Demikian kata pengarah sensasi, Syamsul Yusof ketika ditanya sama ada dia akan melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana ketika tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur tepat jam 9.40 pagi tadi.
Syamsul yang mengenakan sut kelabu bermotifkan kotak-kotak tiba di mahkamah bagi proses melafazkan cerai seperti yang telah ditetapkan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 10 April lalu.
Dalam pada itu, Syamsul enggan mengulas lanjut mengenai apa yang bakal berlaku hari ini sebaliknya memohon pihak media menunggu sehingga segala proses mahkamah selesai.
Ads
Sekadar informasi, pada 10 April lalu, Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh 18 April untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah selepas peguam syarie kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara mereka.
Segala terma penyelesaian seperti hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian hanya dimaklumkan pada tarikh tersebut.
Ads
Pada 16 Januari lalu Puteri Sarah memfailkan permohonan penceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Ads
Media juga melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), di sini, pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.
Terdahulu, pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu enggan menceraikan Puteri Sarah kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Susulan isu lambat menerima bayaran untuk beberapa buah program lawak terbitan sebuah stesen televisyen tempatan, pelakon dan pelawak, Atu Zero menzahirkan rasa syukur selepas mengetahui pembayaran kepada artis-artis lain telah pun dilunaskan.
Menurut Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, dia lantang menyurakan isu ini kerana mengenangkan nasib artis-artis lain yang jarang menerima tawaran bekerja.
“Alhamdulillah, saya dimaklumkan ramai pelakon-pelakon otai dan baharu sudah pun menerima bayaran selepas saya viralkan kisah tersebut. Ramai yang menghubungi saya untuk mengucapkan terima kasih
“Kata mereka, kalau saya tidak viralkan hal tersebut, mungkin mereka pun belum dapat bayaran. Saya bukan nak cakap yang saya ni berani dan mereka tidak tapi kita cerita fasal hak.
“Saya bukanlah tak kisah sangat mengenai duit tersebut tapi saya lebih kisahkan nasib rakan-rakan artis lain ini. Tawaran kerja mereka pun bukan selalunya ada. Siapa lagi nak tolong bersuara untuk mereka kalau bukan orang macam saya,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, anggota kumpulan lawak Zero ini agak terkilan selepas mengetahui hanya pembayaran bagi pihaknya sahaja yang masih belum dilunaskan.
“Kalau cerita nilai keseluruhan bagi tiga program yang saya buat, ada dalam RM30,000. Saya bukan nak buka aib sesiapa tapi ini kebenarannya.
“Kawan-kawan artis lain semuanya sudah dapat tapi cuma pembayaran saya seorang yang dibekukan. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin disebabkan saya bersuara.
“Kali ini, kalau saya bersuara lagi soal duit, apa beza saya dengan pihak di sana? Saya akan pastikan saya terima wang tersebut walaupun lambat. Saya ini jenis orang yang akan bersuara sekali sahaja.
“Kemudian, saya tak mahu panjangkan lagi. Saya ini hanya ada SPM dan tahap pendidikan mereka jauh lebih tinggi. Takkan mereka tak boleh berfikir macam saya,” katanya lagi.
Atu berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Malam Raya yang diadakan di GSC, NU Central, Kuala Lumpur pada Rabu.
Jelas Atu lagi, dia sendiri tidak tahu motif sebenar pihak stesen televisyen tersebut yang meminta dirinya untuk hadir ke pejabat sekiranya ingin menuntut bayaran.
“Selepas saya viralkan kisah ini pada 1 April lalu, mereka mahu membayar wang saya tapi mereka minta saya untuk datang ke pejabat. Kenapa pula begitu?
“Sedangkan sebelum ini semua pembayaran dibuat secara atas talian. Kalau betul nak bayar, bayar sahajalah. Tak perlu tahan-tahan.
“Mereka juga minta saya ke sana untuk buat permohonan maaf terbuka. Kenapa pula saya kena minta maaf?,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Atu turut menyifatkan tindakkan pihak stesen televisyen tersebut yang mengatakan dirinya seperti pepatah ‘anjing makan tuan’ sememangnya agak keterlaluan.
“Sebagai manusia, saya agak terkilan. Namun, kalau saya nak melenting pun, tida beza saya dengan mereka. Siaapa-siapa pun akan marah kalau dilabel sebegitu,” akhirinya.
Sebelum ini, Atu meluahkan rasa kecewa kerana pihak stesen televisyen berkenaan dikatakan telah kerap kali lewat membuat pembayaran daripada tarikh yang telah dijanjikan.
Lantaran itu, dia bertindak untuk menyuarakan isu ini di media sosial agar pembayaran dapat segera dilakukan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa syukur nikmatnya apabila anak sulung, Airit Rayyan Rizqin memperoleh Anugerah Pengetua dengan keputusan cemerlang di MRSM Ulul Albab, Gemencheh.
Dalam perkongsian video yang dimuat naik Rita di Instagram, ia memaparkan Airit yang diumum mana seterusnya naik ke pentas untuk mengambil sijil serta piala yang disampaikan oleh pengetua sekolah.
Lebih manis, ia antara momen bermakna Rita yang menyambut ulang tahun kelahirannya, pada Selasa.
“Tahun lepas birthday mommy Ryan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM. Tahun ni Ryan bagi hadiah lagi, dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi.
“Syukur alhamdulillah… mommy tak minta lebih cuma mommy nak anak-anak buktikan pada diri sendiri dan kepada orang luar sana yang kita mampu berjaya,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Rita pada masa sama menyifatkan anugerah yang diraih permata hatinya itu sebagai rezeki sempena Ramadan.
“Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana Allah sentiasa ada untuk kita. Jadi terbaik untuk diri sendiri bukan untuk puaskan hati org lain.
“Terima kasih Allah kerana hadiah rezeki anak-anak yang baik untukku, sudah memadai. Rezeki Ramadan,” tulisnya lagi.
Pada April tahun lalu, Rita Rudaini sebak apabila pertama kali terpaksa berpisah dengan anaknya itu selepas dia diterima masuk ke sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Negeri Sembilan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nelydia Senrose memaklumkan keadaan abang ipar, Kamal Adli kini berada dalam keadaan yang baik dan kakaknya, Uqasha kini sudah kembali bekerja.
Bagaimanapun Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 28, berkata mereka berdua masih lagi trauma selepas insiden Kamal diserang individu tidak dikenali ketika sesi bertemu peminat di sebuah acara di Singapura pada 12 Mac lalu.
“Alhamdulillah Uqasha dan Kamal dalam keadaan yang okay dan bertambah baik. Cuma masih dalam trauma dan saya rasa mereka pun masih takut kerana perkara itu juga masih baharu. Jadi sudah tentu mereka perlukan semangat untuk menjalani hari-hari seterusnya.
“Uqasha pun sudah kembali bekerja, dan dia sering ditemani. Kamal turut berjaga-jaga sebab kes masih lagi dalam siasatan, kita tak tahu apa motif individu yang menyerang Kamal jadi dia tidak berani bebas keluar. Mungkin dia ambil tempoh ini untuk berehat,” katanya.
Susulan insiden tersebut, pelakon drama Khilaf Asmara itu tidak menafikan dia sekeluarga turut menerima tempias.
“Apa yang boleh saya cakap, sejak kejadian tersebut kami satu keluarga trauma terutamanya kakak sulung yang ada di tempat kejadian. Bayangkan ketika itu, semua ahli keluarga saya ada, cuma saya, emak dan Raysha saja yang berada di Kuala Lumpur.
“Malah saya juga sepatutnya ke acara tersebut, tapi ada sesuatu yang timbul dan tak sempat untuk ke sana. Jujurnya saya juga panik, takut, malah trauma. Jadi selepas kejadian tersebut memang kami berjaga-jaga, tidak berani keluar sendirian.” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nelydia bersyukur kerana Kamal tidak mengalami kecederaan yang lebih teruk dan Uqasha juga selamat dari diserang.
“Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya pada waktu itu adalah nasib baik Allah panjangkan umur kakak dan abang ipar saya. Allah tetap melindungi mereka. Ia mungkin boleh jadi lebih teruk, tapi Allah masih menjaga mereka. Alhamdulillah.
“Bila kami dapat mesej dari Uqasha dalam kumpulan Whatsapp keluarga, macam nak jatuh jantung ini sebab fikir saya akan kehilangan abang ipar.
“Tya Ariffin yang berniaga sama di sana juga ada menelefon kami bercerita mengenai apa yang terjadi sebab Uqasha sibuk menguruskan keadaan. Kamal pun ada beritahu mujur dia yang kena bukan Uqasha sebab kalau Uqasha yang kena, mungkin lebih teruk,” katanya.
Berikutan itu, Nelydia berkata, tidak hanya artis, malah orang ramai di luar sana juga perlu mementingkan soal keselamatan.
“Keselamatan itu sangat penting, sebab kita tak pernah terfikir serangan itu akan terjadi, ia boleh terjadi pada sesiapa pun. Tak kisah, artis, ahli perniagaan atau cikgu sekalipun. Sekarang baru saya faham kenapa ahli perniagaan selalunya ada yang menjaga.
“Jadi tolongnya wanita-wanita di luar sana berhati-hati dan sering berteman. Dan kita juga tak boleh terlalu berkongsi lokasi kita sebab kita tak tahu niat orang,” katanya.
Terdahulu, Kamal diserang dan dalam kejadian berkenaan, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota besi.
Aktor itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan terpaksa menjalani pembedahan.
Nelydia ditemui pada Majlis Iftar Rizman Ruzaini di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, minggu lalu.
Nelydia antara 400 jemputan yang terdiri daripada rakan selebriti, rakan media, model-model, pemain-pemain industri, rakan kolaborasi, anak-anak asnaf, keluarga sahabat handai yang menghadiri majlis berbuka puasa istimewa itu.
Majlis turut diserikan dengan persembahan lagu raya dari barisan artis popular seperti Ernie Zakri, Ning Baizura, Liza Hanim dan Ziana Zain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Peserta Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), Kim Khairii akhirnya tampil menjawab persoalan netizen mengenai status dirinya yang hangat diperkatakan di media sosial kebelakangan ini.