawa orang ramai yang beratur dah sampai ke luar bangunan dan trafik menghala ke kawasa tersebut sesak hingga 1KM.

IKLAN

[Gambar] Gila Betul, Beratur Seawal 2 Pagi Gara-Gara Sale Jenama Apple!

Pada jam 10.20 pagi tadi, pihak Switch Malaysia ada mengeluarkan kenyataan maaf mengenai situasi ini.

[Gambar] Gila Betul, Beratur Seawal 2 Pagi Gara-Gara Sale Jenama Apple!

IKLAN

[Gambar] Gila Betul, Beratur Seawal 2 Pagi Gara-Gara Sale Jenama Apple!

“Para pelanggan, jualan penghabisan stok sudah pun bermula, sekiranya anda dalam perjalanan ke MyTown atau berada di luar bangunan ini, kami nasihatkan agar tidak beratur memandangkang kami mungkin tidak dapat memenuhi kehendak anda hari ini. Maafkan kami,” tulis kenyataan tersebut.

Alahai, kasihan kepada mereka yang sudah beratur lama itu, tapi kalau sudah tiada rezeki nak buat macam mana kan?

[Gambar] Gila Betul, Beratur Seawal 2 Pagi Gara-Gara Sale Jenama Apple!

Mungkin selepas ini kalau nak buat jualan gudang macam ni pihak terlibat harus pastikan bahawa jumlah jualan tersebut lebihlah sedikit, kita pun tahu rakyat Malaysia dan jualan murah ini macam mana.

Sumber foto: Facebook & Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI