Pengacara dan penyampai radio, Radin Era mendedahkan dirinya telah menerima panggilan palsu daripada dua individu yang menyamar sebagai operator sebuah syarikat servis kurier.
Menurut Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, pemanggil palsu itu dikatakan telah meminta dirinya untuk menuntut parcel yang telah dibiarkan terlalu lama.
“Scammer nama Farhan. Hari baik bulan baik korang buat hal kan. Janganlah nak buat duit dengan nak scamming orang. Penat je korang puasa.
“Harini dapat satu call dari nombor yang tak dikenali (mengaku dari JNT Kedah) katanya dari operator JNT dimana saya ada satu parcel tak dituntut. Scammer pertama perempuan, dia buat pengesahan diri dan minta butiran saya.
“Selepas tu dia beritahu akan sambungkan talian kepada pegawai lain yang akan uruskan penghantaran saya sebab parcel yang tidak dituntut terlalu lama,” tulisnya.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Era itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Ads
Tambah Radin yang juga merupakan pemilik sebuah francais syarikat kurier itu lagi, dia turut didakwa menghantar parcel berisi barangan larangan seperti kad kredit, kad pengenalan dan dokumen peribadi.
Malah, dia juga diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis berhampiran untuk membuat pengesahan.
“Scammer kedua, Farhan. Yakin yang saya duduk Kedah dan memberitahu saya ada parcel yang saya hantar ke pemilik berbangsa Cina (kad kredit, kad pengenalan dan dokumen peribadi dalam kuantiti yang banyak) untuk tampil ke IPK untuk buat laporan.
“Selama saya bersama rakan kongsi @jntdenaialam, tak tahu pulak kami ini salah satu dari SOP JNT. Kalau nak jadi scammer, berakal la sikit Farhan oi,” kongsinya lagi.
Menerusi video yang dikongsikan itu, Radin dilihat secara bersahaja melayan panggilan palsu tersebut sehingga membuatkan operator berkenaan hilang sabar seterusnya menghemburkan kata-kata kesat sebelum mematikan panggilan.
Ads
“Malas nak type panjang-panjang, korang layanlah conversation ni sampai dia pula marah,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti terhibur dengan perkongsikan tersebut selain turut mengecam tindakan pemanggil palsu tersebut.
“Nombor IC hujung pun 4. Nombor genap tu untuk perempuan lah mangkuk,” komen pengacara tersohor, Datuk Aznil Hj. Nawawi.
“Berani dia nak scam awak. Dia tak tahu ke awak ni siapa,” balas pengacara, Nabil Ahmad.
Ads
“Padan muka kau scammer,” kata penyampai radio, Feeya Iskandar.
“Part last tu scammer penat membebel tapi tak dapat hasil,” komen seorang netizen.
“Sabar juga awak melayan lebih lima minit,” komen seorang lagi netizen.
Sehingga kini, video yang dikongsikan Radin itu telah pun meraih lebih 50 ribu jumlah tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Radin Era
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Raysha Rizrose ada memuat naik satu klip pendek rakaman muzik video dia bersama rakan artis lain yang menyanyikan 12 lagu yang bakal bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35).
Selain Rasyha, turut sama tampil menyumbangkan suara ialah penyanyi Azmi Saat, Dean Eiman dan Hannah Delisha.
Aktres berusia 24 tahun optimis lalu meluahkan rasa gembira dan syukur atas peluang yang diberikan dan berharap peminat terhibur menonton muzik video hasil kerjasama Valient Music itu.
Perkara tersebut dikongsikan Dewi Remaja 2015 ini menerusi satu posting di Instagram.
“AJL 35 medley. blessed to be given this opportunity. thank you @valientmusic. Pengalaman berkolaborasi dengan barisan penyanyi professional @hannahdelisha @azmi_saat @deaneiman.
“Hope you guys like it cause gosh ive been so anxious plus excited nak korang dengar! Let me know what you think!,” tulisnya.
Dalam pada itu, kakak kepada Raysha iaitu pelakon Uqasha Senrose juga meluahkan rasa bangga dengan adiknya yang turut berkebolehan dalam bidang nyanyian.
“MasyAllah so proud of you my sister dada sayang. @raysharizrose. Yes! thats my sister, i love you dada,” tulisnya.
Selain Uqasha, peminat turut memberikan komen positif selepas menonton perkongsian tersebut dan rata-ratanya turut memuji penampilan Raysha bersama artis lain.
Versi penuhnya boleh ditonton menerusi YouTube dan sehingga kini ia sudah pun ditonton lebih 200,000 kali.
AJL35 bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 14 Mac depan di TV3.
Foto: Instagram Raysha Rizrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang kini aktif berniaga, Izara Aishah memberikan reaksi terhadap komen yang menyifatkan dia kelihatan mengah sekaligus didakwa seperti sedang berbadan dua.
Bintang berusia 31 tahun itusudah terbiasa dengan telahan sedemikian namun bersyukur atas doa yang dititipkan peminat.
“Daripada Izara muda ke tua, dari tak pakai tudung sehingga pakai tudung.. orang semua cakap buncit tu pregnant ke? Tak habis-habis tengok perut orang,” katanya dalam nada seloroh.
Peserta Dewi Remaja sezaman Neelofa ini bagaimanapun menganggap figura buncit sebagai ‘seksi’.
“Habis cakap Izara buncit.. masalah ke? Buncit is sexy,” katanya lagi di dalam sedutan video siaran langsung yang dikongsikan kembali pengguna TikTok itu.
Sehingga kini, potongan video berkenaan sudah pun ditonton hampir 50,000 kali disusuli ratusan komen pelbagai warganet.
Untuk info, Izara mendirikan rumah tangga dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid pada 17 November 2017.
Hasil perkahwinan, Izara dikurniakan seorang anak perempuan Irisa Alaia yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tular kes pelakon popular, Fattah Amin didakwa bersekongkol dengan pihak MRP International Sdn Bhd (MRP) menipu seramai 88 stokis dalam sistem kredit syarikat kerana pelakon ini merupakan salah seorang pengarah dalam syarikat tersebut.
Menegaskan bahawa hanya Kamarul Ariff Bin Abd. Karim boleh mengakses akaun dan mengawal sistem kredit secara langsung.
Menurut Fattah lagi, pihaknya telah beberapa kali menghubungi Kamarul namun gagal mendapat sebarang tindak balas.
Dia turut kesal apabila di ambil kesempatan di atas status sebagai selebriti.
“Isu ini timbul dari tahun lepas apabila stokis bawa isu ke sosial media. Ia mengambil masa yang lama sebab kami mengumpul bukti.
“Walaupun telah hantar surat peguam namun masih tiada respon. Jadi kami terpaksa buat laporan polis. Ini adalah jalan terakhir. Mereka hanya mendiamkan diri dan sebab itu saya rasa ralat.
“Nampak saya yang salah sebab keluar di media pun nama saya,” ulasnya yang mahu selesaikan kes ini dalam masa terdekat.
Menurutnya lagi, notis dihantar supaya membenarkan pihaknya untuk meneliti penyata kewangan syarikat dan menjalankan audit yang lebih terperinci.
“Yang paling penting adalah stokis dan agen. Saya tidak pernah berniat untuk menipu stokis dan peminat. Saya nak bersihkan nama baik. Saya nak bantu stokis dan agen dapatkan hak mereka.”
Fakhrul Hasan, peguam yang mewakili Fattah menyatakan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak terbabit masih mendiamkan diri.
“Kita nak selesaikan, kita nak tahu apa yang terjadi kepada bayaran kepada syarikat.
“Untuk hubungi secara biasa memang tak dapat, jadi kami terpaksa hantar notis.
“Pengurusan ini bukan di bawah Fattah. Fattah sepatutnya tak perlu buat apa-apa kerana bukannya liabititi dia, namun dia mengambil bertanggungjawab kepada stokisyang juga peminat dia.
“Kalau masih tak selesai, kami akan bawa ke tindakan undang-undang.
“Kami mahu menjelaskan kepada stokis namun perlu ada bukti dan kenyataan,” katanya yang telah melakukan tindakan daripada bulan Februari lalu.
Terdahulu, suami kepada Fazura ini telah mengeluarkan produk makanan kesihatan iaitu MRP Sup DIET dan Berrytox di bawah syarikat miliknya iaitu MRP International Sdn Bhd.
Isu timbul apabila stokis telah melaburkan wang, namun apabila mereka cuba mendapatkan wang daripada sistem kredit MRP, ianya gagal.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.