Ketika seluruh umat Islam teruja menantikan ketibaan 1 Syawal, khabar duka menimpa personaliti televisyen, Sofea Nur Solehha Tun setelah bapanya Nor Idris Shahar menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Jumaat.

Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh Sofea menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Menurut Sofea, pemergian bapanya itu mempunyai hikmahnya yang besar buat dirinya setelah hubungan mereka dikatakan bertambah akrab sebulan sebelum bapanya itu memejamkan mata buat selama-lamanya.

“30 Ramadhan 1444H. Ayahanda saya Nor Idris Bin Shahar telah kembali ke Rahmatullah petang semalam (Jumaat).

“Hubungan kami terjalin semula selama sebulan ini di penghujung hayat nya. Dapat berborak, menjaga dan menyuap ayah. Saya sangat berterima kasih.

IKLAN

“Akhirnya kami dapat merasai perasaan adanya figura ayah dan dapat meluah isi hati tersimpan lebih 30 tahun. This is the final beautiful memory with him that I have the pleasure to carry throughout this lifetime. Alhamdullilah,” tulisnya.

Dalam pada itu, pengarcara program 999 ini juga merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah mendoakan dan membantu menyempurnakan pengebumian jenazah bapanya itu.

“Terima kasih kepada keluarga yang hadir membantu dan mendoakan dari jauh dan dekat.

IKLAN

“Terima kasih @ustazzarifi atas kebaikan mu membantu kami sekeluarga menyempurnakan perjalanan almarhum ayahanda dalam masa beberapa jam sahaja.

“Rezeki kami bertemu orang yang benar-benar baik seperti mu. Hanya Allah mampu membalas kebaikan ustaz.

“Rakan-rakan. Saya mohon jasa anda yang membaca ini untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada almarhum, dan mendoakan agar almarhum ditempatkan di kalangan yang beriman,” kongsinya lagi.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa dukacita selain turut memberikan kata-kata semangat buat Sofea.

Apapun, kami di MH mendoakan semoga Sofea dan seluruh ahli keluarganya tabah menghadapi dugaan besar ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Sofea Nur Solehha Tun

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI