Pelakon, Ezzaty Abdullah memberitahu telah terlibat dalam satu kemalangan pada pagi Khamis.

Kongsi Ezzaty, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari lokasi pengambaran sebuah drama.

Pelakon drama bersiri Cinta Sekali Lagi ini berkongsi cerita detik cemas semasa kemalangan tersebut berlaku menerusi satu hantaran di Instagram.

“Allahuakbar, 1st time kereta kena towing sebab accident sendiri langgar penghadang jalan.

“Habis shooting pukul 1 pagi dari pukul 9 pagi tadi. pastu accident pulak.

IKLAN

“Alhamdulillah Nasib baik saya dan PA x apa2. saya yang drive tapi accident bukan sebab mengantuk ye.

“Tak dapat nak elak divider tu sebab nak elak lori n kereta kat belakang,” tulisnya.

IKLAN

Ibu kepada seorang cahaya mata ini bagaimanapun turut memaklumkan komitmen lakonannya tetap akan cuba diteruskan seperti biasa.

“Esok calltime 7pagi di Sekinchan dan malam di Ampang. sekarang 3.38 pagi baru settle everything dan mandi.

IKLAN

“Jom tido 30 minit (syukur ada masa kejap utk rehat) kejap lagi 4 pagi nak bangun mandi lagi untuk pergi kerja!

“Perjalanan 2 jam jugak nak ke Sekinchan. Bukan mudah nak senang, harap semuanya ade hikmah dan hasil. Amin,” tulisnya lagi.

“Saya Yang Drive Tapi…”- Ezzaty Abdullah Terlibat Kemalangan, Nak Elak Lori Dan Kereta Belakang

Foto: Instagram Ezzaty Abdullah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI