Hubungan rapat penyanyi Adira Suhaimi dengan madunya, Datin Syarifah Norshafila Hassim mendapat pujian ramai.
Rata-rata netizen menyenangi hubungan baik yang terjalin di antara kedua-duanya seperti yang dipaparkan di media sosial masing-masing.
Berkongsikan hal tersebut, Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 32, berkata hubungan baik mereka berdua terjalin selepas menziarahi madunya yang kehilangan ibu tercinta pada 27 Mei tahun lalu.
Sebaik mendengar perkhabaran tersebut, Adira tanpa berfikir panjang terus menuju ke rumah ibu bapa madunya yang terletak di Kuala Selangor bagi memziarah.
“Sebaik mendengar berita sedih itu saya terus hubungi kakak (madu) bagi menyampaikan salam takziah dan meminta kebenarannya untuk datang menziarah.
“Saya ke rumah keluarga kakak di Kuala Selangor dengan ditemani anak sulung, Anggrek selepas memaklumkan suami yang sudah berada di sana.
“Dari situ hubungan kami mula erat sehingga sekarang. Sebelum itu kami bukan gaduh, cuma tak rapat seperti hari ini.
“Mungkin orang sangka dulu kami tak boleh bertembung, tetapi hakikatnya kami hanya menjalani kehidupan masing-masing. Itu saja. Jarak kediaman kami pun tak jauh, dalam 30 minit dah sampai,” katanya kepada MH pada majlis berbuka puasa dengan penghuni Rumah Bakti Nurshaheera Cheras di Kay’s Steak & Lobster Ampang, baru-baru ini.
Ads
Adira bagaimanapun mengambil pendekatan enggan terlalu berkongsi gambarnya bersama madu dalam media sosial.
Isteri kedua kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red itu berkata tindakan itu diambil bagi mengelakkan perasaan iri hati segelintir pihak luar yang sudah mula kepanasan melihat dia dan madu berhubungan baik.
“Bukan tak seronok kongsi setiap momen berharga kami, cuma kena beringat tak semua orang suka kerana ada juga individu tidak dikenali mesej saya dengan kata-kata negatif.
“Harapan saya semoga kita sekeluarga dijauhkan daripada hasad dengki. Mujur kakak pun faham. Sekarang kalau keluar berdua saya jarang masukkan dalam media sosial,” katanya lagi.
Ads
Untuk info, Adira bernikah dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand dan kini dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayub, tujuh bulan.
Sementara itu, mengenai majlis berbuka puasa dihadiri Adira baru-baru ini, dia berasa bertuah dapat menyantuni 26 anak yatim menikmati juadah istimewa yang disifatkan hidangan ‘kayangan’ iaitu lobster thermidor dan wagyu tomahawk yang menjadi ‘signature dish’ restoran tersebut.
Katanya, dia berbesar hati dapat meluangkan masa dan berpeluang memberi layanan VIP kepada penghuni rumah kebajikan tersebut yang rata-rata hampir sebaya dengan anak-anaknya.
“Apabila Pengarah Urusan Kay’s Steak & Lobster, Aizuddin Khalid mengundang saya meraikan anak-anak ini, saya tidak berfikir panjang menyambut pelawaan kerana mahu menggembirakan mereka,” katanya.
Ads
Pemilik restoran Kay’s Lobster & Steak, Aizuddin Khalid berkata impiannya untuk meraikan anak yatim akhirnya tercapai selepas beberapa tahun tertangguh disebabkan pandemik Covid-19.
“Sebenarnya sudah lama kami ingin anjurkan majlis bersama anak yatim namun dengan kekangan Covid-19 dan sebagainya, baru tahun ini diizinkan Allah untuk melaksanakannya.
“Memandangkan ini event pertama kali buat kami, semestinya kami sangat teruja.
“Apabila menjemput tetamu khususnya anak yatim, sudah semestinya kami mahu memberikan yang terbaik. Saya minta pihak restoran sediakan lebih awal bahan untuk hidangan istimewa iaitu lobster thermidor dan tomahawk, dan pastikan kedua-duanya ada stok,” kata Aizuddin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jika sebelum ini pemilik kedai burger dan colek telah dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 gara-gara beroperasi melebihi had masa ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuat kuasakan di negeri Kelantan, kini giliran pengusaha kedai runcit pula menerima nasib yang sama.
Memetik laporan Harian Metro, Mansah Marjurin, 47, telah dikompaun pada Ahad lalu selepas premisnya didatangi empat anggota polis.
Jelas Mansah, pada ketika itu, kedainya itu telah pun ditutup dan hanya pintu kecil sahaja yang dibiarkan tidak berkunci kerana ada saudaranya yang datang berkunjung.
Bapa kepada tiga orang anak itu turut mendedahkan dia sememangnya tiada kemampuan untuk membayar kompaun tersebut kerana bayaran rumah juga sudah tertunggak tujuh bulan selain sebuah kereta ditarik oleh pihak bank sejak PKP.
“Memang saya sudah menutup kedai dengan keseluruhan pintu sudah dikunci, namun jam 10 malam saudara isteri datang berkunjung di kedai dan ketika itu kami sedang berborak di dalam kedai.
“Pintu kecil pula dibuka kerana ada anak kecil yang keluar masuk, bukannya untuk pelanggan. Selepas itu saya terkejut apabila anggota polis datang dan bertanyakan kenapa kedai masih beroperasi.
“Saya sudah menjelaskan dengan menunjukkan pintu gril yang ditutup namun tetap disaman dengan jumlah RM50,000,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, Mansah turut meluahkan dia berasa sangat terkejut selepas melihat jumlah kompaun yang dikenakan memandangkan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada jualan kedai runcit manakala isteri pula tidak bekerja.
“Sejak malam itu, saya buntu dan tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan. Saya juga belum membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah kerana masih dalam suasana terkejut. Mungkin hari ini baru saya pergi membuat rayuan.
“Jika diminta bayar, memang saya tidak mampu, ambillah kedai runcit saya sebagai ganti,” katanya lagi.
Semalam, media ada melaporkan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger di sini, Ahad lalu.
Beliau berkata, pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga itu.
“Peniaga berkenaan akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan mengikut Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya,” katanya dipetik.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tular isu minyak sapuan yang didakwa mampu menurunkan berat badan dengan hanya oles di permukaan kulit, jelas Dr Amalina Bakri, sepanjang pengetahuannya dalam bidang perubatan, tiada sebarang bukti saintifik menunjukkan minyak essential mampu membuatkan seseorang itu kurus.
Bebenang khas yang dikongsi di laman Twitter menyambut persoalan beberapa netizen yang keliru dengan produk berkenaan dan meminta penjelasannya dengan lebih lanjut.
“Saya tidak menyebut sebarang produk. Ini adalah bebenang untuk berbincang mengenai minyak essential dan berat badan daripada sudut saintifik.
To answer your question, as far as I know there’s no evidence to show that topical application (minyak sapuan) of essential oil can directly cause weight loss.
“Sepanjang pengetahuan saya, tiada bukti menunjukkan aplikasi sapuan minyak essential secara terus ke kulit akan menyebabkan kehilangan berat badan.”
“Minyak essential mungkin mempunyai fungsi untuk pengurusan menurunkan berat badan (efek tidak langsung) namun buktinya sangat lemah dan terhad. Kajian dibuat selalunya kepada vitro atau haiwan, bukan ke atas manusia.”
Essential oils may have function in weight loss “management’ (indirect effect) but the evidence is weak and limited. Studies were done mostly in vitro or animals – not on human.
“Jangan marahkan saya, sebagai doktor dan saintis, saya hanya menyatakan hasil kajian. Kita boleh mengadakan diskusi berilmiah di bahagian komen,” maklumnya.
P/S: Do not be angry at me, as a doctor and a scientist- I’m just stating research studies. We can have an intellectual discussion in the comment section below.
“Welcm to the world!!my best frd ever, bcoz of u ,the love stronger, days shorter , nights longer ,bankroll smaller , home happier , clothes shabbier , the past forgotten & the future worth living for.
“Alhamdulillah for everything.. love #baby #newborn #newbornbaby #newlife #newlifestyle #babyboy #happiness #family,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, Ana turut menyatakan ucapan terima kasih atas dedikasi tahniah yang diberikan.
Sementara itu menerusi sebuah akaun Instagram @dian.aqilah yang dikhaskan buat anaknya, Ana turut berkongsikan beberapa foto dua pemata hatinya itu
Sebelum ini pada Ogos tahun lalu, ramai peminat tertanya-tanya sama ada bintang drama bersiri, Metro Squad ini sedang hamil anak kedua kerana memuat naik gambar bersama ‘baby bump’.
Ana bagaimanapun mengesahkan berita gembira tersebut pada ruangan komen.
Terdahulu, Ana yang digilap bakatnya dalam program realiti Pilih Kasih berkahwin dengan Ashraf, iaitu anak pengarah, Datuk Jurey Latiff sekitar Ogos 2016.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
Sebelum ini, Ana pernah mendirikan rumah tangga dengan anak cef selebiriti, Chef Wan iaitu Chef Riz. Namun, mereka tidak dikurniakan anak.
Foto: Instagram Dian.Aqilah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Harissa Adlynn terkilan apabila timbul dakwaan yang mengatakan dia mudah rasa tidak selesa bila ada pelakon lelaki yang cuba rapat dan berbuat baik dengan dirinya ketika di set penggambaran.